Thursday, July 24, 2008

LAPORAN KONVENSYEN KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU (KPT) KALI-1 2008


16 rejab 1429 H bersamaan 19 julai 2008, adalah tarikh bersejarah buat keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) apabila berjaya menghimpunkan ahli KPT dalam satu majlis konvensyen buat julung-julung kalinya diadakan yang bertempat di Dewan Rumah Selangor.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 80orang ahli dan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rafzan bin Abdul Razak selaku penasihat keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) sesi 2008/09. beliau telah menegaskan agar semua ahli KPT bersedia membantu gerak kerja yang dilakukan oleh KPT. Disamping itu, ahli KPT hendaklah mempunyai kesedaran dan membuat persediaan untuk berhadapan cabaran-cabaran yang mendatang.

Majlis konvensyen ini, adalah bertujuan membincang dan merencanakan usul yang telah diluluskan oleh MAT yang lepas serta menyatukan buah fikiran daripada ahli-ahli KPT bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasaalahan yang di hadapi oleh KPT. Ianya juga diharap dapat menyatukan kesatuan ahli-ahli KPT dibawah satu wadah perjuangan yang diharap dapat melahirkan generasi ulamak yang bersedia menghadapi segala tribulasi didalam perjuangan mendaulatkan Islam yang tercinta.

Diharapkan dengan majlis konvensyen ini, dapat melahirkan jalinan ikatan kerjasama utuh samaada diantara ahli dan barisan kepimpinan KPT serta meningkatkan kesedaran ahli-ahli KPT untuk terus meyumbang kepada KPT dalam pelbagai bentuk dan terus komited dalam perjuangan Islam ini dibawah satu wadah perjuangan.

Akhirnya, sekalung ribuan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang telah bersusah payah bagi menjayakan konvensyen keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) 2008.


Disediakan oleh :
Setiausaha Konvensyen
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008

Tuesday, July 22, 2008

Resolusi Konvensyen Kali Pertama 07/08

1)Sepakat menerima kedua-dua usul yang telah diluluskanpada MAT yang lepas :
-Menjadikan KPT sebagai wadah persatuan bagi anak-anak Terengganu di Mesir
Keterangan :
  1. Hanya KPT sebagai badan kebajikan anak negeri bagi anak-anak negeri Terengganu yang berdaftar dengan kedutaan Malaysia Kaherah dan bernaung di bawah PMRAM.
  2. Perlaksanaan Kelab Ulul Al-Albab di Mesir hendaklah sebagaimana ia diamalkan di Malaysia iaitu dengan 3 teras utama Quranic,Ensiklopedic & Ijtihadic.


-Kembalikan pejabat KPT di Asrama Darul Iman
Keterangan:

  1. Menyokong memorandum yang akan dihantar kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk diberikan perhatian bagi mendapatkan sebuah ruang pejabat.


2)Memperkasakan tabung kebajikan KPT
-Mewajibkan setiap ahli membayarkan yuran kebajikan sebanyak LE10 setahun.
Keterangan:
Bagi ahli-ahli yang mempunyai masalah kewangan akan dikecualikan daripada yuran ini mengikut syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh Biro Kebajikan nanti.

-Mewujudkan tabung-tabung pada tempat-tempat tertentu serta pada setiap program-program KPT

Saturday, July 19, 2008

id YM KPT

Untuk memudahkan penyebaran maklumat berkaitan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu satu id Yahoo Mesengger telah diwujudkan.Kepada ahli-ahli KPT bolehla add kan id tersebut:
info_kpt1964

Monday, July 14, 2008

Makluman Zakat Maidam

1)Zakat akan diagihkan pada bulan 8,kemungkinan diberikan terus kepada pemohon di Mesir @ kepada keluarga di Malaysia.

2)Buat masa ini,pemohon boleh menyemak nama mereka,sama ada permohonan mereka lulus @ tidak dengan :
-terus ke kaunter Maidam @
-menghubungi Maidam +6096303030 sambungkan kepada En Yaacob (Bahagian Agihan Zakat)


disediakan oleh :
Jabatan Yang Di-Pertua
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008

Sunday, July 13, 2008

Artikel Rejab

Kalendar umat Islam sebagaimana yg dinyatakan Al-Quran menetapkan dalam setahun terdapat 12 bulan. Pengiraannya berdasarkan pergerakan bulan dan bukan pergerakan matahari sebagaimana yg diamalkan oleh Ahli Kitab. Di antara bulan-bulan tersebut terdapat 4 bulan haram iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan bulan manakah yg paling afdhal. Sebahagian Syafieyyah berpendapat bulan Rejab. Pendapat ini dikatakan lemah oleh Imam Nawawi. Imam Nawawi mentarjihkan pendapat Hasan Basri iaitu bulan Muharram. Pendapat Sa'id ibn Jubair ialah bulan Zulhijjah.

Artikel kali ini akan mengupas secebis maklumat tentang bulan Rejab. Rejab diambil daripada perkataan رجب yg bermakna memuliakan atau mengagungkan. Maka, bulan Rejab dinamakan Rejab ialah kerana ia dimuliakan atau diagungkan oleh Allah. Terdapat ulama yg menyatakan nama-nama bulan Rejab iaitu sebanyak 14 nama. Sebahagian yg lain menyatakan 17 nama. Ulama berkata, bulan Rejab ialah bulan menanam, bulan Syaaban ialah bulan menyiram dan bulan Ramadhan ialah bulan menuai.

Hadith-hadith yg diriwayatkan tentang kelebihan Solat Raghaib yg ditunaikan pada malam Jumaat pertama daripada bulan Rejab merupakan hadith-hadith maudu'. Jumhur ulama menyifatkan Solat Raghaib sebagai bidaah. Ianya wujud selepas tahun 400 Hijrah. Oleh sebab itu, ia tidak pernah dikenali oleh ulama sebelumnya maka mereka tidak pernah membicarakan tentangnya.

Menurut Imam Ibn Rejab Al-Hanbali, tiada hadith shahih yg menyatakan secara khusus tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Tetapi terdapat hadith shahih yg menyatakan kelebihan puasa pada bulan-bulan haram dan Rejab adalah salah satu daripadanya. Antara hadith-hadith tersebut ialah " Puasa yg paling afdhal selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram, dan solat yg paling afdhal selepas solat fardhu ialah ialah solat malam." Riwayat Muslim. Bahkan, sebahagian salaf berpuasa pada keseluruhan bulan haram antaranya ialah Ibn Umar, Hasan Basri & Ibn Ishak As-Sabi'ey.

Anas bin Malik berkata apabila tiba bulan Rejab, Baginda Sollahualaihiwasallam berdoa,

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab & Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan." Walaupun sanad hadith ini dhaif tetapi sebagaimana yg disepakati oleh kebanyakan ulama, harus & sunat beramal dengan hadith dhaif selagimana tidak maudu'.

Antara peristiwa penting yg berlaku pada bulan Rejab ialah peristiwa bersejarah Isra' Mi'raj yg berlaku pada 27 Rejab. Pendapat ini telah ditarjihkan oleh Imam Nawawi.

Pada malam itu, baginda dipertemukan dengan para Anbiya' sebelumnya, dipamerkan sebahagian alam ghaib dan menjadi tetamu yg amat yg istimewa. Rasulullah dan ummatnya dianugerahkan kefarduan solat 50 waktu lalu dikurangkan sehingga 5 waktu. Jumhur ulama berpendapat Isra' Mi'raj berlaku pada satu malam sahaja, secara ruh dan jasad dan dalam keadaan sedar. Pengajaran yg dapat diambil daripada peristiwa Isra' Mi'raj ialah dunia ialah tempat ujian dan bekerja bukan tempat rehat dan bergembira. Ia juga mengajar supaya menguatkan semangat untuk berjuang di jalan Allah. Yakinlah, bahawa seluruh kuasa akan tunduk di bawah kekuasaaan Allah!

Thursday, July 10, 2008

Konvensyen KPT kali-1 2007/2008

Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Tempat : Dewan Rumah Selangor,Hayyu Asyir

Agenda :-

1)Perbincangan 2 usul MAT yang lepas
-Menjadikan KPT sebagai wadah persatuan bagi anak-anak Terengganu Mesir
-Berusaha mengembalikan pejabat KPT di Asrama Darul Iman

2)Perkara berbangkit daripada AJKT & HEWI

3)Cadangan & muhasabah ahli

4)Tayangan montaj

Semua ahli-ahli KPT dijemput hadir,bagi memeriahkan majlis....

Wednesday, July 9, 2008

Bazar Gabungan 2008

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir & Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu akan menganjurkan satu bazar.Maklumat adalah seperti berikut :-

Tempat : Dataran Kompleks Rumah-Rumah Negeri,Hayyu Asyir
Tarikh : 15-17 JULAI 2008
Masa : 8.00pagi - 12.30malam


Semua dijemput hadir...


*Kepada yang berminat untuk mengambil tender gerai jualan,butiran adalah seperti berikut : -

Harga tapak untuk makanan :
1)Ahli (Terengganu @ Selangor) - LE 55
2)Bukan ahli - LE 60

Harga tapak untuk selain makanan -LE 50

Tarikh tutup - 13 Julai 2008

Borang boleh dapatkan melalui :-
Che Ku Ahmad Saufi Bin Che Ku Abdullah (010-5839325)

Tuesday, July 8, 2008

Pemangkuan Jawatan Hewi KPT 07/08

1)Setiausaha - Nadiah Bt Remli dipangku oleh Samihah Bt Abdullah

2)Bendahari - Widawati Bt Mansor dipangku oleh Norhaliza Bt Harun

3)U.Akademik -Tg Siti Nur Aishah Bt Tg Hasim dipangku oleh Madihah Zakiah Bt Salleh

4)U.Perumahan - Zaleha Bt Hassan dipangku oleh Madihah Zakiah Bt Salleh

5)U.Kebajikan - Syazwani Bt Abdul Ghani dipangku oleh Umi Masmira Bt Mat Ali

6)U.Informasi & Penerbitan -Rohana Bt Mahmud dipangku oleh Intan Mastura Bt Adam

Friday, July 4, 2008

Futsal Muzakarah Berkelompok



4Julai,Hayyu Asyir-Keluarga Penuntut-Penutut Terengganu di bawah Biro Kebudayaan,Kesenian & Sukan dengan kerjasama Biro Dakwah telah menganjurkan perlawanan futsal di antara kumpulan muzakarah berkelompok.Perlawanan bermula sekitar jam 7 pagi dan tamat pada jam 11.30pg.Sambutan yang diberikan oleh ahli-ahli KPT amat memberangsangkan.Sebanyak 8 kumpulan telah mengambil tempat di dalam perlawanan ini termasuk 1 kumpulan daripada ahli-ahli muhafazah.

Biarpun perlawanan yang berlangsung mengambil masa yang singkat sekitar 10minit bagi setiap perlawanan namun setiap ahli berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan.Disamping dapat menonjolkan bakat masing-masing,ahli-ahli juga dapat merapatkan hubungan sesama mereka.Mudah-mudahan aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Thursday, July 3, 2008

"Jangan Lepaskan Peluang"

Photobucket

* untuk keterangan lanjut,hubungi :
Us.Abdul Wahab Bin Md Ali (018-5355239)

Borang Bait Muslim

InsyaAllah Unit Bait Muslim & Hisbah KPT akan mengedarkan borang bait muslim kepada semua ahli KPT di Kaherah dalam masa terdekat.Kepada ahli yang ingin mengadakan liqa' atau ingin membuat sebarang urusan yang berkait dengan UBMH bolehlah berjumpa dengan mana-mana ahli UBMH.




oleh :
Pengerusi UBMH KPT 07/08

Jaulah AJKT ke Mansurah & Dumyat

30Jun - 7orang Ajkt bersama 4orang Hewi KPT telah selesai mengadakan jaulah ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah & Dumyat baru-baru ni.Jaulah ini bertujuan melihat keadaan anak-anak Terengganu di muhafazah berkenaan.Kedatangan AJKT & Hewi disambut baik oleh ahli-ahli di sana.Disamping itu,diadakan majlis ringkas bersama ahli bagi memberikan peluang kepada ahli-ahli untuk berinteraksi dengan semua AJKT & Hewi yang hadir.Mudah-mudahan jaulah sebegini dapat diadakan pada masa-masa akan datang bagi mendekatkan lagi hubungan sesama ahli dan kepimpinan KPT.


Tuesday, July 1, 2008

MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA' YAMAN


Tanggal 29 Jun yang lalu,telah berlangsung majlis bersama Syeikh Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri, Mudir Ribat di Tarim, Yaman bertempat di Dataran Hayyul ‘Asyir. Majlis kendalian Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Bacaan Burdah Imam Al-Busiri dimulakan sebagai pembuka tirai majlis malam itu sementara menanti ketibaan Habib Salim bersama rombongannya. Hampir jam 9 malam, Habib Salim tiba bersama-sama rombongan yang terdiri dari anak-anak murid beliau yang lain. Turut hadir mengiringi ialah Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan itu dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khairullah diikuti ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. Dalam ucapan tersebut, beliau menceritakan ujian yang diterima oleh para Nabi sebelum ini termasuk Nabi Muhammad SAW. Namun kesabaran mereka menjadi sebab kepada pertolongan Allah. Majlis kemudian memberi penghormatan kepada salah seorang anak murid Habib Salim, Habib Muhammad bin Ali bin Abdul Qadir Al-Habsyi menyampaikan ucapan. Selain itu, Habib Muhammad menceritakan sedikit pengalaman beliau sepanjang berguru dengan Habib Salim. Ia kemudian diikuti dengan ucapan oleh Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan betapa tingginya martabat penuntut ilmu di sisi Allah. Beliau turut meminta supaya diambil peluang pada zaman remaja ini untuk menuntut ilmu.

Sejurus selepas itu, Habib Salim menyampaikan nasihatnya kepada mahasiswa sekalian. Antara lain beliau memuji sikap penuntut ilmu yang datang ke Mesir ini sebagai menunjukkan rasa cinta mereka kepada ilmu. Beliau juga meminta agar para mahasiswa menggunakan peluang yang ada ini di Mesir yang disebut sebagai “Bumi Para Nabi” ini dengan penuh kesungguhan. Beliau turut berwasiat agar para mahasiswa bertakwa kepada Allah di mana jua berada sambil memetik Hadis Nabi Muhammad SAW ketika mana Baginda SAW didatangi seorang sahabat yang meminta wasiat dari Baginda SAW. Lalu Baginda SAW bersabda dengan wasiat tiga perkara padanya: “Pertama antara dia dengan Allah iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah, kedua antaranya dengan dirinya sendiri iaitu hendaklah ikuti keburukan yang dibuat dengan kebaikan dan ketiga antaranya dengan sesama manusia iaitu hendaklah melakukan akhlak yang baik antara manusia.

”Habib Salim turut berpesan agar menjauhi dari ajaran tasawuf yang disalah ertikan oleh sesetengah pihak dari makna tasawuf yang sebenarnya. Beliau turut menasihatkan agar para mahasiswa mengelakkan dari fahaman aqidah yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dengan memetik sabda Baginda SAW, “Sahabatku ibarat seperti bintang di langit. Sesiapa yang mengutuk mereka, dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat serta manusia keseluruhannya.” Habib Salim turut mewasiatkan agar mahasiswa menjauhi dari akidah yang mencerca para wali Allah serta mengingkari keramat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Ucapan beliau yang memakan masa setengah jam itu turut menarik perhatian para mahasiswa yang hadir yang dianggarkan mencecah 500 orang. Pada akhir majlis, beliau turut menyampaikan ijazah ‘am kepada sekalian para mahasiswa yang hadir.

 
Powered by Blogger | Printable Coupons