Saturday, February 28, 2009

KPT SERTAI PMRAM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA GAZA

RAMSIS, 26 Februari - Kekejaman rejem zionis Israel terhadap penduduk palestin merupakan pencerobohan sosio kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia hari ini.

Krisis Gaza yang meledak baru-baru ini telah membawa banyak kemusnahan dan meragut ratusan nyawa malah tidak kurang juga yang cedera.

Duka pedih ini turut dirasai dan dikongsi bersama rakyat Malaysia di Mesir disini.

Semalam, pihak PMRAM dan juga BKAN di seluruh negeri menterjemahkan rasa kebersamaan dan simpati terhadap mangsa kekejaman Israel di Gaza dengan melawat mereka di Hospital Al Hilal Ramsis disini disamping menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof. Turut serta dalam rombongan tersebut Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, Ustaz Shafizi Ismail.

Rombongan ini bertolak ke Hospital Al Hilal Ramsis sebaik sahaja selesai solat asar disini.

Rombongan kemanusiaan pada kali ini telah disambut baik oleh pihak hospital malah rata-rata mangsa yang berada di hospital tersebut menyatakan rasa sangat gembira dengan kehadiran pihak rombongan pada kali ini.Menurut ulasan salah seorang mangsa yang berada di hospital tersebut, beliau menyatakan rasa berbesar hati beliau kerana rakyat Malaysia sentiasa bersama dengan Palestin.

Dalam lawatan tersebut,pihak penganjur berkesempatan menghulurkan sumbangan kemanusiaan berupa makanan keperluan harian beserta wang tunai yang telah diagihkan kepada 25 orang mangsa kekejaman Israel di Gaza baru-baru ini.

Peserta rombongan pulang sekitar jam 7.00 malam.

Thursday, February 26, 2009

EXCO KPT ADAKAN KUNJUNG HORMAT PEGAWAI HEP TERENGGANU

HAYYU ASYIR, 23 Februari - Barisan Exco Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] semalam mengadakan kunjung hormat keatas Pegawai HEP Terengganu yang baru, Tuan Haji Kamal Bin Abdullah di kediaman beliau bagi menyatakan ucapan 'Selamat Datang' disamping beramah mesra diantara pegawai dengan kepimpinan KPT bagi sesi ini.

Kehadiran Tuan Haji Kamal Bin Abdullah sebagai Pegawai HEP Terengganu yang baru disambut baik dengan tangan terbuka oleh seluruh warga KPT disini.

Dalam pertemuan tersebut, Barisan AJKT KPT telah diperkenalkan kepada pegawai disamping dibentangkan juga bidang tugas serta poftfolio masing-masing dalam jawatankuasa tadbir KPT.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Anggota Majlis Penasihat KPT, Ust Rafzan Bin Abdul Razak. Kesemua exco hadir dalam majlis tersebut kecuali 3 orang exco yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan Piala Presiden di Zaqaziq.

Perbincangan 2 hala antara Pegawai HEP Terengganu dan juga pihak KPT

Dalam ucapan aluan Yang Dipertua KPT, Ust Shafizi Ismail mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Kamal Bin Abdullah ke Bumi Mesir ini bagi meneruskan kelangsungan kebajikan pelajar disini.. Tambahnya lagi, Konsep Ayah dan anak diharap mampu terjalin erat antara kedua pihak.

Dalam ucapan balas Pegawai HEP Terengganu, beliau melahirkan rasa syukur dan komited dalam merealisasikan hasrat untuk menjalinkan hubungan baik antara kedua pihak.

Beliau juga berharap kerjasama secara bersungguh-sungguh ini akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Beliau juga turut menyatakan beberapa aspek yang perlu diberi penekanan terutama dalam soal penguasaan bahasa arab di kalangan mahasiswa/wi Terengganu.

Beliau turut menyarankan agar anak-anak Terengganu ini sentiasa diberi semangat untuk ke kuliah serta rajin menuntut ilmu.

Banyak nasihat dilontarkan terutama hal yang berkait soal kesihatan dan keselamatan pelajar.

Dalam majlis kunjung hormat ini juga, Pihak AJKT KPT mengadakan perbincangan tertutup mengenai soal-soal yang berkaitan dengan kebajikan serta keperluan pelajar disini.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam..

Wednesday, February 25, 2009

HIKMAT 09 CAPAI MATLAMAT

HAYYU ASYIR, 23 Februari - Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-Anak Terengganu [HIKMAT 09] yang berakhir semalam berjaya mencapai target dan matlamat besar KPT dalam menghimpun dan menyatukan seluruh anak-anak Terengganu di Bumi Mesir ini.

Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-Anak Terengganu yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 200 orang peserta (angka ini berdasarkan pendaftaran yang dibuat) di kalangan anak-anak Terengganu yang hadir sepanjang program tersebut.

Kehadiran anak-anak Terengganu dari setiap muhafazah mengamit suasana meriah ditambah pula dengan kehadiran pelajar-pelajar perubatan sepanjang program tersebut.

Kuliyyah Maghrib yang disampaikan YM Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin, Mantan Presiden PERUBATAN Mesir

Majlis bermula sebaik sahaja selesai solat maghrib apabila pihak penganjur menjemput Mantan Presiden PERUBATAN Mesir, Tengku Abd Kadir Tengku Zainal Abidin menyampaikan kuliah maghrib khas sempena HIKMAT 09.

Pihak penganjur HIKMAT 09 begitu komited untuk menampil dan menonjolkan anak-anak Terengganu dalam setiap majlis dan slot yang diadakan.

Sejurus selepas itu, tirai HIKMAT 09 dibuka dan dirasmikan oleh Pegawai HEP Terengganu, Tuan Haji Kamal Bin Abdullah.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau melahirkan rasa gembira dan berbesar hati di atas penganjuran program seperti ini dan berharap program ini dapat dijadikan sebagai medium terbaik buat anak-anak Terengganu untuk berkenalan secara lebih rapat dan lebih mesra antara satu sama lain.
Pegawai HEP Terengganu berbual mesra bersama Presiden PMRAM

Turut berucap dalam majlis tersebut, Presiden PMRAM, Ust Khairul Anuar Ismail serta Yang Di-Pertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, Ust Shafizi Ismail.

Tuan Haji Kamal Bin Abdullah merasmikan web baru KPT.

Dalam pada itu juga, Pegawai HEP Terengganu, Tuan Haji Kamal Bin Abdullah turut berbesar hati melancarkan web rasmi baru Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu iaitu infokpt.com.

Ini salah satu lagi usaha terbaru pihak KPT dalam menaiktaraf medium penyaluran maklumat secara tepat dan berinformasi kepada ahli-ahli dan juga kepada pihak pentadbiran kerajaan negeri.
Presiden PMRAM, Ust Khairul Anuar Ismail menyampaikan cenderahati kepada Pegawai HEP Terengganu.

HIKMAT pada tahun ini menampilkan lebih daripada 21 acara sukaneka/padang untuk dipertandingkan manakala 7 lagi untuk acara dewan disamping beberapa acara kemasyarakatan dan juga beberapa acara khas untuk pasangan berkahwin.

Ahli-ahli KPT mendapatkan khidmat nasihat kesihatan di program tersebut.

Selain itu, Pihak KPT turut menyediakan khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan percuma pada hari ketiga program. Khidmat kesihatan ini telah dikendali urus oleh Persatuan PERUBATAN Mesir. Seramai 4 orang doktor dari Biro Sukan & Aktiviti Luar PERUBATAN telah menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada para peserta.

Tuan Haji Kamal Bin Abdullah sedang mengukur ketinggian..

Turut serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan adalah Pegawai HEP Terengganu,Tuan Haji Kamal Abdullah.

Di malam akhir program, diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Apa yang pasti, kejuaraan keseluruhan pada tahun ini dinobatkan kepada Kumpulan Lopat Tikang (Lelaki) manakala juara keseluruhan bagi acara padang serta acara dewan (perempuan) digondol oleh Kumpulan Faraulah dan juga Kumpulan Burtuqol.....

Pihak AJKT & HEWI KPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan HIKMAT pada tahun ini...

Jumpa lagi HIKMAT pada tahun akan datang........

P/S : Untuk melihat lebih gambar, sila ke pautan Galeri di http://infokpt.com/

Wednesday, February 18, 2009

TENTATIF HARI KELUARGA & MAHABBAH ANAK-ANAK TERENGGANU HIKMAT ‘09

TENTATIF

HARI KELUARGA & MAHABBAH ANAK-ANAK TERENGGANU HIKMAT ‘09

19 FEBRUARI 2009

(KHAMIS)

04.00 Petang - Taklimat

06.00 Malam - Kuliah Maghrib

Oleh: DR Tengku Abd Kadir Bin Tengku Zainal Abidin

(Mantan Presiden Persatuan PERUBATAN)

08.00 Malam - Majlis Perasmian:

§ Ucapan Pengerusi

§ Ucapan Pengarah HIKMAT ‘09

§ Ucapan Yang Dipertua KPT 08/09

§ Ucapan Perasmian

10.30 Malam - Persembahan Nasyid

- Pantun Khas

- Acara Dewan

- Pertandingan Lukis & Teka

20 FEBRUARI 2009

(JUMAAT)

06.00 Pagi - Bacaan Mathurat & Tazkirah Subuh

Oleh: Mohd Noor Alif Bin Mahari

(Bendahari HIKMAT ‘09)

07.00 Pagi - Acara sukaneka: (Dataran Hayyu Asyir)

BIL

ACARA

1.

Larian HIKMAT

2.

Tiup Belon

3.

Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu

4.

Lumba Lari 100 Meter ( 2 saringan & Akhir )

5.

Makan Epal

6.

Lari Ikat Kaki Berpasangan

7.

Lumba Lari 4 x 100 Meter

8.

Rebut Kerusi

9.

Lari Atas Bata

10.

Tiup Tepung

11.

Pakai Kain Pelekat Sebelah Tangan

12.

Isi Air Dalam Botol

13.

Bola Sepak :

14.

Cari Barang Tutup Mata

15.

Pijak Belon

16.

Bola Beracun

17.

Cari Barang Tersembunyi

18.


































11.00 Pagi - Bersurai

02.00 Petang - Acara Dewan

04.30 Petang - Acara Sukan: untuk mutazawwijin

§ Pertandingan Memasak (Pasangan Mutazawijin)

§ Pertandingan Hias Kek

§ Pertandingan Teh Tarik

§ Pertandingan Hias Fino

§ Bau rempah

05.00 Petang - Bersurai

06.00 Malam - Kuliah Maghrib

Oleh: Mohd Azizuddin Bin Abdul Aziz

(Ketua Unit Jamuan & Hidangan HIKMAT ‘09)

08.00 Malam - Acara Dewan

· Debat

· Nashid

· Pidato dan ceramah

· Berbalas pantun

11.00 Malam - Bersurai

21 FEBRUARI 2009

(SABTU)

06.00 Pagi - Bacaan Mathurat & Tazkirah Subuh

07.00 Pagi - Acara Sukan: (Padang)

BIL

MASA

ACARA

1.

7.00-7.30

7.30-8.00

8.15-8.45

Tuju gol

Perlawanan bola sepak

Kump A vs Kump C

Kump B vs Kump D

Tempat ke 3

Kump ? vs Kump ?

2.

850-1030

850-920

920-950

1000-1030

Perlawanan Sepak takraw

Kump A vs Kump B

Kump C vs Kump D

Tempat ke 3

Kump ? vs Kump ?

3.

1100-1230

1100-1130

11-30-1200

Perlawanan Bola Tampar

Kump C vs Kump B

Kump A vs Kump D

02.00 petang - Tempat ke 3

( pertandingan bola tampar)

Tempat ke 3

( pertandingan sepak takraw)

03.30 Petang - akhir sepak takraw

- akhir bola tampar

- akhir bola sepak

05.30 petang BERSURAI

06.00 Malam - Kuliah Maghrib

Oleh: Al-Fadhil Al-Ustaz Zahari Bin Ali

(Anggota Badan Penasihat KPT)

08.00 Malam - Acara Dewan:

10.30 Malam - Majlis Penutup

- Penyampaian hadiah

* Tertakluk kepada pindaan

Friday, February 13, 2009

KELAS TAFAQQUH TERKINI

HARI : Setiap hari Ahad, Rabu dan Khamis
MASA: 9.00 Pagi
TEMPAT : Surau Asrama Darul Iman
KITAB : Syarah Sulam Fi Mantiq

Kelas Tafaqquh ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat mengikuti pengajian.
Anda semua dijemput hadir.

Kitab Boleh didapati ditempat pengajian.

Anjuran
Biro Dakwah
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu 08/09

Tuesday, February 10, 2009

EKSPEDISI JELAJAH PANTAI

DUMYAT JADIDAH, 9 Februari - Musim cuti semester pertama kali ini cuba dimanfaatkan sebaik mungkin oleh warga KPT. Banyak rangkaan program diatur demi untuk manfaat ahli KPT keseluruhannya.

Kelmarin, satu aktiviti 'santai' telah diadakan di Pantai Dumyat Jadidah disini.

Ekspedisi jelajah pantai kali ini lebih tertumpu kepada aktiviti mencari kerang dan hasil laut yang banyak terdapat disini.
Taklimat daripada YDP Terengganu

Seramai hampir 30 peserta ikhwah menyertai ekspedisi tersebut. Pada hari sebelumnya pula, aktiviti santai ini dapat menarik hampir 40 orang peserta di kalangan akhawat.

Para peserta bertolak seawal jam 8.30 pagi dari Kompleks Terengganu, Kaherah dan tiba di Bandar Dumyat kira-kira jam 11.30 pagi.

Solat Zuhur dan Asar di Pantai Dumyat

Aktiviti ini memakan masa hampir 3 jam disana. Selesai sahaja aktiviti di pantai, pihak KPT berkesempatan singgah dan menziarahi Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat [DPMD] sebagai salah satu agenda rasmi jaulah kali ini.

Peserta bergambar kenangan di Pantai Dumyat

Sebahagian peserta bergambar kenangan di akhir program

Mengumpul hasil yang diperolihi

Pulang dari laut

Majlis Ramah Mesra bersama DPM Dumyat

Sunday, February 8, 2009

DAURAH FEQH NISA'


Daurah Feqh Nisa' 2009 akan diadakan pada :-



TARIKH : 9 Februari 2009
TEMPAT : Dewan Asrama Daru Iman
MASA : 9.00 Pagi
PENDISKUSI : Ust Syed Abd Qadir Al-Jufri
KITAB : 'Al-Ihatoh'

Kitab diskusi boleh didapati dengan Mohd Syukri Mohd Nazar [+20111468286] atau dengan Safinah Hassan [+20114512023]

Dijemput kepada semua (Ikhwah & Akhawat) hadir memeriahkan majlis.

Wednesday, February 4, 2009

MAJLIS LIQA' FUAD HEWI 09'

Klikkan sahaja iklan untuk besarkannya.

Disediakan oleh

Unit Dakwah HEWI KPT
dengan kerjasama
Jabatan Naqibat 2008/2009

 
Powered by Blogger | Printable Coupons