Monday, June 23, 2008

Makluman

Untuk paparan yang lebih lengkap,pengunjung digalakkan menggunakan Internet Explorer.Harap maaf atas kesulitan yang berlaku.

Sunday, June 22, 2008

'Keahlian 3T'

Technition Team of Terengganu atau ringakasannya 3T sedang membuka keahliannya kepada semua ahli-ahli KPT yang berminat untuk mendapatkan kursus-kursus yang berkaitan PA system,editing gambar,video dsbgnya.Untuk mendapatkan maklumat lanjut,sila hubungi :

Mohd Nasirudin Bin Zahari-0114164371(ikhwah)
Rohana Bt Mahmud-0105103813(akhawat)

*Pada awal Julai nanti,satu kursus berkenaan PA system akan diadakan.Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Solat Hajat

Hayyu Asyir,20 Jun- Satu solat hajat telah diadakan di Rumah Terengganu,Hayyu Asyir untuk Us Wan Ahmad Salimi Bin Wan Sulong yang telah kemalangan jalanraya di Malaysia.Mengikut maklumat yang diperolehi,berlaku pendarahan pada otak beliau dan patah tulang bahu.Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau

Thursday, June 12, 2008

~ Kalam Ayahanda ~

Bismillahhirrahamanirrahim.
Segala puji bagi Tuhan Pencipta sekalian alam.Selawat dan salam buat junjungan Nabi Tercinta dan ahli keluarga baginda serta para sahabat yang menjadi pembantu dalam perjuangan menyampaikan seruan agama Allah
.

Perjuangan memerah otak dan bersengkang mata untuk menghadapi imtihan sudah sampai ke penghujungnya.Mungkin sudah ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang telah pun mengungkapkan lafaz 'Merdeka'.Tetapi ia bukanlah bermakna untuk selama-lamanya.Masih banyak lagi ujian-ujian yang perlu ditempuh oleh kita semua,khususnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.'Ala kulli hal' sama-sama kita memohon kehadrat Allah Taala,supaya memberikan kejayaan dalam imtihan yang telah selesai kita hadapi.

Suka di sini,saya menarik perhatian sahabat-sahabat semua untuk kita meneliti satu calitan sirah yang kadang-kadang dilupai oleh umat Islam untuk diambil pengajaran dan pengiktibarannya.Kisah ini dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran,supaya umat Islam lebih peka dengan isu yang berlaku.Firman Allah S.W.T di dalam surah At-Taubah


والذين اتخذوا مسجدا صرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلاّ الحسنى والله يشهد إنهم لكذبون

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah Dengan berkata:" tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.



(Gambar Hiasan)


Ketika mana baginda bersiap untuk berangkat ke medan peperangan Tabuk,datang beberapa orang munafiq yang telah meminta baginda S.A.W merasmikan pembinaan masjid yang berhampiran dengan Masjid Quba' dengan tujuan jahat memecah belahkan umat Islam.Namun Nabi S.A.W telah meminta untuk ditangguh jemputan bagi mendirikan solat di masjid tersebut selepas selesai peperangan Tabuk.

Dalam perjalanan pulang daripada medan Tabuk,Allah S.W.T telah menurunkan ayat di atas sebagai amaran kepada Nabi S.A.W supaya tidak berkompromi dengan puak munafiq yang membina masjid di atas dasar yang salah.Maka baginda S.A.W telah meminta beberapa sahabat membakar masjid tersebut.

Jelas di sini menunjukkan Islam sekeras-kerasnya menolak sama sekali sebarang bentuk kebajikan yang dibina di atas dasar yang salah.Apabila sesuatu kebaikan yang bertunjangkan kefasadan,maka terbatallah kebaikan tersebut.Ianya jelas,dengan tindakan Nabi S.A.W. yang membakar masjid yang dibina atas dasar kekufuran dan perpecahan dikalangan muslimin.Walaupun peristiwa yang berlaku adalah pada binaan zahir,tetapi disebaliknya sebuah binaan abstrak yang merupakan satu bentuk pemikiran kekufuran serta membawa kepada perpecahan umat Islam.

Maka dalam konteks kita sebagai azhariyun di bumi Mesir ini,sewajarnya menjadikan peristiwa ini sebagai panduan dalam menerima sesebuah aliran pemikiran.Jangan kita mudah terpesona dengan program-program yang diatur yang berbentuk thaqafah mahupun kerohanian tetapi ia didasarkan di atas tapak perpecahan dan keengganan beramal dengan Islam yang syumul.Mungkin sesetengah pihak mempersoalkan,apa salahnya jika kita 'ambil yang baik buang yang buruk'.Maka di sinilah kita perlu memahami peristiwa yang telah disebutkan dalam Surah At-Taubah di atas.Kenapakah Rasulullah S.A.W tidak membiarkan sahaja 'Masjid Dhirar'? Sedangkan,tetap sah sesiapa yang mendirikan solat di masjid itu.

Kesimpulannya,marilah kita menjaga perpaduan yang telah terbina di atas dasar taqwa ini.Janganlah ia dirosakkan dengan sifat benci dan hasad dengki.Biarkan segala provokasi yang dilontarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana kekuatan sesebuah binaan itu akan terbukti selepas mana ia digoncang dengan ujian-ujian.


(Gambar Hiasan)


Sunday, June 8, 2008

"DAULAT TUANKU"


"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG di-PERTUAN AGONG
TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN"

Semoga tuanku sentiasa berada di dalam penjagaan & petunjuk Allah S.W.T

Saturday, June 7, 2008

Makluman Pemangkuan Jawatan Exco KPT 2007/08

Mohd Shafizi Bin Ismail
(Ketua Biro Dakwah)

Dipangku oleh :

Mohd Shamsul Bin Sidek
(Ketua Biro Informasi & Penerbitan)


oleh:
Jabatan Yang Dipertua
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008

 
Powered by Blogger | Printable Coupons