Sunday, November 11, 2007

Kenyataan Rasmi YDP KPT 07/08

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasihani

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) merupakan badan kebajikan mahasiswa Terengganu di Mesir. Badan ini telah berdaftar di bawah kedutaan Malaysia di Mesir dan telah diiktiraf oleh kerajaan Negeri Terengganu. KPT telah banyak bekerjasama dengan Yayasan Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu(MAIDAM) bagi menyelesaikan masalah berkaitan kebajikan mahasiswa/i Terengganu di Mesir.

Sehingga kini pihak KPT masih menjalinkan hubungan dengan pihak tersebut dan mengalu-alukan sebarang kerjasama dari mana-mana pihak dalam memberikan kebajikan kepada mahasiswa/i Terengganu di Mesir ini. KPT tidak akan terlibat dengan sebarang perlakuan yang tidak elok dan bakal memberikan impak yang buruk kepada anak-anak Terengganu, apatah lagi untuk merancang untuk melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan imej sebagai seorang muslim seperti menghantar mesej-mesej yang berbentuk ugutan dan kutukan, mewujudkan blog untuk mendedahkan kesalahan orang lain dan merosakkan harta benda org lain. Dengan pendirian yang tegas, KPT melarang sama sekali ahli-ahlinya untuk terlibat dengan perkara-perkara demikian kerana sesuatu masalah tidak akan selesai dengan tuduh menuduh, bersangka buruk dan ugut mengugut.

Sekiranya masih berlaku perkara-perkara yang kurang menyenangkan itu dari kalangan ahli-ahli KPT, KPT sama sekali tidak akan bertanggungjawab dan menasihatkan agar ia dihentikan serta-merta. Kerjasama semua amat diharapkan.

“GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN”

“BERILMU DAN BERAMAL”

Yang menjalankan tugas,

tt

……………………………………….

(ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN)

Yang Dipertua,

Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu

2007/2008

9 November 2007

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons