Monday, March 31, 2008

Baju HIKMAT'08

Perhatian kepada semua ahli KPT, baju HIKMAT 08 telah berada dipasaran.Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya,boleh menghubungi :

1) Us Kamal Bin Mamat-0161706462 (Ikhwah)
2) Ust Rohana Bt Mahmud-0105103813 (Akhawat)


Butiran :-
Harga : LE 35
Warna : hitam,biru,merah & merah jambu(akh shj)
Saiz : M, L & XL


"Cepat !!! Sebelum kehabisan stok"

Jaulah AJKT Ke Iskandariah & Damanhur

27Mac,Iskandariah- Ahli Jawatankuasa Tadbir KPT telah meneruskan siri jaulahnya ke muhafazah bagi merapatkan hubungan dengan ahli KPT pada hari Khamis yang lepas.Pada kali ini AJKT & HEWI telah menziarahi ahli di Iskandariah.Semua Hewi dan 5 orang AJKT telah ke Iskandariah untuk bersua muka dengan ahli-ahli di sana.Di masa yang sama, sebahagian AJKT telah ke muhafazah Damanhur bagi menjenguk ahli-ahli di sana.Alhamdulillah,sambutan yang diberikan oleh ahli amat menggalakkan walaupun situasi yang dihadapi oleh KPT agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.Seluruh AJKT & HEWI mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh setiap ahli.

Biro Informasi & Penerbitan

Biro Informasi & Penerbitan (BIP) KPT 2007/2008 telah mewujudkan sebuah alamat email untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli KPT menyumbangkan sebarang karya dan usaha mereka untuk kegunaan BIP.Kepada mana-mana ahli KPT yang berminat,sila emailkan hasil karya dan nama anda kepada bip0708_mykpt@yahoo.com

Sunday, March 30, 2008

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan
Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu,
daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya
anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan
hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap
positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus
ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta
kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu
anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan
terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda
perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas
secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri
anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang
untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab
itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun
dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah
dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan
dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang.
Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga
disiplin dan masa anda
. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum
masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya.
Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun
pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan
memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti
dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan
ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan
menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan
dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda.
Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan
kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari
dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda
sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak
lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera.
Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang!
Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus
masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya
cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh
pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini
maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya.
Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali
dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat.
Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang
cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan
tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda.
Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan
yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali
kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok
dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang
dengan memerhatikan model ikutan anda

Struktur Organisasi Kepimpinan PMRAM Sesi 2008



Presiden (Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Timbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
ABDUL MUIIZ MUHAMMAD

Naib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFF

Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
MOHD RASUL BIN AMAT

Naib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
KHUSAINI BIN MD YUSOFF

Setiausaha Agung
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

Timbalan Setiausaha Agung
HANAFI BIN ZULKAPLI

Naib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME

Bendahari Kehormat
MOHD IBRAHIM BIN MANSOR

Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
MOHD AZIZUDDIN BIN AZNAN

Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
MOHD AZRUL BIN ISMAIL

Badan Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

Badan Ekonomi
MOHD ZUHAILI BIN SAIMAN

Badan Sambutan dan Rehlah
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN

Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
NIK MOHD ROSDI BIN NIK JUSOH






Timbalan Pengerusi HEWI
NORFAIZAH MAD ALI

Naib Pengerusi I (Unit Perancang & Panitia)
HAFSAH ESA

Naib Pengerusi II (Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
SITI ANISAH AHMAD

Naib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
HERLINA SYARIAL

Setiausaha HEWI
SHAHIDAH AB MANAF

Timbalan Setiausaha HEWI
HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZI

Naib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
NORHAFIZA ABDUL WAHAB

Bendahari HEWI
MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKAR

Unit Kebajikan & Kemanusiaan
NORHIDAYAH ABD RAHMAN

Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
NOR HIDAYAH CHE YUSOF

Unit Pengetahuan & Penyelidikan
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARY

Unit Penerangan & Penerbitan
NUR MAZNI AHMAD PAUZI

Unit Ekonomi
'IZZATI FARHANA MAHADZIR

Unit Sambutan & Rehlah
NORRAUDAH HANUM HJ SALIM

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
SITI NORSANIYAH SHAPIIN

SYAHID MENUNTUT ILMU

Kepada sahabat-sahabat penuntut ilmu Allah, Islam memuliakan kita dengan pelbagai janji istimewa di sisi Allah. Antaranya gelaran syahid jika kita meninggal semasa belajar. Saya ingin memaparkan satu persoalan yang pernah ditanya kepada seorang ulama Mesir yang terkemuka Syeikh Atiyyah Saqar rhm ;


Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah.. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid ?

Sudah dimaklumi bahawa menuntut ilmu adalah kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Gesaan berkenaannya telah diriwayat dalam hadis yang banyak Al-Bazzar telah meriwayatkankan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

(( إذا جاء الموت لطالب العلم وهو على هذه الحالة مات وهو شهيد ))
“ Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.”

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW :

(( من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع ))
“ Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.”


Daripada sini, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.

Sudah tentulah tidak akan mendapat ganjaran baik ini melainkan kepada orang Islam. Adapun bukan Islam, tidak digelar sebagai syahid, dan tidaklah baginya kemuliaan ini.

Syeikh Atiyyah Saqar, أحسن الكلام فى الفتاوى والأحكام , ms 305.

oleh- Mohamad Abdullah

Saturday, March 29, 2008

LAPORAN HARI KELUARGA DAN MAHABBAH ANAK-ANAK TERENGGANU (HIKMAT 08)


Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu telah mengadakan Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-anak Terengganu (HIKMAT 08) dengan jayanya pada 14-16 Mac 2008. HIKMAT kali ini telah diadakan sepenuhnya di perkarangan kompleks Terengganu, dataran Hayyu Asyier dan stadium Nadi Syabab di Musallas. HIKMAT 08 telah dirasmikan oleh pegawai HEP Terengganu, ust Mat Ropi bin Busu pada malam 13 Mac 2008 sekaligus menandakan bermulanya acara HIKMAT 08. Sambutan HIKMAT 08 agak memuaskan kerana kebanyakan anak-anak Terengganu di muhafazah pulang untuk sama-sama meraikan Hari Keluarga dan Mahabbah peringkat negeri Terengganu dengan bilangan peserta secara kasar seramai 300 orang termasuk ikhwah dan akhawat.

Antara acara yang dipertandingkan pada HIKMAT tahun ini terbahagi kepada dua kategori iaitu acara dewan dan acara padang. Antara acara dewan yang dipertandingkan ialah khutbah Jumaat dalam bahasa arab dan bahasa inggeris, hafaz al-Quran, khat, pantun, lukis dan menang, kuiz berkumpulan, catur, chess, dan persembahan nasyid, dikir, dan sajak. Antara acara padang yang dipertandingkan pula ialah futsal, marathon, lari 100 meter, bola beracun, pijak belon, cari barang tersembunyi dan lain-lain. Majlis penutup HIKMAT 08 diadakan pada malam 16 Mac 2008 dan dirasmikan oleh ust Mat Ropi bin Busu sendiri. Pada malam ini juga diadakan persembahan nasyid, dikir dan sajak mewakili kumpulan yang menang.

Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang menang disamping hadiah cabutan bertuah. Semua peserta menikmati jamuan sebelum bersurai.

Laporan oleh :
Setiausaha HIKMAT 08
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu

~Kenangan HIKMAT'08~
















Saturday, March 22, 2008

~Muhasabah di Rabiul Awal~

Saidina Ali R.A berkata:
TAQWA ialah:
TAKUT kepada Allah SWT.Beramal dengan Al Quran.
Merasa cukup dengan sedikit.Bersedia untuk ke akhirat.


Saidina Omar Al Khattab berpesan kepada Saad bin Abi Waqas bersama tenteranya ketika mereka sedang menuju ke Parsi untuk membuka negara tersebut:
Pertama- Bertaqwa kepada Allah adalah bekalan dan tipudaya yang paling ampuh dalam menghadapi musuh dalam peperangan.
Kedua- Berhati-hati daripada jatuh ke jurang maksiat kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah paling ditakuti daripada kekuatan musuh Islam.
Ketiga- Kemenangan muslimin adalah disebabkan maksiat yang dilakukan oleh musuh,kalau tidak yang demikian,kita tidak ada kekuatan kerana bilangan dan persediaan kita tidak sebagaimana bilangan dan persediaan mereka,sekiranya kita sama seperti mereka melakukan maksiat,maka ketika itu mereka adalah lebih baik dan kuat daripada kita.

Imam Junaid Al Baqdadi berkata:
Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan Allah SWT.Lebih baik telinga itu tuli jika tidak mendengar nasihat Allah SWT.Lebih baik anggota itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah SWT.

Sahabat Seaqidah,
Kalam-kalam di atas telah cukup untuk menjawab muhasabah diri kita masing-masing.
Pada awal Muharram PASTINYA masing-masing bermuhasabah kearah peningkatan diri dalam segala segenap kehidupan untuk mencapai wawasan dunia dan akhirat…
Tapi….kini telah tiba RabiulAwal,bulan ketiga dalam tahun Hijrah…
…..setakat manakah Azam itu telah tercapai?
…..sejauhmanakah tindakan yang telah dilaksanakan rentetan daripada muhasabah lalu?


Sahabat seperjuangan,
Kecemerlangan diri satu harapan..
Kegagalan menimpa satu kenyataan..
Kemenangan kita syukuri..
Kekalahan kita redhai.
Itulah realiti kehidupan..
Perjalanan kita masih jauh..
Perjuangan kita tanpa nokhtah..
RabiulAwal menzahir diri,
Menyingkap sirah kelahiran Nabi,
Selawat istimrar kasihkan Nabi,
Syariat ditadbik sunnah diamali.
RabiulAwal mengetuk hati,
Tanda hari terus berganti,
Marilah kita koreksi diri,
Agar keazaman menjadi realiti.
Sahabatku…
Sama-samalah kita koreksi diri..
Pesanan AsSyahid:
“Jangan biarkan hidupmu berlalu seharipun tanpa bekerja untuk ISLAM”
ISLAMKU……usah kau menangis lagi..
AKU datang kepadaMU.

Oleh: Mujahidah Sepanjang zaman

Dipetik daripada blog Hewi PMRAM

Saturday, March 15, 2008

Tokoh Evangelis AS Seru Hancurkan Islam

Tokoh Evangelis di AS Rod Parsley, buat kesekian kalinya melontarkan kenyataan provokatif. Parsley yang juga penasihat spiritual Senator John McCain-kandidat presiden AS dari Parti Repulikan-menyatakan bahawa agama Islam adalah agama palsu dan menyeru agar agama Islam dihancurkan.

Ironisnya, McCain malah menyalami Parsley sementara pastor gereja terbesar di Ohio itu mengajak umat Kristian "berperang" melawan Islam dan menghancurkan Islam. Parsley memang pendukung utama McCain di wilayah Ohio. Pada 26 Februari lalu, sewaktu berkempen di Cincinnati dengan Parsley, McCain menyebut Parsley sebagai seorang "pembimbing spiritual" nya.

Parsley, pemimpin World Harvest Church of Columbus yang memiliki sekitar 12.000 ahli di AS ini, sudah menulis beberapa buah buku berisi pandangan-pandangan keagamaan yang menunjukkan dirinya seorang fundamentalis. Dalam bukunya yang terbit tahun 2005 berjudul "The 2005 Silent No More" di bab "Islam:The Deception of Allah", Parsley mengingatkan wujudnya perang peradaban antara Islam dan Kristian. Parsley juga menyebut Islam sebagai agama yang anti-Christ dan mendesak AS agar mengobarkan Perang Salib baru untuk memusnahkan agama Islam.

Hubungan McCain dengan Parsley dalam bidang politik sangat erat. Pada pilihanraya tahun 2004, gereja Parsley dianggap berperanan besar dalam mendorong para penganut Kristian fundamentalis di AS untuk memberikan sokongan pada George W. Bush yang pada waktu itu menjadi kandidat presiden AS. Gereja Parsley pernah dituding terlibat dalam kes-kes penggelapan pajak tokoh-tokoh pro-Republik.

sumber - tranungkite.net

Thursday, March 13, 2008

PERTOLONGAN DAN PENJAGAAN DARI ALLAH S.W.T

عن عبد الله بن عباس رضى الله عنهما قال: كنت خلف النبى صلى الله عليه وسلميوما فقال: يا غلام، انى أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك, اذ سألت فاسأل الله، واذا اسعنت فاستعن بالله، واعلم أن الامة لو لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيئ لم ينفعوك الا بشيئ قد كتبه الله لك، وان اجتمعوا على ان يضروك بشيئ لم يضروك الا بشيئ قد كتبه الله عليك. رفعت الاقلام وجفت الصحف.
(رواه الترمذى)

Maksudnya:Daripada Abu Abdullah bin Abbas r.a beliau berkata: “ Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah
s.a.w, lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: peliharalah Allah nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatinya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah jika seluruh manusia berhimpun

untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali – kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu ke atasmu, mereka mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran.

(Diriwayatkan oleh Tirmizi

oleh - Mohd Asar




Wednesday, March 12, 2008

Ikhtilat..... Satu Pencerahan.....

Semalam saya telah menghadiri satu Kolokium Ilmuan atau Program 'Q' buat kali kedua yang dianjurkan oleh pihak PMRAM. Sedia maklum,program seperti ini sudah pastinya untuk menuntas sedikit ilmu bual bicara khusus kepada student yang masih 'post graduate' di pentas Universiti ini. Saya memang minat majlis diskusi seperti ini.
Pada majlis itu, 2 kertas kerja dibentangkan dan juga turut diadakan diskusi buku ' Syaqafah Daieyah' karangan ulama kontemporari iaitu Dr Yusof AlQadhrawi. Dua kertas kerja tersebut bertajuk ' Jahiliyyah Moden Kurun Ke-20' dan juga 'Permasalahan Ikhtilat Menurut Islam'.

Saya cuma berhajat untuk berdiskusi bagi kertas kerja permasalahan ikhtilat sahaja kerana tajuk ini mendapat sambutan hangat pada diskusi semalam. Malah, hal ini semakin sebati dan merebak dalam masyarakat kita. Saya teringat bahawa saya pernah menjadi panel bagi satu forum di sebuah sekolah menengah untuk membincangkan permasalahan ini. Gementar juga berada di pentas mengadap 'audience' yg ramai. Berbagai persoalan ditimbulkan memandangkan 'audience' adalah student form 4 yg sebagaimana kita tahu tahap umur tersebut adalah tahap 'gelora' dalam jiwa remaja untuk berikhtilat…




PENGENALAN


Permasalahan ikhtilat yg berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus menjadi 'barah kotor' yg merebak dalam masyarakat. Kesannya dapat dilihat pada hari ini melalui 'kehancuran social' dan juga pembiakan jenayah yg sangat aktif hari ini. Purata jenayah sehari seluruh Negeri[Malaysia] adalah 250 kes yg dicatatkan..Yg tidak dilaporkan entah berapa banyak.. Dunia dalam ketakutan dek jenayah dan kehancuran akhlak. ( Saya tidak lagi menggunakan istilah 'keruntuhan akhlak' kerana keadaan adalah amat teruk dari itu)

Oleh itu marilah kita mengambil langkah pertama untuk menimbulkan kesedaran dan seterusnya menolong menyelesaikan masalah ini serta membimbing masyarakat bersama2 menjejakkan kaki ke Syurga. Takkanlah nak masuk syurga sorang kot?????

IKHTILAT MENURUT HUKUM ISLAM

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKTILAT
Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi
§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

KHALWAT
Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.

SALAH KE???

Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-

1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN
· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

2- GOLONGAN MUTASAHHILIN
· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.

3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN
· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.

APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

[ 2 ] SENTUH – المسح -


Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32

[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53

[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
Riwayat Imam Bukhari


PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :
[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE
1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.

ü Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR'IE
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud
2- Tidak mempunyai hajat
· Di Jalanraya
· Dalam kenderaan
· Lain2

SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.


MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tingi etika.


KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"



dipetik daripada - http://khairulidham.blogspot.com/

Isnin, 2008 Mac 03

Tuesday, March 11, 2008

BIODATA AJKT & HEWI 07/08

AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPT 2007/2008














JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM KPT 2007/2008










Monday, March 10, 2008

HARI KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU

Friday, March 7, 2008

Pekeliling Keselamatan Terkini PMRAM

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memandang berat terhadap kes-kes samun, kecurian dan peras ugut bersenjata yang menimpa sebahagian mahasiswa Malaysia sejak akhir-akhir ini. Sebahagian kes mengakibatkan kecederaan tubuh badan dan luka kesan daripada peras ugut bersenjata. Oleh itu, PMRAM meminta seluruh ahli agar lebih berhati-hati dalam memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini hasil daripada kecuaian para pelajar.

Para mahasiswi Malaysia khususnya diminta agar TIDAK KELUAR PADA WAKTU MALAM tanpa ditemani oleh beberapa pelajar lelaki (musyrif) demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti rogol dan bunuh.

Oleh itu, sebagai langkah menjaga keselamatan diri individu ahli PMRAM di semua peringkat, pihak PMRAM mengharapkan setiap individu mengambil berat terhadap perkara-perkara berikut:-


1. Mahasiswi tidak dibenarkan sama sekali berada di luar rumah bermula dari waktu maghrib sehingga keesokan harinya. Sekiranya mahasiswi terdesak untuk keluar pada waktu malam, mereka wajib ditemani oleh beberapa orang pelajar lelaki (musyrif) yang ditetapkan oleh BKAN / DPM.

2. Memastikan rumah anda berkunci dari dalam sebelum anda tidur. Ini kerana ada beberapa percubaan untuk menceroboh rumah pada waktu malam ketika para pelajar sedang nyenyak tidur.

3. Dilarang membawa masuk warga arab tempatan atau asing ke dalam asrama BKAN atau rumah sewa demi keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

4. Para mahasiswa digalakkan membawa tongkat semasa berada di luar rumah pada waktu-waktu yang sunyi seperti pada waktu malam dan selepas subuh. Ini sebagai persediaan untuk keselamatan diri jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

5. Jangan melayan sebarang sapaan dan panggilan daripada bukan warga Malaysia yang tidak dikenali. Sebahagian kes peras ugut bersenjata berlaku apabila para mahasiswa pergi menemui orang asing yang memanggilnya dan menyapanya.

6. Berhati-hati dengan orang berkulit hitam. Kes seorang pelajar lelaki yang dipukul di Hayyu `Asyir selepas solat Subuh dan kes seorang pelajar lelaki yang digertak dengan sebilah pedang di Hayyu Zuhur adalah melibatkan beberapa orang lelaki berkulit hitam.

7. Jangan melalui lorong-lorong gelap. Kebanyakan kes ugut bersenjata berlaku di lorong-lorong gelap yang dilalui oleh para pelajar.

8. Jangan mempamirkan barang-barang berharga anda di hadapan orang Arab seperti telefon bimbit, duit dan laptop.

9. Para mahasiswa digalakkan agar menaiki teksi dan duduk di bahagian belakang. Ini bagi memastikan anda dapat sampai terus ke pintu rumah dan mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu anda berada di dalam teksi.

10. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil wang di bank atau mesin-mesin ATM pada waktu malam. Para pelajar diminta agat tidak berseorangan semasa mengambil wang.

11. Jangan membawa wang yang banyak sewaktu anda berada di luar rumah.

12. Pelajar lelaki yang menjadi peneman para siswi (musyrif) pada waktu malam tidak digalakkan berseorangan. PMRAM menggalakkan bilangan para pelajar yang menjadi musyrif adalah lebih dari seorang dan membawa tongkat.

13. Para mahasiswa tidak digalakkan berkopiah pada waktu malam. Ini adalah bagi mengelakkan kita daripada dikenali sebagai mahasiswa Malaysia kerana kopiah adalah identiti pelajar lelaki Malaysia.

14. Utamakan nyawa anda sekiranya anda diperas ugut sama ada anda diacu dengan senjata atau tidak. Serahkan segala kepunyaan anda kepada penjenayah sekiranya keadaan terlalu mendesak. Jangan melawan.

15. Sekiranya anda berjaya melepaskan diri daripada penjenayah, sila menjerit agar dapat didengari oleh masyarakat setempat. Antara contoh jeritan adalah seperti berikut:

· النَّجْدَة !

· حَرَمِيّ !

· الْحَقُوْنِيْ !

· Help me!

· Tolong!

16. Sila simpan nombor-nombor berikut di dalam telefon bimbit anda. Hubungi pemilik-pemilik nombor berikut sekiranya perlu.

    • Presiden PMRAM 010-5839069
    • BKTD PMRAM 011-2356361


Zon Hayyu Sabi'

· YDP KPP (Perlis) 010-3960323

· YDP BKKIMM (Melaka) 010-6198564

· YDP KPKM (Kelantan) 010-2960431

· YDP KPIPM (Perak) 010-6563771

· YDP BKPPPM (P.Pinang) 010-5041230


Zon Hayyu Thamin

· YDP BKPJM (Johor) 010-6109675


Zon Asyir

· YDP MKKK (Kedah) 010-7617653

· YDP BKAKLM (K.L) 010-5470398

· YDP BKMIP (Pahang) 016-1921690

· YDP KPT (Terengganu) 010-5007486

17. Berikut adalah tempat-tempat bahaya yang pernah berlaku kejadian samun dan ugut bersenjata.

a) Suq Sayyarat Hayyu `Asyir.

b) Hayyu Zuhur.

c) Bawwabah 2 dan 3, Hayyu `Asyir.

d) Mahattoh Gami', Hayyu `Asyir.

e) Syari' al-Bukhari, Akhir Mahattoh Hayyu Sabi'

f) Hadiqah (kawasan lapang) yang berada di `Agiba Petrol (berdekatan dengan Rumah Negeri Sembilan dan Rumah Kelantan)

g) Kawasan yang berdekatan dengan Masjid Musa Ibnu Nusair

h) Hadiqah Dauliyyah.


Dikeluarkan oleh:


Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 2007

Sumber - http://www.pmram.org/

Borang Zakat

Makluman kepada semua ahli KPT yang berminat untuk memohon zakat daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu,boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Pengurusan Pelajar Terengganu Mesir,Kaherah.Tarikh tutup penghantaran borang adalah pada 21 Mac 2008

oleh :
Jabatan Yang Dipertua
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008

Wednesday, March 5, 2008

Ahli Parlimen Belanda keluarkan filem hina al-Quran

HE HAGUE, Belanda 4 Mac – Ahli Parlimen berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders menamakan filemnya yang didakwa sebagai menghina al-Quran sebagai Fitna, perkataan Arab yang boleh membawa maksud perbalahan atau huru-hara.

Perkataan tersebut boleh juga menggambarkan reaksi keras terhadap filemnya itu.
Wilders berkata, dia sudah menyiapkan filem 15 minit itu dan memulakan rundingan dengan beberapa stesen penyiaran Belanda mengenai penayangannya.
Belum pun filem itu disiarkan, penunjuk perasaan telah membakar bendera Belanda di Afghanistan sementara Pakistan cuba menyekat akses kepada YouTube.
Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende berkata, kakitangan kabin pesawat kini takut untuk bertugas dalam sesetengah penerbangan.

Seorang Menteri Kabinet menangguhkan lawatannya ke Somalia pada Jumaat lalu disebabkan “ancaman khusus” berpunca daripada filem tersebut.
Kerajaan Belanda sejak beberapa minggu lalu berusaha untuk membendung reaksi dari dunia Islam sambil mengarahkan Kedutaan-Kedutaannya mengetatkan langkah keselamatan.
Ia juga menggesa Wilders membatalkan filem tersebut demi kepentingan Belanda dan keselamatan rakyatnya di luar negara.
Wilders sebaliknya menolak gesaan itu mentah-mentah dan menuduh kerajaan tunduk kepada tekanan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jaap de Hoop Scheffer, seorang rakyat Belanda, turut menyuarakan kebimbangannya mengenai “akibat buruk yang boleh” menimpa tentera NATO di Afghanistan.

Sumber maklumat - Utusan Malaysia

لا إله إلا الله محمد رسول الله Tuntutan dan Penghayatannya.


بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH .

Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.
Tentunya لا إله إلا الله adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , لا إله إلا الله mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan لا إله إلا الله .

PENGERTIAN لا إله إلا الله .
لا إله إلا الله : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.
Firman Allah swt :
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
( Taha 14 )
Firman Allah swt :
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
( Al Fatihah 5 )
لا إله إلا الله : PETUNJUK dan DOA hanya kepada Allah swt .
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka [1], bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
( Al Fatihah 6 – 7 )

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Al Qasas 56 )

لا إله إلا الله : Menyeru supaya TAAT dan TAKUT hanya kepada Allah swt. serta dalam masa yang sama mestilah mendurhakai hawa nafsu yang menyeleweng. Pengertian ini melahirkan sifat dan watak TAQWA kepada Allah swt. apabila ianya dicerna dalam dua keadaan serentak :
1. Tunduk kepada Allah swt. 2. Lawan hawa Nafsu yang menyeleweng .
Firman Allah swt :
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
( An Naaziaat 40 – 41 ).

Mereka yang berhak menduduki syurga Allah swt. Ialah mereka yang:
1. Takut pada kebesaran Tuhannya 2. Cegah diri dari pengaruh hawa nafsu
Pengertian Taqwa :
1. Takut dalam erti kata TAAT ( melaksanakan semua bentuk perintah Allah samaada ringan atau berat dan meninggalkan semua larangan Allah swt. )
Cinta yang mendalam kepada Allah swt. dan tidak sampai bermain kayu tiga dengan Allah swt.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :
“ Hati tidak berasa gembira dan mencapai kelazatan yang sempurna melainkan hati itu sentiasa berada dalam keadaan cinta kepada Allah swt. dan senantiasa menghampirinya dengan apa yang dikasihinya . Tidak mungkin hati itu rasa cinta dan kasih kepadaNya melainkan dengan meninggalkan semua perkara yang dikasihi selainNya. Inilah hakikat لا إله إلا الله “
لا إله إلا الله : Juga memberi erti Mengikut dan mematuhi apa sahaja perintah yang datang daripada Allah swt.
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
( Al A’raaf 3 )

Sebagai seorang mukmin kita tidak selayaknya banyak soal dan dalih dalam menerima arahan Allah swt.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَ مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنْمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَ اخْتِلاَفِهِمْ عَلى أَنْبِيَائِهِمْ .
Maksudnya : “ Dari Abi Hurairah Rha. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda : Apa yang telah aku larang kamu daripada melakukannya , maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu maka laksanakanlah semampu mungkin , maka sesungguhnya telah rugilah orang – orang sebelum daripada kamu kerana banyaknya persoalan mereka dan wujudnya percanggahan pendapat terhadap nabi - nabi mereka .
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sebagai seorang mukmin , jua tidak seharusnya kita menggunakan logikal manusia semata – mata dalam membuat penilaian ( untuk menerima atau menolak ) sesuatu hukum atau perundangan .
Berkata Imam Syafie Rhm. :
“ Kiranya Islam itu dinilai secara logik , nescaya segalanya rosak dan binasa . Contohnya : kenapa tatkala kita buang air besar , kita hanya diwajibkan basuh sedangkan ianya jelas najis . apabila keluar air mani , kita diwajibkan mandi sedang ianya tidak najis.”
Ini menunjukkan kepada kita , bahawa Islam diamalkan bukan kerana logik atau tidak sesuatu amalan tersebut, tetapi berdasarkan ketaatan menjunjung tinggi titah perintah Allah saw.
Firman Allah swt :
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
( al a'raaf : 3 )

Negara kita tidak ketinggalan menerima ancaman dari golongan Aqlaniyyah yang cuba menafsirkan semula Al Quran menggunakan aqal dan logik .
Sabda Rasulullah : [2]
عن سعيد بن جُبَيْرٍ عن ابْنِ عباسٍ رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ قَالَ فِي اْلقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ .
رواه الترمذي وقال أبو عيس هذا حديث حسن صحيح
“ Barangsiapa yang bercakap mengenai ( menafsirkan ) AlQuran tanpa ilmu ( berdasarkan pandangan aqalnya semata – mata ) , maka silalah sediakan tempat tinggalnya di dalam Api neraka.”
( Riwayat at Tarmizi )


Menafsirkan Al – Quran mestilah berasaskan qaedah yang ditetapkan, bukan secara ' semborono ' atau ' hentam kromo ' juga bukan mengikut ' faham sendiri ' yang jauh dari ketetapan qaedah muktabar.
Ijma’ ulama’ menggariskan qaedah tafsir dalam 5 usul dan qawai’d [3] :
1. Tafsir Quran dengan Quran 2. Tafsir Quran dengan Sunnah 3. Tafsir Quran dengan kata–kata Sahabat Rhm. 4. Tafsir Quran dengan Lughah Arabiah 5. Tafsir Quran dengan apa yang difahami daripada ayat . ( seperti berasaskan Asbabun Nuzul dan Dhohir ayat . )
Imam As – Sayuthi berkata :
“ Tidak adalah yang lebih jahat dan bodoh daripada daripada ulama’ yang menggunakan ayat – ayat quran untuk membenarkan pemikirannya ( yang berdasarkan hawa nafsu ) ”
Sebagai seorang mukmin kita tidak harus degil dan takabbur terhadap ketetapan Allah swt.
لا إله إلا الله memaksa kita tunduk dan patuh kepada kebenaran Ilahi . Keengganan kita hanyalah membawa kita ke Neraka Allah dan kekal di dalamnya .
Firman Allah swt :
" Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
( Al Baqarah 39 )


Sifat enggan dan takabbur inilah menjadi 2 sifat aktif yang mendorong seseorang menjadi kufur kepada Allah swt. sebagaimana ianya pernah menimpa Iblis A’laihi Laknatullah .
Firman Allah swt :
“ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
( Al Baqarah 34 )


Namun , amat malang sekali apabila budaya degil dan sombong ini berkembang pesat dikalangan segelintir ummat Islam semata – mata kerana sikap tidak mahu mengalah . Sedang kita telah diajar oleh Allah swt :
“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
( Ar Ruum 30 )


لا إله إلا الله : Bererti menolak dan menjauhkan diri secara menyeluruh akan semua bentuk undang – undang dan cara hidup Jahiliyyah .
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. . Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”
( Al Maaidah 50 – 51 )


[1] Ayat 69 dari Surah An Nisa’ ( di bawah ) adalah menafsirkan golongan yang mendapat nikmat .
[2] Sunan at Tarmizi . Jilid 5 . Muka surat 199 . كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم
[3] Keterangan lanjut Ruju’ Kitab أصول التفسير و قواعده Karangan Syeikh Khalid Abdur Rahman .
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Monday, March 3, 2008

PMRAM Gesa Ahli Tingkatkan Keselamatan

Oleh : Mohd Rasul bin Amat
Ketua Badan Kebajikan dan Tabung Derma PMRAM 2007

Sejak kebelakangan ini kita melihat keamanan dan keselamatan anak-anak Malaysia di perlembahan Nil ini semakin berada di tahap yang agak merbahaya. Perkara ini disedari semenjak beberapa tahun yang lepas melihat kepada kes-kes rompakan, kecurian, gangguan seksual bahkan sehingga hampir meragut nyawa beberapa orang pelajar yang pernah ditimpa musibah ini. Kita melihat perkara ini begitu membahayakan keselamatan semua masyarakat pelajar tidak mengira mahasiswa mahupun mahasiswi. Dalam masa yang sama kalau dilihat kes-kes yang terbaru bukan sahaja berlaku di waktu malam kebiasaannya, bahkan turut berlaku pada waktu siang mentari terang memancar.

PMRAM berharap kepada Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa dapat melaporkan sesegera yang mungkin kepada pihak PMRAM sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Kes yang terbaru berlaku di Hayyu Zuhur apabila seorang siswa dari Kelantan telah diancam dan diragut oleh segerombolan ‘mat hitam’ yang membawa senjata dipercayai sebilah parang.

Justeru itu, PMRAM mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan keselamatan semua anak-anak Malaysia di Mesir terjamin tanpa mengira sama ada pelajar pengajian Islam mahupun perubatan demi memastikan kes yang sama tidak akan berulang lagi.

Melihat kepada situasi tersebut, Presiden PMRAM, saudara Hairul Nizam Mat Husain telahpun menghubungi pihak keselamatan Mesir untuk mengatasi masalah ini. Apa yang dicadangkan oleh pihak keselamatan Mesir supaya PMRAM terus melaporkan kepada pihak keselamatan secara terperinci mengenai sesuatu kejadian untuk tindakan selanjutnya. Ini kerana pihak keselamatan Mesir sendiri mengakui bahawa pihak mereka tidak cukup tangan dalam menguruskan jenayah-jenayah di kalangan rakyatnya sendiri.

Untuk memastikan supaya keselamatan semua mahasiswa mahasiswi Malaysia di bumi Mesir ini, PMRAM mengharapkan kepada semua sahabat-sahabat dapat mematuhi beberapa garis panduan di bawah sebagai langkah berjaga-jaga.

Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti:

1. Melaporkan terus kepada pihak Presiden PMRAM di talian hotline +2010-5839069 atau BKTD PMRAM di talian +2011-2356361 atau menghubungi Yang Dipertua BKAN atau Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa masing-masing seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.

2. Elakkan daripada berada di luar rumah berseorangan selepas jam 10 malam. Sebaik-baiknya bersama dengan lebih daripada 2 orang.

3. Seandainya berseorangan, kalian dicadangkan untuk menaiki teksi supaya terus sampai ke pintu rumah.

4. Elakkan diri daripada berjalan di kawasan yang gelap dan sunyi daripada laluan orang ramai.

5. Diminta kepada seluruh mahasiswi agar tidak keluar dari rumah pada waktu malam melainkan sekiranya ada KEPERLUAN YANG MENDESAK dengan DIIRINGI MUSYRIF.

 
Powered by Blogger | Printable Coupons