Friday, December 26, 2008

SAMBUTAN TAHUN BARU KPT BERMULA DENGAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA ILMIAH

HAYYU ASYIR, 25 Disember- Dalam fatrah peperiksaan yang bakal menjelang, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] mengambil pendekatan berbentuk akademik dan ilmiah dalam menyediakan program dan aktiviti untuk ahli.

Pendekatan ini amat penting bagi meneruskan kelangsungan suasana ilmu dan thaqafah dikalangan mahasiswa/wi Terengganu.

Kelmarin, satu pembentangan kertas kerja/ buku ilmiah yang bertajuk “Amalan Pada Bulan Muharram” telah diadakan di Dewan Asrama Darul Iman, Hayyu Asyir.

Majlis ini diadakan sebagai persiapan awal untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1430 tidak lama lagi.

Majlis ini bermula seusai sahaja solat maghrib sekitar jam 6.00 malam. Ceramah dan pembentangan kertas kerja telah disampaikan dengan jayanya oleh Ust Safwan Shamsuddin, mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Dalam ceramah tersebut, beliau mengariskan beberapa panduan dan amalan serta kelebihan dalam tatacara menyambut Tahun Baru Hijrah.

Beliau juga turut mengulas sejarah pengenalan serta perkembangan penggunaan Kalendar Hijrah dalam sejarah Islam.

Majlis dibawah kendalian Biro Akademik KPT ini mendapat sambutan yang baik dikalangan ahli.

Majlis ilmiah ini berakhir sekitar jam 8.00 malam.

Penyampaian cenderahati di akhir majlis.

P/S : Pihak AJKT &HEWI KPT mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh ahli KPT dan Anak-Anak Terengganu.

Kullu Am Wa Antum Toyyibun.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons