Saturday, February 28, 2009

KPT SERTAI PMRAM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA GAZA

RAMSIS, 26 Februari - Kekejaman rejem zionis Israel terhadap penduduk palestin merupakan pencerobohan sosio kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia hari ini.

Krisis Gaza yang meledak baru-baru ini telah membawa banyak kemusnahan dan meragut ratusan nyawa malah tidak kurang juga yang cedera.

Duka pedih ini turut dirasai dan dikongsi bersama rakyat Malaysia di Mesir disini.

Semalam, pihak PMRAM dan juga BKAN di seluruh negeri menterjemahkan rasa kebersamaan dan simpati terhadap mangsa kekejaman Israel di Gaza dengan melawat mereka di Hospital Al Hilal Ramsis disini disamping menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof. Turut serta dalam rombongan tersebut Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, Ustaz Shafizi Ismail.

Rombongan ini bertolak ke Hospital Al Hilal Ramsis sebaik sahaja selesai solat asar disini.

Rombongan kemanusiaan pada kali ini telah disambut baik oleh pihak hospital malah rata-rata mangsa yang berada di hospital tersebut menyatakan rasa sangat gembira dengan kehadiran pihak rombongan pada kali ini.Menurut ulasan salah seorang mangsa yang berada di hospital tersebut, beliau menyatakan rasa berbesar hati beliau kerana rakyat Malaysia sentiasa bersama dengan Palestin.

Dalam lawatan tersebut,pihak penganjur berkesempatan menghulurkan sumbangan kemanusiaan berupa makanan keperluan harian beserta wang tunai yang telah diagihkan kepada 25 orang mangsa kekejaman Israel di Gaza baru-baru ini.

Peserta rombongan pulang sekitar jam 7.00 malam.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons