Friday, October 19, 2007

Syahid menuntut ilmu

Oleh : Muhammad Abdullah

a_mind79@yahoo.com


Kepada sahabat-sahabat penuntut ilmu Allah, Islam memuliakan kita dengan pelbagai janji istimewa di sisi Allah. Antaranya gelaran syahid jika kita meninggal semasa belajar. Saya ingin memaparkan satu persoalan yang pernah ditanya kepada seorang ulama Mesir yang terkemuka Syeikh Atiyyah Saqar rhm ;

SYAHID MENUNTUT ILMU

Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah.. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid ?

Sudah dimaklumi bahawa menuntut ilmu adalah kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Gesaan berkenaannya telah diriwayat dalam hadis yang banyak Al-Bazzar telah meriwayatkankan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

(( إذا جاء الموت لطالب العلم وهو على هذه الحالة مات وهو شهيد ))

“ Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.”

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW :

(( من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع ))

“ Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.”

Daripada sini, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.

Sudah tentulah tidak akan mendapat ganjaran baik ini melainkan kepada orang Islam. Adapun bukan Islam, tidak digelar sebagai syahid, dan tidaklah baginya kemuliaan ini.

Syeikh Atiyyah Saqar, أحسن الكلام فى الفتاوى والأحكام , ms 305

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons