HIDAYAH DARIPADA SEKEPING COKLAT
Tulisan khat Arab pada sekeping coklat kesukaannya menarik perhatian Geogia, 5 tahun, seorang kanak-kanak perempuan Inggeris di sebuah bandar berdekatan kota London. Naluri ingin tahu kanak-kanak mendorongnya untuk bertanya ibunya berkenaan bahasa tulisan tersebut. Si ibu dengan penuh prejudis memberitahu anaknya ; Ia adalah bahasa orang-orang Arab dan Islam. Golongan yang bertutur dengan bahasa Arab adalah puak-puak pengganas yang sentiasa menyerang orang yang tidak berdosa.
Jawapan yang bertujuan untuk menakutkan Georgia, yang kini nama barunya Jamilah tidak memuaskan hatinya. Bahkan, dia tidak percaya dengan ibunya yang mengatakan bahawa Islam samaertinya dengan keganasan. Lebih mengejutkan lagi, secara spontan Georgia berkata “ Saya seorang Muslimah”.
Ia tidak terhenti setakat iu sahaja sebagaimana yang diharapkan oleh ahli keluarganya. Selepas beberapa bulan, apabila tiba hari ulangtahunnya yang keenam, ketika ibunya bertanya apakah permintaannya sebagai hadiah harijadi untuknya. Lantas dia menjawab dengan penuh harapan ; “ Saya mahu Al-Quran”.Lalu, si ibu terpaksa memenuhi kehendak anak kesayangannya.
Dalam tempoh enam bulan, Georgia membelek-belek Al-Quran pada setiap waktu, seolah-olah dia mendapat keseronokan yang tidak terhingga memandang tulisan dan huruf-huruf Al-Quran. Yang lebih ajaib, berlaku satu kebakaran yang memusnahkan barang-barang di rumahnya, semuanya hangus kecuali Al-quran tersebut.
Kaum keluarganya mula menunjukkan sikap tidak senang, hingga memaksa datuknya mengisytiharkan bahawa Jamilah berada di bawah perlindungannya dan tiada orang yang boleh mengejek dan menekannya apabila Jamilah enggan pergi ke gereja sebagaimana kebiasaan yang berlaku dalam keluarga mereka.
Apa yg berlaku membuatkan ibunya tertanya-tertanya berkenaan Al-Quran dan Islam, agama yang dipeluk oleh anak kecilnya tersebut secara kebetulan. Secara senyap-senyap, ibunya mula mengkaji dan membaca buku-buku tentang Islam yang akhirnya mendorong ibunya mengucapkan kalimah syahadah dan menukar nama asalnya ‘ Sam’ kepada ‘Samirah’.Subhanallah.
Terjemahan daripada akhbar ‘alam Islami
0 ulasan:
Post a Comment