Monday, November 19, 2007

Mahasiswa Malaysia Di Mesir Digesa Untuk Lebih Berhati-Hati


18 November 2007, Hayyu Asyir - Seorang mahasiswa Malaysia dari Kedah, Muhammad Zamri bin Mustafa dipukul selepas beliau menunaikan solat Subuh di masjid. Kejadian malang ini berlaku disebabkan dua orang lelaki berkulit hitam bertindak memaksa Zamri untuk menyerahkan wang kepada mereka.

Zamri yang ketika itu tidak membawa sebarang wang telah ditumbuk dan dipukul dengan menggunakan batu sehingga beliau rebah. Beliau dikejarkan ke Hospital Rabiah Al-`Adawiyyah untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau stabil.

Sehubungan itu, PMRAM menggesa kepada seluruh ahli untuk mengetatkan keselamatan diri khususnya pada waktu malam terutamanya di lokasi Hayyu Asyir, Madinat Nasr. Ini kerana banyak kes kecurian, rompakan dan peras ugut yang melibatkan para pelajar asing khususnya dari Malaysia dan Indonesia. Para mahasiswa diminta untuk tidak berjalan berseorangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

PMRAM akan cuba berbincang dengan pihak keselamatan Mesir dalam merangka tindakan bersama bagi menyelesaikan masalah jenayah yang menimpa ke atas warga Malaysia di Mesir.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons