Saturday, November 10, 2007

Suasana sekitar perpindahan barang-barang KPT ke pejabat baru

Oleh : Wartawan INFOKPT
Sabtu | Nov 10, 07
KAHERAH, (INFOKPT)

Tanggal 10 November 2007 mencatat satu sejarah baru bagi KPT apabila pimpinannya mengambil keputusan untuk meneruskan operasi seperti biasa di sebuah rumah yang disewa khas.

Kehadiran hampir 30 orang ahli KPT yang meluangkan masa untuk bersama-sama pimpinan KPT yang baru dan lama mengangkat barang-barang kepunyaan KPT yang sebelum ini diletakkan sementara di store Restoran Asrama Pahang.

Komitmen dan kesungguhan dari ahli KPT terserlah apabila rancangan awal untuk menggaji Arab sahaja untuk mengangkat barang sampai ke tingkat lima ditukar kepada kesedian ahli mengangkat sendiri barang-barang tersebut.

Rumah sewa selaku pejabat KPT akan mula beroperasi selepas penghuni sekarang (akhawat ) mula di tauzikkan ke muhafazah-muhafazah masing-masing.Pejabat ini terletak di kawasan Gamek , Hayyu Asyier dan insyaALLAH akan menjalankan tugas-tugan pejabat seperti biasa.


Jumlah barang-barang yang melebihi daripada 50 kotak, kesemuanya berat dan melebihi 30 kilo sekotak sama-sama dipikul oleh ahli. Jelas tergambar kepuasan diwajah mereka walaupun dinafikkan hak mereka untuk beroperasi di Asrama Darul Iman.

Pihak pimpinan KPT mengucapkan terima kasih diatas bantuan tenaga yang di sumbangkan oleh ahli , semoga komitmen ini terus kukuh dan jitu dalam mendepani pelbagai cabaran yang bakal menimpa KPT pada masa akan datang.


Tahniah buat pimpinan, ahli dan semua yang hadir.

Eratkan Ukhuwah demi perjuangan yang masih panjang ...

1 ulasan:

NasrCyb said...

buatkan arkib gambar satuuuu... :D

 
Powered by Blogger | Printable Coupons