Tuesday, November 6, 2007

Ucapan Sulung YDP KPT sessi 2007/08

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله وحده,صدق وعده,ونصر عبده,وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له,وأشهد أن محمدا رسول الله.أللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين.أما بعد.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Allah s.w.t kerana masih mengurniakan limpah nikmatnya kepada kita semua dalam meneruskan kehidupan seharian kita.Khususnya nikmat yang paling besar,iaitu nikmat iman dan islam. Mudah-mudahan segala nikmat yang dipinjamkan kepada kita itu dapat digunakan dengan sebaiknya.

Sesungguhnya didunia ini,kita tidak dapat lari dari perubahan hidup.Adakalanya seseorang itu menjadi kaya dan adakalanya dia menjadi miskin. Kadang-kadang berada ditempat mulia dan kadang tidak. Tidak kiralah pada kedudukan mana pun seseorang itu,tanggungjawabnya sebagai hamba Allah tetap wajib ditunaikan. Sebagaimana angkasawan pertama Malaysia Dr.Syeikh Muszaphar Shukor.Biarpun berada di angkasa lepas sana, kefarduan ke atas dirinya tetap dilaksanakan.

Begitulah juga perihalnya dengan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu di bumi anbiya’ ini. Sekalipun saban tahun berlaku perubahan terhadap tampuk kempiminannya, tetapi perjuangan yang dijulang adalah tetap sama. Selain sebagai sebuah petubuhan yang cuba untuk mewarisi tugas seorang Rasul, KPT juga berjuang untuk membela kebajikan anak-anak terengganu di muka bumi Mesir ini semampu mungkin. Tak kiralah dari kelas pengajian agama mahupun perubatan.

Kami daripada barisan kepimpinan baru KPT 07/08 bukanlah daripada yang terbaik untuk menggalas amanah yang berat ini. Bagi kami,tiada lebihnya EXCO, HEWI mahupun ahli biasa. Cuma,tanggungjawab yang terpaksa dipikul ini, lebih berat dan akan lebih banyak dipersoalkan pada hari perhintungan kelak. Namun begitu,kami tetap merasakan ia adalah satu peluang keemasan buat kami,untuk memberikan khidmat kepada pertubuhan yang telah lama bertapak di Mesir ini.Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik manusia itu,adalah mereka yang memberikan manfaat kepada orang lain”.

Dengan itu,saya mengharap semua ahli KPT khususnya yang masih berada di Mesir ini,dapat memberikan komitmen yang sebaiknya terhadap saff kepimpinan yang baru serta dapat menghulurkan bantuan kepada kami dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan ini.

Tidak kiralah, bantuan itu berbentuk tenaga,wang jua buah fikiran.Sebagaimana satu ucapan semangat yang dilafazkan oleh Al-Miqdad bin Amr ketika Rasulullah s.a.w memerlukan sokongan daripada para sahabat untuk berhadapan tentera musyrikin di medan Badar:

"والله,يا رسول الله لا نقول لك كما قالت بنو إسرائل لموسى,فاذهب أنت وربك فقاتلا,إنا ههنا قاعدون ولكن إدهب أنت وربك فقاتلا,إنا معكما مقاتلون"

Maksudnya : 'Demi Allah,kami tidak akan menyatakan kepada kamu wahai Rasulallah sebagaimana yang dinyatakan oleh Bani Israil kepada Nabi Musa,pergilah kamu bersama tuhan kamu,kami hanya duduk menunggu di sini.Akan tetapi kami akan menyatakan,pergilah kamu bersama tuhan kamu berperang,kami akan bersama-sama kamu turut berperang'.

InsyaAllah,dengan segala kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli ini,akan kami laksanakan dengan sebaik mungkin.Mudah-mudahan Allah akan membantu kami dalam apa jua gerak kerja yang dilakukan.

Salam ikhlas dan hormat

ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN

SYARIAH ISLAMIAH, KAHERAH

TAHUN 3

(+2) 010 220 3064

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons