Oleh : Wartawan INFOKPT
Rabu | Nov 7, 07 KAHERAH, (INFOKPT)
Sebanyak 3 usul yang telah dikemukakan pada hari Mesyuarat Agung KPT pada tahun ini.Usul-usul tersebut telah dibahas dan diterima sebulat suara oleh mesyuarat tanpa sebarang bangkangan. Usul-usul tersebut ialah :
1.Ahli Jawatankuasa Tadbir berhak melantik selain daripada AJKT&HEWI bagi memangku AJK tadbir dan Hewi KPT yang berada di luar Mesir
Hujah-hujahnya adalah:
a. Jawatan yang banyak akan membebankan AJKT
b. AJK dapat menumpukan kepada bidang tugas masing-masing
c. Segala perancangan dan kerja-kerja dapat diteruskan
d-KPT dapat meneruskan agenda tahunannya secara berjaya dan efisyen
2.Menjadikan KPT sebagai wadah persatuan bagi anak-anak Terengganu Mesir
Hujah-hujahnya adalah:
a- KPT adalah persatuan yang berpengalaman dalam organisasi dan ditubuhkan sejak 1964 lagi.
b- KPT telah membuktikan dengan melahirkan pelbagai lapisan professional, ulamak, teknokrat kepada agama, bangsa dan tanahair.
c- KPT adalah badan kebajikan pelajar yang menitikberatkan kebajikan, akedemik dan bukannya sebuah badan politik
3.Kembalikan pejabat KPT di Asrama Darul Iman .
Hujah-hujahnya adalah:
a-Kebanyakan exco Ulul Albab meletakan jawatan, ini merugikan sebuah pejabat di bangunan yang tidak dapat beroperasi.
b-KPT telah berdaftar secara sah dengan pihak Kedutaan Malaysia Kaherah, dan telah MAT sendiri dirasmikan oleh wakil dari JPMK, ini jelas KPT adalah persatuan yang diiktiraf.
c-KPT sudahpun berpejabat dibangunan Asrama Darul Iman sebelum ini, dan menjalankan tugas-tugas yang diyakini dan di percayai oleh pihak Yayasan, Maidam dan Kerajaan Negeri sendiri.
d- Pegawai dari Yayasan yang mentadbir asrama sekarang pernah menjanjikan pejabat yang duhuni oleh Ulul Albab sekarang adalah pejabat KPT.
Wednesday, November 7, 2007
Usul yang di terima dalam MAT 2007


0 ulasan:
Post a Comment