Saturday, December 1, 2007

Keistimewaan Sirah Nabi S A W

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allahdan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21)


Sirah Nabi SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah (ajaran Islam) kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik.. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran.

Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:

Pertama : Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah SAW telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti.


Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda SAW wafat.

Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya


Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia. Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalammasyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah,panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlah seterusnya...

Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil.


Dipetik daripada Tejemahan Kitab “Durus wa Ibar” “Dr Mustafa Sibaei”.



0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons