ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.
Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.
''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.
Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.
Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.
Sumber - Utusan Malaysia
Sunday, February 10, 2008
Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen
10:09 AM
info KPT online
0 ulasan:
Post a Comment