Kaherah,28Feb-Kejohanan Piala Yayasan Pahang yang berakhir semalam menyaksikan pasukan Terengganu masih lagi gah seperti dulu.Ura-ura yang mengatakan bahawa pasukan Peteh FC sudah hilang taringnya lantaran ketiadaan muka-muka lama adalah tidak benar sama sekali.Peteh FC yang dipimpin oleh saudara Mat Zubir bin Mat Zin selaku pengurus pasukan telah berjaya menjadi juara sekaligus mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.Kejohanan ini turut disertai oleh 17buah pasukan dari tuan rumah serta BKAN Taakhi lain seperti Damanhur, Syoubra,dan Pulau Pinang.
Menurut pengurus pasukan yang juga merupakan orang lama KPT,"resepi kejayaan pasukan Terengganu dari dulu sampai sekarang adalah kerana disiplin permainan yang tinggi yang sentiasa ditunjukkan oleh pemain.Setiap pemain dilatih agar sentiasa bersedia menerima teguran dan yang paling penting,pemain perlu memastikan diri mereka berada dalam prestasi yang tertinggi."
Mengimbau sekitar perlawanan akhir Terengganu menentang pasukan tuan rumah,serangan demi serangan dilancarkan dari awal babak perlawanan namun gagal membolosi gawang lawan.Akhirnya, pada minit-minit akhir perlawanan,penyerang Abdul rahim bin Mamat berjaya membuat satu tojokan yang kencang dan seterusnya berjaya menghasilkan gol kemenangan untuk pasukan Peteh FC.Tempat kedua dimenangi oleh pasukan tuan rumah manakala tempat ketiga dimenagi oleh pasukan Damanhur yangmana kebanyakan pemainnya juga dari negeri Terengganu.Hadiah disampaikan oleh Pegawai Yayasan Pahang sendiri iaitu Encik Abdul Razak bin Abdullah.
Sebenarnya, kejayaan Peteh FC juga adalah sebagai pengubat hati yang luka setelah berputih mata tidak berjaya ke suku akhir dalam Piala Presiden baru-baru ini.Puncanya, kerana kesilapan teknikal dari pengurus pasukan sendiri sehingga menyebabkan pasukan lawan ketika itu mendapat kemenangan percuma walaupun pada hakikatnya Terengganu adalah antara pasukan yang disebut-sebut menjadi juara.
Justeru, kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama.Bak kata ketua pasukan Terengganu,saudara Wahidin bin Abdul Kadir,"kemenangan kita kali ini bukanlah kemenangan yang mudah.Memang susah untuk berada di tempat yang tinggi tapi lebih susah lagi untuk kekal di tempat yang tinggi ".Katanya lagi dengan nada bergurau,"tinggi itu perkiraan hati,kalau hati kita besar semua yang payah kan jadi mudah."
"
Kami dari AJKT KPT mengucapkan alfun mabruk kepada semua pemain yang telah menharumkan nama Terengganu.Akhir kata majulah sukan untuk negara.
Laporan disediakan oleh,
Biro Kebudayaan,Kesenian & Sukan
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu
2007/2008
0 ulasan:
Post a Comment