Wednesday, March 5, 2008

Ahli Parlimen Belanda keluarkan filem hina al-Quran

HE HAGUE, Belanda 4 Mac – Ahli Parlimen berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders menamakan filemnya yang didakwa sebagai menghina al-Quran sebagai Fitna, perkataan Arab yang boleh membawa maksud perbalahan atau huru-hara.

Perkataan tersebut boleh juga menggambarkan reaksi keras terhadap filemnya itu.
Wilders berkata, dia sudah menyiapkan filem 15 minit itu dan memulakan rundingan dengan beberapa stesen penyiaran Belanda mengenai penayangannya.
Belum pun filem itu disiarkan, penunjuk perasaan telah membakar bendera Belanda di Afghanistan sementara Pakistan cuba menyekat akses kepada YouTube.
Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende berkata, kakitangan kabin pesawat kini takut untuk bertugas dalam sesetengah penerbangan.

Seorang Menteri Kabinet menangguhkan lawatannya ke Somalia pada Jumaat lalu disebabkan “ancaman khusus” berpunca daripada filem tersebut.
Kerajaan Belanda sejak beberapa minggu lalu berusaha untuk membendung reaksi dari dunia Islam sambil mengarahkan Kedutaan-Kedutaannya mengetatkan langkah keselamatan.
Ia juga menggesa Wilders membatalkan filem tersebut demi kepentingan Belanda dan keselamatan rakyatnya di luar negara.
Wilders sebaliknya menolak gesaan itu mentah-mentah dan menuduh kerajaan tunduk kepada tekanan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jaap de Hoop Scheffer, seorang rakyat Belanda, turut menyuarakan kebimbangannya mengenai “akibat buruk yang boleh” menimpa tentera NATO di Afghanistan.

Sumber maklumat - Utusan Malaysia

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons