Saturday, March 29, 2008

LAPORAN HARI KELUARGA DAN MAHABBAH ANAK-ANAK TERENGGANU (HIKMAT 08)


Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu telah mengadakan Hari Keluarga dan Mahabbah Anak-anak Terengganu (HIKMAT 08) dengan jayanya pada 14-16 Mac 2008. HIKMAT kali ini telah diadakan sepenuhnya di perkarangan kompleks Terengganu, dataran Hayyu Asyier dan stadium Nadi Syabab di Musallas. HIKMAT 08 telah dirasmikan oleh pegawai HEP Terengganu, ust Mat Ropi bin Busu pada malam 13 Mac 2008 sekaligus menandakan bermulanya acara HIKMAT 08. Sambutan HIKMAT 08 agak memuaskan kerana kebanyakan anak-anak Terengganu di muhafazah pulang untuk sama-sama meraikan Hari Keluarga dan Mahabbah peringkat negeri Terengganu dengan bilangan peserta secara kasar seramai 300 orang termasuk ikhwah dan akhawat.

Antara acara yang dipertandingkan pada HIKMAT tahun ini terbahagi kepada dua kategori iaitu acara dewan dan acara padang. Antara acara dewan yang dipertandingkan ialah khutbah Jumaat dalam bahasa arab dan bahasa inggeris, hafaz al-Quran, khat, pantun, lukis dan menang, kuiz berkumpulan, catur, chess, dan persembahan nasyid, dikir, dan sajak. Antara acara padang yang dipertandingkan pula ialah futsal, marathon, lari 100 meter, bola beracun, pijak belon, cari barang tersembunyi dan lain-lain. Majlis penutup HIKMAT 08 diadakan pada malam 16 Mac 2008 dan dirasmikan oleh ust Mat Ropi bin Busu sendiri. Pada malam ini juga diadakan persembahan nasyid, dikir dan sajak mewakili kumpulan yang menang.

Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang menang disamping hadiah cabutan bertuah. Semua peserta menikmati jamuan sebelum bersurai.

Laporan oleh :
Setiausaha HIKMAT 08
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons