Wednesday, April 9, 2008

~Majlis Kesyukuran Perkahwinan~


7April,Hayyu Asyir-Satu majlis kesyukuran perkahwinan telah diadakan di peringkat Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, bagi meraikan pasangan pengantin Us Mohd Nor Faisal Bin Nordin & Ustzh Nor Aznina Bt Abd. Aziz.Majlis di bawah kelolaan Unit Bait Muslim & Hisbah KPT ini telah dihadiri oleh ahli-ahli KPT di sekitar Hayyu Asyir dan Asrama Rumah Melayu Abasiyah.Unit Bait Muslim & Hisbah juga telah mengambil peluang pada majlis tersebut menerangkan etika Bait Muslim & Hisbah PMRAM kepada semua ahli.Majlis diakhiri dengan ucapan daripada pengantin lelaki.Pihak KPT mengharapkan mahligai yang telah terbina itu, sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons