Sunday, April 20, 2008

"Selamat Menempuh Imtihan"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat jungjungan Nabi Muhamad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Peperiksaan ataupun ujian merupakan suatu perkara yang akan dihadapi oleh setiap manusia.Sama ada ianya datang dengan diketahui lebih awal atau tanpa diduga.Allah S.W.T telah mendatangkan di dalam Al-Quran bahawa manusia ini akan diuji sebagai bukti bahawa mereka benar-benar beriman.Begitulah juga dengan imtihan yang bakal dihadapi oleh para azhariyyun dan azhariyyat tidak lama lagi.Ia sebagai kayu ukur kepada kefahaman ilmu yang telah dipelajari.

Pada kesempatan masa yang terhad ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Menempuh Imtihan" kepada seluruh ahli Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu.Semoga pencapaian dalam keputusan peperiksaan pada tahun ini dapat ditingkatkan dan sekaligus dapat menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Mesir lemah dalam pelajaran.Sebagaimana kata-kata hukama' :


باللإمتحان يكرم المرئ أو يهان
ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu,
2007/2008

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons