Thursday, July 24, 2008

LAPORAN KONVENSYEN KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU (KPT) KALI-1 2008


16 rejab 1429 H bersamaan 19 julai 2008, adalah tarikh bersejarah buat keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) apabila berjaya menghimpunkan ahli KPT dalam satu majlis konvensyen buat julung-julung kalinya diadakan yang bertempat di Dewan Rumah Selangor.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 80orang ahli dan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rafzan bin Abdul Razak selaku penasihat keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) sesi 2008/09. beliau telah menegaskan agar semua ahli KPT bersedia membantu gerak kerja yang dilakukan oleh KPT. Disamping itu, ahli KPT hendaklah mempunyai kesedaran dan membuat persediaan untuk berhadapan cabaran-cabaran yang mendatang.

Majlis konvensyen ini, adalah bertujuan membincang dan merencanakan usul yang telah diluluskan oleh MAT yang lepas serta menyatukan buah fikiran daripada ahli-ahli KPT bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasaalahan yang di hadapi oleh KPT. Ianya juga diharap dapat menyatukan kesatuan ahli-ahli KPT dibawah satu wadah perjuangan yang diharap dapat melahirkan generasi ulamak yang bersedia menghadapi segala tribulasi didalam perjuangan mendaulatkan Islam yang tercinta.

Diharapkan dengan majlis konvensyen ini, dapat melahirkan jalinan ikatan kerjasama utuh samaada diantara ahli dan barisan kepimpinan KPT serta meningkatkan kesedaran ahli-ahli KPT untuk terus meyumbang kepada KPT dalam pelbagai bentuk dan terus komited dalam perjuangan Islam ini dibawah satu wadah perjuangan.

Akhirnya, sekalung ribuan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang telah bersusah payah bagi menjayakan konvensyen keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) 2008.


Disediakan oleh :
Setiausaha Konvensyen
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons