This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 30, 2008
بيان من دار الإفتاء حول رؤية هلال رمضــان لسنة 1429هـ
وقد تحقق لدينا شرعًا من نتائج هذه الرؤية الشرعية عدم ثبوتُ رؤية هلال رمضان لعام 1429هـ بالعين المجردة وقد وافق ذلك الحساب الفلكي.
وعلى ذلك تعلن دار الإفتاء المصرية أن يوم الأحد الحادي والثلاثين من أغسطس لعام 2008م هو المتمم لشعبان لسنة 1429هـ، وأن يوم الاثنين الموافق الأول من سبتمبر هو أول أيام رمضان لعام 1429هـ.
وبهذه المناسبة الكريمة نتقدم بخالص التهنئة لفخامة الرئيس/ محمد حسنى مبارك رئيس الجمهورية، ونتمنى له دوام الصحة والعافية، كما نتقدم بخالص التهنئة للشعب المصري الكريم وإلى جميع رؤساء وملوك وأمراء الدول العربية والإسلامية وللمسلمين كافة في كل مكان، داعين الله سبحانه وتعالى أن يُعيد على مصر وعليهم جميعًا أمثال هذه الأيام المباركة باليمن والخير والبركات والأمن والسلام، وهو نعم المولى ونعم النصير.
أ .د علي جمعة
القاهرة ـ دار الإفتاء المصرية السبت التاسع والعشرون
من شعبان سنة 1429هـ
الثلاثين من أغسطس 2008م
Friday, August 22, 2008
Saturday, August 16, 2008
Saturday, August 9, 2008
Buku Undang-Undang Tubuh
Us. Mohd Hambali Bin Hanafi(302)-Ikhwah
Ust. Samihah Abdullah - Akhawat
Jabatan Setiausaha
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008
Selamat Pengantin Baru
PMRAM MEMBUKA PERMOHONAN ZAKAT
Berita baik buat mahasiswa Malaysia di bumi mesir. PMRAM akan menyalurkan bantuan kewangan zakat kepada mereka yang berkelayakan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon adalah mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Mesir.
2. Pemohon tidak menerima sebarang pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau zakat dari mana-mana agensi.
3. Pemohon kurang berkemampuan dari sudut kewangan.
4. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
5. Pemohon lulus dalam peperiksaan pada sesi pengajian sebelumnya.
6. Keutamaan diberikan berdasarkan kecemerlangan akademik dan keterlibatan dalam persatuan.
7. Sila sertakan salinan kad pengenalan, pasport, surat pengesahan pelajar dan keputusan peperiksaan terkini.
Borang permohonan hendaklah diserahkan ke pejabat PMRAM selewat-lewatnya pada 20 September 2008
Borang boleh didapati di Pejabat PMRAM dan mas'ul kebajikan BKAN dan DPM masing-masing.
Maklumat lanjut boleh boleh terus menghubungi :
Syed Abdul Kadir Aljoofre 010-5868693
Hairul Nizam Mat Husain 016-4213994
Khusaini md yusoff 011-9598180
Pemilihan penerima zakat hanya terhad kepada lima orang yang terpilih sahaja.
Sila dapatkan borang zakat tersebut dengan :
Yang Di-Pertua KPT (Ikhwah) - 010-5007486
Naib Pengerusi Hewi (Akhwat) - 010-6324608
Friday, August 8, 2008
Artikel Sya'ban
"Ini adalah bulan yg mansia leka terhadapnya di antara bulan Rejab dan Syaaban. Ia ialah bulan yg diangkat amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."
Umat Islam seolah-olah akan menyedari kedatangan Syaaban apabila telah sampai ke pertengahan bulan. Apabila diadakan majlis sempena Nisfu Syaaban. Barulah umat Islam terjaga daripada lamunan mereka. Rupanya mereka telah berada di dalam bulan yg juga dinamakan bulan Al-Qurra' ini.
Cuaca panas terik di sini benar-benar mencabar kehambaan seseorang untuk berpuasa pada bulan mulia ini. Bahkan mungkin puasanya menyebabkannya terhalang daripada terus menuntut ilmu kerana keletihan. Maka, ulama mengajar supaya tinggalkan puasa sunat dan teruskan menuntut ilmu! Imam 4 mazhab telah menyatakan bahawa menuntut ilmu lebih afdhal daripada solat sunat, dan solat sunat pula lebih afdhal daripada puasa sunat. Maka, menuntut ilmu terlebih afdhal daripada puasa sunat. Namun andainya kalian dapat melaksanakan semuanya, maka beruntunglah kalian!
Ibnu Sirin berkata "Sesungguhnya ada kelompok manusia yg meninggalkan ilmu dan berada di mihrab-mhrab maka mereka solat dan berpuasa tanpa ilmu. Demi Allah, tidaklah seseorang itu beramal tanpa ilmu melainkan apa yg dia rosakkan lebih banyak daripada yg dia perbaiki."
Puasa nabi pada bulan Syaaban berbeza dengan puasa-puasa baginda pada bulan lain.Sayyidatuna 'Aisyah Radiyallahuanha berkata bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Sollahualaihiwasallam berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan. Dan beliau tidak pernah melihat baginda berpuasa paling banyak melebihi puasanya pada bulan Syaaban. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Sekumpulan ulama di antaranya Ibnul Mubarak mentarjihkan bahawa baginda tidak berpuasa penuh pada bulan Syaaban, tetapi baginda berpuasa hampir keseluruhan bulan itu. Pendapat ini dikuatkan dengan hadith-hadith yg lain.
Hakikatnya, tidak pernah wujud solat khusus pada malam nisfu Syaaban walaupun ia pernah disebut dalam kitab-kitab seperti Qut Al-Qulub dan Ihya'.Imam Al-Kauthari menyatakan bahawa Al-Muhaddith Abd Hayy Al-Laknawi telah menjelaskan kebatilan riwayat ini di dalam Al-Athar Al-Marfu'ah fil Akhbar Al-Maudhu'ah'.
Puasa bulan-bulan haramkah atau puasa Syaaban yg lebih afdhal?
Terdapat ulama Syafieyyah dan selain mereka berpendapat puasa bulan-bulan haram lebih afdhal berdasarkan hadith,
"Puasa yg paling afdhal selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram."
Sebahagian yg lain berpendapat puasa Syaaban lebih afdhal. Dalil mereka ialah Hadith Anas yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,
"Nabi ditanya tentang puasa apakah yg paling afdhal selepas Ramadan? Nabi menjawab: Syaaban kerana mengagungkan Ramadhan." Tetapi pada sanad hadith ini terdapat pertikaian.
Dalam Sunan Ibn Majah terdapat hadith yg disokong kekuatannya bahawa Usamah berpuasa pada bulan-bulan haram. Maka Rasulullah memberitahunya, "Puasalah Syawal". Maka Usamah meninggalkan puasa bulan haram dan berpuasa Syawal sehingga meninggal dunia. Maka inilah nas yg menunjukkan kelebihan puasa Syawal terhadap puasa bulan-bulan haram. Tetapi Rasulullah lebih banyak berpuasa Syaaban berbanding Syawal. Maka, puasa Syaaban terlebih afdhal berbanding bulan haram.
Kelebihan puasa Syaaban
Puasa Syaaban kadang-kadang dipandang remeh, Akan tetapi kelebihannya amat banyak. Di antaranya:
1-Berdasarkan hadith, Syaaban ialah bulan yg manusia terleka akannya. Dalam hadith ini juga mengisyaratkan bahawa sebahagian ibadat yg masyhur kelebihannya kadang-kadang kurang afdhal berbanding selainnya. Maka manusia menyibukkan diri kerana masyhurnya kelebihan sesuatu lalu mereka terluput kelebihan yg lebih besar tetapi kurang kemasyhurannya.
Ulama menyatakan bahawa ibadat yg afdhal ialah ibadat dalam keadaan tersembunyi dan saat manusia sedang lalai daripada ketaatan. Oleh kerana itu, sekumpulan salaf gemar mengisi waktu di antara Maghrib dan Isya dengan solat. Mereka mengatakan waktu itu ialah waktu ghaflah (lalai). Begitu juga dengan kelebihan solat di tengah malam kerana saat itu ialah saat manusia sedang berada dalam kelalaian sepenuhnya daripada mengingati Allah.
Begitu juga dengan kelebihan zikir di pasar sebagaimana yg warid di dalam hadith dan athar. Ini ialah kerana lokasi itu ialah lokasi manusia leka daripada mengingati Allah.
Ibadat secara tersembunyi amat afdhal terutama ibadat puasa kerana puasa merupakan ibadat rahsia di antara hamba dan tuhannya. Terdapat salaf yg berpuasa selama 40 tahun tanpa diketahui oleh seorang pun ketika itu. Beliau keluar dari rumahnya menuju ke pasar dengan membawa 2 keping roti. Lalu beliau pun menyedekahkan roti tersebut dan terus berpuasa. Maka ahli keluarga beliau menyangkanya telah makan roti yg dibawa ke pasar.. Manakala orang di pasar pula menyangkanya telah makan di rumahnya.
2-Puasa Syaaban lebih berat kerana persekitaran yg tidak membantu. Kurangnya manusia berpuasa pada bulan ini menyebabkan orang lain liat untuk berpuasa kerana jiwa manusia biasa terpengaruh dengan persekitaran. Akan tetapi hakikatnya, ibadat dalam keadaan berasa berat lebih afdhal.
Oleh kerana itu dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah,
"Orang yg beramal daripada kalangan mereka mendapat 50 pahala orang yg beramal di kalangan kamu. Sesunggunhnya kamu mempunyai pendorong ke arah kebaikan manakala mereka tidak mempunyainya."
Rasulullah Sollahualaihiwasallam bersabda,
"Islam itu bermula dalam keadaan ganjil dan akan kembali ganjil sebagaimana ia bermula maka beruntunglah bagi orang-orang yg ganjil." Dalam riwayat lain, dikatakan, "Siapakan orang-orang yg ganjil itu?" Maka Rasulullah bersabda, "Orang-orang yg melakukan kebaikan ketika manusia telah rosak."
Rasulullah juga bersabda "Beribadat dalam keadaan fitnah seperti berhijrah kepadaku" Hadith riwayat Imam Ahmad.
3-Orang yg melakukan ketaatan dalam keadaan orang lain meninggalkannya kadang-kadang boleh menghindarkan bala. (Dengan syarat orang tersebut melakukan amar maaruf nahi munkar). Maka orang yg berpuasa Syaaban seolah-olah mampu menahan daripada daripada diturunkan bala. Sebahagian salaf berkata, "Orang yg mengingati Allah yg berada dalam kelompok orang lalai seumpama orang yg mempertahankan pasukan yg sedang dikalahkan. Kalaulah tidak kerana orang yg mengingati Allah dalam keadaan kelalaian manusia itu, nescaya sesungguhnya akan binasalah manusia itu."
4-Puasa Syaaban ibarat tamrin atau latihan untuk menghadapi puasa Ramadhan. Mudaha-mudahan manusia tidak masuk ke medan Ramadhan dalam keadaan lemah longlai. Mudah-mudahan juga kita telah merasai kelazatan dan kemanisan puasa lalu memasuki Ramadhan dalam keadaan cergas dan bersemangat.
Oleh kerana Syaaban itu umpama mukaddimah kepada Ramadhan, maka amatlah bagus jika amalan ketika Ramadhan telah dimulakan sejak mukaddimahnya . Sebahagian ulama menamakan bulan Syaaban dengan nama Syahrul Qurra' iaitu bulan orang-orang yg membaca Al-Quran. Al-Hasan bin Sahl berkata, Bulan Syaaban berkata-kata, "Wahai Tuhanku, Kau telah menjadikanku di antara 2 bulan yg agung (Rejab dan Ramadhan), maka apakah yg terdapat padaku?" Maka dijawab, "Aku jadikan padamu terdapat bacaan Al-Quran."
Puasa pada siang hari nisfu Syaaban sunat kerana ia termasuk dalam keumuman sunat puasa Syaaban dan juga termasuk hari-hari putih yg memang disunatkan puasa pada setiap bulan iaitu setiap 13, 14 dan 15 haribulan.
Hadith-hadith kelebihan malam nisfu Syaaban
Terdapat banyak hadith yg menyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban. Terdapat ulama yg menghukum dhaif terhadap hadith-hadith tersebut. Manakala sebahagian yg lain mentashihkannya. Antaranya Ibnu Hibban yg mentashihkan sebahagian hadith tersebut lalu meletakkannya di dalam kitab Sohihnya. Hayatilah sebuah hadith riwayat Abdullah bin 'Amru bahawa Rasulullah Sollahualaihiwasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah memandang kepada makhlukNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampunkan hamba-hambaNya kecuali dua iaitu orang yg berdendam dan yg membunuh." (Riwayat Ahmad). Andainya sejumlah hadith ini dhaif, maka ia masih boleh digunakan untuk fadhail amal selagimana ia tidak maudhu' atau dhaid jiddan.
Khilaf ulama dalam mengagungkan malam nisfu Syaaban
Ulama Tabi'en daripada kalangan Ahli Syam seperti Makhul dan Luqman bin 'Amir mengagungkannya dan bersungguh-sungguh beribadat pada malam itu.
Kebanyakan Ulama Hijaz pula mengingkarinya. Antaranya ialah 'Atho' dan Ibnu Abi Mulaikah. Pendapat ini juga dinakalkan oleh Abd Rahman bin Zaid bin Aslam daripada Fuqoha' Ahli Madinah iaitu pendapat Ashab Malik dan selain mereka. Mereka berkata: Itu semuanya bidaah.
Ulama Ahli Syam yg berpendapat mengagungkan malam nisfu Syaaban berselisih mengenai cara menghidupkan malam tersebut:
Pendapat pertama: Disunatkan menghidupkannya secara berjemaah di masjid-masjid. Sebahagian ulama Ahli Syam antaranya ulama Tabi'en, Luqman bin 'Amir akan memakai pakaian yg paling bagus, membakar bukhur, bercelak dan menghidupkan malam nisfu Syaaban di masjid.
Pendapat ini juga dipegang oleh Ishak bin Ruhawaih dan berkata, "Menghidupkannya secara berjemaah di masjid, tidaklah perkara itu bidaah."
Pendapat kedua: Makruh berhimpun pada malam itu di masjid untuk solat dan berdoa. Dan tidak makruh seseorang melakukannya khas untuk dirinya sendiri. Dan ini pendapat Imam Ahli Syam, Al-Auzai'e. Imam Ibn Rejab Al-Hanbali mengulas pendapat ini dan berkata, "Dan ini lebih dekat, insya Allah Taala."
Imam Syafie berkata, "Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa itu dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban."
Imam Muhammad Zahid Al-Kauthari pula mengatakan walaupun hadith yg warid tentang nisfu Syaaban itu lemah tapi ia mempunyai sokongan. "Maka kelebihannya tidak boleh diingkari. Begitu juga kelebihan berdoa, istighfar dan beribadah pada malam itu. Oleh kerana itu, kamu akan mendapati di dalam kitab-kitab ulama Fiqh yg menganggap menghidupkan malam nisfu Syaaban termasuk di dalam malam-malam yg disunatkan untuk menghidupkannya di sisi Syara'."
Kesimpulannya, setelah dilontarkan pelbagai pendapat tentang keharusan menghidupkan malam nisfu Syaaban, maka wajib bagi kita berlapang dada dengan perselisihan yg telah berlaku dan jangan terlalu mudah menghukum bidaah dan haram. Malangnya, masih wujud sekelompok manusia yg keras mempertahankan bidaahnya dan menganggap mereka yg terlibat dengan nisfu Syaaban ini sebagai pelaku bidaah dan haram sehingga membawa kepada persengketaan yg tidak berkesudahan.
Bahkan setiap kali sambutan Maulid Nabi, Isra' Mikraj, Nisfu Syaaban dan seumpamanya, kita akan mendengar beberapa kalimah yg sentiasa diulang-ulang iaitu bidaah, haram, jahil hadith, taqlid buta dan yg sewaktu dengannya. Saya sengaja menyatakan pelbagai pendapat di atas untuk menunjukkan wujudnya perselisihan ini sejak zaman dahulu. Yang menariknya, mengapa perselisihan ketika itu tidak pula membawa kepada perpecahan di kalangan ummah sebagaimana yg berlaku pada hari ini?
Imam Ibnu Rejab menyatakan bahawa pada malam tersebut, hendaklah orang yg beriman mengosongkan malam itu untuk mengingati Allah, berdoa kepadaNya untuk mengampunkan segala dosa, menutup segala keburukan, menyelesaikan kesusahan dan mendahulukan taubat sebelum segala-galanya.
Monday, August 4, 2008
Juara Piala Malaysia
Hayyu Sadis,31Julai-Selepas berhempas pulas memerah tenaga selama 5 hari,akhirnya piala Malaysia dapat dibawa balik oleh pasukan penyu.Pada peringkat awal dalam kumpulan B.Terengganu terpaksa melepasi pasukan-pasukan yang hebat seperti Selangor,Kedah dan Melaka.Namun hasil kerjasama dan disiplin dikalngan pemain,Terengganu dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan ketinggalan 1jaringan berbanding Selangor(juara kumpulan B)
Peringkat suku akhir, Terengganu telah bertemu Kelantan dan berjaya meneruskan perjalanan ke peringkat separuh akhir dengan sepakan penalti selepas tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada waktu perlawanan.Pasukan
Akhirnya Terengganu bertemu kembali dengan Selangor pada peringkat akhir selepas seri 0-0 pada perlawanan dalam kumpulan B.Jaringan keramat oleh pemain import Terengganu Mohd Shahrul Iman Johani telah menobatkan Terengganu sebagai juara Piala Malaysia 2008.Seluruh warga KPT mengucapkan alfun mabruk kepada seluruh pemain yang mewakili Terengganu dalam perlawanan bola Piala Malaysia musim ini.Berikut adalah nama-nama pemain yang mewakili Terengganu pada perlawanan Piala Malaysia :
- Riduan Abdul-ketua
- Ahmad Basri Che Aziz
- Mohd Nuruddin bin Awang
- Azraie bin Ariffin
- Abdul Rahim bin Mamat
- Abdul Hadi bin Kadir
- Nur Abdul Aziz bin Sa'ari
- Aizuddin Muhammad Nor
- Hasbullah bin Ali
- Mohd Syafik bin Ismail
- Mohd hafizi Abdillah bin Rosli
- Che Ku Ahmad saufi bin Che Ku Abdullah
- Mohd Fauzi bin Alias
- Mohd Saiful Nizam bin Mokhtar
- Abdul Manan bin Jusoh
- Mohd Khairuddin bin SJ Mohd zaki
- Mohd Shahrul Iman-import dari Pahang
- Rahmat-import dari Acheh
Biro Kebudayaan,Kesenian & Sukan
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008
Friday, August 1, 2008
Borang Bait Muslim 07/08
Di antara tujuan borang diedar adalah untuk mengemaskini data ahli KPT dan memudahkan ahli untuk mencari jodoh.Kerjasama daripada ikhwah dan akhawat didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.