Monday, August 4, 2008

Juara Piala Malaysia


Hayyu Sadis,31Julai-Selepas berhempas pulas memerah tenaga selama 5 hari,akhirnya piala Malaysia dapat dibawa balik oleh pasukan penyu.Pada peringkat awal dalam kumpulan B.Terengganu terpaksa melepasi pasukan-pasukan yang hebat seperti Selangor,Kedah dan Melaka.Namun hasil kerjasama dan disiplin dikalngan pemain,Terengganu dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan ketinggalan 1jaringan berbanding Selangor(juara kumpulan B)

Peringkat suku akhir, Terengganu telah bertemu Kelantan dan berjaya meneruskan perjalanan ke peringkat separuh akhir dengan sepakan penalti selepas tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada waktu perlawanan.Pasukan Tanta dapat ditewaskan pada peringkat separuh akhir dengan jaringan 1gol.

Akhirnya Terengganu bertemu kembali dengan Selangor pada peringkat akhir selepas seri 0-0 pada perlawanan dalam kumpulan B.Jaringan keramat oleh pemain import Terengganu Mohd Shahrul Iman Johani telah menobatkan Terengganu sebagai juara Piala Malaysia 2008.Seluruh warga KPT mengucapkan alfun mabruk kepada seluruh pemain yang mewakili Terengganu dalam perlawanan bola Piala Malaysia musim ini.Berikut adalah nama-nama pemain yang mewakili Terengganu pada perlawanan Piala Malaysia :

  1. Riduan Abdul-ketua
  2. Ahmad Basri Che Aziz
  3. Mohd Nuruddin bin Awang
  4. Azraie bin Ariffin
  5. Abdul Rahim bin Mamat
  6. Abdul Hadi bin Kadir
  7. Nur Abdul Aziz bin Sa'ari
  8. Aizuddin Muhammad Nor
  9. Hasbullah bin Ali
  10. Mohd Syafik bin Ismail
  11. Mohd hafizi Abdillah bin Rosli
  12. Che Ku Ahmad saufi bin Che Ku Abdullah
  13. Mohd Fauzi bin Alias
  14. Mohd Saiful Nizam bin Mokhtar
  15. Abdul Manan bin Jusoh
  16. Mohd Khairuddin bin SJ Mohd zaki
  17. Mohd Shahrul Iman-import dari Pahang
  18. Rahmat-import dari Acheh

pengurus-Abdul Wahab bin Md.Ali
jurulatih-Ehsanuddin bin ismail

disediakan oleh :
Biro Kebudayaan,Kesenian & Sukan
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons