Friday, September 12, 2008

Bolehkah bercinta???

"Abang Hakim, boleh ke bercinta dengan muslimat dalam Islam?" soal seorang adik muslimin ketika sesi interview ajk Rakan Masjid baru-baru ini. Ana tersenyum. Ya, soalan ini memang lazim bagi seoarang yang bergelar remaja. Ana faham jiwanya kerana ana juga remaja.

"Boleh". Ringkas sahaja jawapan yang ana keluarkan. Ana menyepi. Semacam tidak puas dengan jawapan ringkas itu, adik itu bertanya lagi," Aik, takkan itu aje. Huraikan le sikit bang." Dari riak mukanya yang boleh dikategorikan agak tampan itu, ana menduga persoalan ini semestinya untuk kes dirinya.

2. "Boleh. Tiada siapa yang melarang bercinta dengan muslimat. Kalau ayah nta tak bercinta dengan mak nta, mungkin nta tiada sekarang ini." Ana berseloroh dengannya. Dia tersenyum simpul. "Namun harus diingat, percintaan mereka itu hanya dizahirkan selepas berkahwin. Tanpa ikatan pernikahan, cinta itu tidak bermakna".

3. "Maknanya abang cuba nak kata tiada cinta sebelum kahwin le nie ye, betul tak?" Ana merenung dalam mata adik itu. Kelihatan keinginan mahu tahu yang tinggi. "Kalau abang berikan jawapan yang tidak seperti adik harapkan namun disertai dengan dalil, adik boleh terima tak? Atau adik mahukan jawapan yang menyenangkan hati adik? " Sengaja ana provoke adik itu.

4. "Eh abang ni. Sudah semestinya saya tanya ni kerana saya nak tahu perkara yang sebenar. " "Ok , kalau adik dah kata macam tu, abang akan cuba jawab berdasarkan ilmu yang tidak seberapa ini." Kami mengemaskan duduk. Dari duduk bersandar di dinding kami beralih duduk hingga bertemu lutut.

5. Sebenarnya, cinta adalah naluri yang timbul dalam hati. Ia datang tanpa di minta dan pergi tanpa kita sedari. Cinta sesama manusia boleh berlaku kerana banyak sebab. Mungkin kerana selalu bersama, mungkin kerana hartanya, mungkin kerana kebaikannya dan mungkin juga kerana ketampanan atau kecantikannya.

6. Namun pokoknya, cinta sesama manusia muslimin dan muslimat tidak akan bererti tanpa ikatan pernikahan. Tolak tepi humor cinta anak dan ibu. Ya memang itu cinta antara muslimin dan muslimat, namun kini kita sedang berbicara mengenai cinta antara seoarang muslim yang halal bernikah dengan seorang muslimat.

7. Kenapa cinta itu tidak bererti tanpa pernikahan? Sebab cinta itu cinta palsu. Cinta selalu disaluti dengan belaian, pelukan mesra, bermanja-manja dan juga bercumbu rayu. Namun semua itu hanya menjadi halal dengan lesen nikah. Tanpa nikah, semua itu tidak boleh dibuat (baca:haram)

8. "Tapi bang hakim, saya memang dah janji nak kahwin dengan dia satu hari nanti. Sebab tu kami selalu berjumpa sebab nak kenal mengenal lebih lanjut antara satu sama lain". Ana tersenyum geli hati. Pecah tembelang adik ni. Dah 'berpunya' rupanya. Sebab tu dari tadi asyik berkerut bila ana katakan tiada cinta sebelum kahwin.

9. Beginilah, nta ada adik perempuan kan? .. Erm..cuba nta bayangkan, jikalau adik perempuan nta, pergi keluar setiap hari untuk berjumpa dengan seorang lelaki. Setiap hari berjumpa. Kalau tak berjumpa, sudah mesti sms dan call pengganti bicara. Agak-agak, kalau dah kerap berjumpa, ada tak perasaan cinta dan suka untuk bertemu?"

10. Adik itu mengangguk perlahan. Ana terus menyambung, "Dari hanya perasaan sayang dan cinta, beralih ke bibit-bibit yang lebih mesra. Mungkin sampai berpegang tangan dan berpelukan. Sedangkan kucing yang kita sayang pun kita peluk dan cium, inikan pula manusia. Agak-agak nta le kan… nta marah tak kalau ada lelaki buat perkara tak senonoh dengan adik nta? Contohnya berciuman ataupun lebih teruk lagi sampai berzina?"

11. "Aih, mana boleh macam tu. Mesti le saya marah!" Adik itu protes dengan soalan yang ana ajukan. Ya. Perangkap dah mengena. Berkat dari satu hadis rasulullah yang pernah ana baca, ana cuba aplikasikan kaedah yang rasulullah gunakan untuk menenangkan seorang pemuda yang mengajukan soalan samada boleh berzina atau tidak.

12. Ana menyambung lagi, " Jadi, kalau nta boleh marah kepada lelaki itu, agak-agak abang dan ayah perempuan nta sedang bercinta ni, marah tak kalau nta buat perbuatan yang tak senonoh kepada adik dan anak mereka?" Ana pulangkan paku buah keras kepada dia.

13. "Tapi bang, saya tak ada buat perkara tak senonoh tu semua. Saya walaupun berjumpa, tapi banyak bincang hal pelajaran. Kalau call pun, tak ada pulak cakap benda-benda yang mengarut-ngarut. Kami sembang-sembang aje. Tanya khabar. Ambil berat satu sama lain." Dia terus cuba untuk menegakkan pendiriannya.

14. Ana diam seketika. Mengumpul hujah. Lalu ana teringat satu kisah yang pernah terbaca dalam email. Alhamdulillah. Boleh jadi modal. Sebenarnya, bukan ana tak nak berikan terus ayat quran atau dalil hadis yang terus terang melarang perhubungan sebelum perkahwinan ini, tapi biarlah adik ini dapat berfikir hikmah dari larangan Allah ini.

15. Dalam kisah yang ana terbaca itu, terjadi dialog seoarang ayah yang melarang anaknya pergi ke pesta sambutan merdeka kerana di dalamnya ada unsur-unsur maksiat seperti nyanyian dan tarian artis wanita selain percampuran lelaki dan perempuan yang berleluasa semasa konsert.

16. Anak muda itu protes dengan tindakan ayahnya lalu merajuk dengan ayahnya. Baginya unsur-unsur maksiat itu hanya sikit sahaja. Bukan ada kesan pada dia pun. Lagipun , bukan dia yang buat perkara tu. Si ayah mendapat ilham untuk memujuk anaknya lalu dibuatkan cengkodok kegemaran anaknya itu. Si anak menjadi sejuk hati dan gembira.

17. Belum sempat si anak menjamah cengkodok, si ayah bertanya, " Nak, sebelum makan, ayah nak bagitahu, dalam ramuan tepung dan pisang untuk membuat cengkodok nie, ayah ada tambah satu bahan organik istimewa, tapi tak ape lah… makan aje cengkodok tue, bahan istimewa ini tak nampak sangat pun kesannya pada cengkodok tue."

18. Si anak tidak jadi makan. Dia ingin tahu apa bahan organik itu sebelum menjamah makanan kegemarannya. Setelah didesak, akhirnya si ayah pun memberitahu, "Ayah hanya mencampurkan sikit sahaja tahi kucing dalam ramuan cengkodok itu, tak pe . Tak ada kesan pun. Bukan nampak kesannya pun."

19. Si anak terus mengangkat pinggan cengkodok itu dan membuangkan semua cengkodok ke dalam tong sampah. Dia memandang ayahnya kehairanan. " Nak, kenapa dibuang cengkodok itu?"

20. "Ala ayah ni, nak makan macam mana. Dah ada tahi kucing dalam tu. Ish, tak seleralah. " Si ayah tersenyum puas. Ada kemenangan yang berpihak padanya. Lalu si ayah menerangkan, begitulah dengan konsert tadi, walaupun unsur-unsur maksiat itu sikit, tapi akan mempengaruhi minda dan hati kita. Tanpa disedari, mungkin unsur jahat itu telah meresap masuk jauh ke dalam diri. Hasilnya, hati kita menjadi kotor."

21. Panjang lebar ana bercerita kepada adik tadi. Dia mengangguk-angguk dari tadi. Lalu ana terus membuat kesimpulan, begitulah dengan bercinta sebelum kahwin tadi yang orang zaman sekarang istilahkan sebagai couple. Memang kita tak buat perkara yang tak senonoh, tapi kerana adanya unsur maksiat seperti berdua-duaan, bersuara manja, memujuk rayu, lagho, membazir kredit dan sebagainya lah yang menyebabkan kita tidak boleh bercouple.

22. Kita kena pelihara hati kita dari terus memberikan cinta palsu. Oleh itu, kita kena sentiasa kembali ke tali Allah apabila tersilap langkah. Bercintalah secara Islam. Cinta yang hakiki memang hanya pada Allah. Cinta muslimin dan muslimat hanyalah selepas bernikah. Kata nabi, kalau tak mampu bernikah, maka berpuasalah.

23. Kelihatan di wajah adik itu masih ada sedikit unsur "inquiry" ingin tahu. Ternyata telahan ana benar. " Jadi abang Hakim, bagaimana sebenarnya bercinta menurut Islam?"

24. Insya Allah, kalam presiden rakan masjid yang berikutnya akan membongkarkan kaedah bercinta yang sebenar dalam Islam.

Mohd Hakim Bin Mohd Nor

Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS

muhakim.blogspot. com

30 August 2008

9.50 pm


oleh : - amirujund@gmail.com

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons