Wednesday, October 1, 2008

SEKITAR MAJLIS MALAM GEMA AIDILFITRI KELUARGA PENUNTUT TERENGGANU

HAYYU ASYIR 30 Okt- Bertepatan dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu dengan kerjasama Pengurusan Pelajar Terengganu Mesir telah mengadakan Sambutan Malam Gema Aidilfitri beserta dengan penyampaian Sumbangan Hari Raya dan juga penyampaian cek tajaan Yayasan Terengganu kepada para pelajar Terengganu.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai HEP Terengganu, Encik Mat Ropi Bin Busu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu Malaysia daripada Badan Kehakiman Terengganu yang berbetulan mengadakan kursus disini.

Ucapan Pemangku YDP KPT Terengganu

Majlis bermula seusai solat Isyak dan juga solat Tasbih. Gema takbir mula dilaungkan apabila selesai sahaja kedua-dua solat tersebut. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Pengarah Program, Saudara Ahmad Khairuddin SJ Zaki yang juga merangkap EXCO BKKS KPT. Pemangku YDP KPT Terengganu, Saudara Abdul Haadi Awang juga turut berucap dalam majlis tersebut. Majlis Perasmian Malam Gema Aidilfitri ini telah disempurnakan oleh Pegawai HEP Terengganu, Encik Mat Ropi Bin Busu.

Ucapan Perasmian oleh Pegawai HEP Terengganu

Pegawai HEP Terengganu juga turut menyampaikan sumbangan Hari Raya dan juga penyampaian cek tajaan yayasan kepada para Pelajar Terengganu sebagai "Duit Raya" bersempena Sambutan Aidilfitri ini.

Pegawai HEP Terengganu menyampaikan sumbangan Hari Raya

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Sebahagian daripada ahli KPT yang hadir

p/s: Selamat Hari Raya kepada seluruh ahli KPT dan kepada semua Anak-Anak Terengganu di Pelembahan Nil ini. Maaf Zahir dan Batin daripada AJKT , HEWI dan juga warga kerja KPT.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons