Monday, November 10, 2008

AHLI KPT MELANCONG KE BUR SAID

Ahli KPT bergambar kenangan di Port Fuad

Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] terus aktif melakukan pelbagai aktiviti ilmiah santai secara berkala. Bagi menghadapi fatrah Musim Sejuk tidak berapa lama lagi, Biro Kebudayaan & Kesenian KPT telah mengadakan Jaulah ke Bur Said pada 4 November 2008 yang lalu.

Jaulah kali ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada ahli KPT kerana turut melibatkan penyertaan ahli daripada pelbagai muhafazah seperti Tanta,Damanhur,Syubra,Zaqaziq dan Syibin El Kom.

Penyertaan ahli seramai 50 orang ini turut disertai oleh Penasihat KPT, Ust Rafzan Razak dan juga wakil BP PMRAM, Ust Nik Rosdi Nik Jusoh.

Program jaulah kali ini dipimpin oleh Ust Mohd Khairuddin SJ Zaki selaku Pengarah Program serta dibantu oleh beberapa barisan adhoc yang dilantik.

Wajah-wajah ceria para peserta sewaktu dalam perjalanan

Peserta rombongan bertolak seawal jam 8.00 pagi terus menuju ke Port Fuad melintasi Terusan Suez disana. Rombongan sampai pada pukul 10.30 pagi.

Selepas meninjau dan menjejakkan kaki ke Benua Asia ( Port Fuad ), peserta rombongan terus menuju ke Port Said untuk " window shopping" disana.

Peserta Jaulah menikmati "seafood" sebagai santapan dinner peserta di akhir program

Di akhir program, para peserta sempat untuk menikmati sajian "seafood celup tepung" sebelum pulang ke Kaherah. Peserta rombongan bertolak pulang pada jam 6.00 malam dan selamat sampai ke Kota Kaherah hampir jam 10.00 malam.

Rata-rata "feedback" daripada para peserta berpuas hati dengan jaulah ini dan berharap pihak pentadbiran KPT akan mengadakan lebih banyak jaulah di masa akan datang.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons