Monday, November 10, 2008

AJKT KPT turun padang ke Tanta & Damanhur

Bergambar kenangan dengan sebahagian Ahli KPT Damanhur


Pihak AJKT KPT 08/09 telah memulakan program 'turun padang' bersama ahli seawal fasa pertama ini sebelum Musim Imtihan tiba. Langkah ini diambil bagi memastikan AJKT KPT tahun ini dapat turun padang ke semua Muhafazah-Muhafazah untuk meninjau keadaan ahli serta memastikan hubungan baik ahli dengan kepimpinan terus utuh pada tahun ini.

AJKT telah mengadakan lawatan pertama EXCO ke Muhafazah Tanta dan Damanhur pada 8 November 2008 yang lalu.

Lawatan ini disertai oleh semua EXCO KPT kecuali 2 orang EXCO yang masih bercuti di Malaysia.

Muhafazah Tanta adalah destinasi pertama Majlis Ramah Mesra AJKT bersama ahli. Kedatangan AJKT telah disambut mesra oleh Pengerusi DPM Tanta, Ust Faizol Endut disana.

Pengerusi DPM Tanta menyampaikan cenderahati kepada YDP Terengganu

Dalam majlis tersebut, Ust Faizol Endut melahirkan rasa terima kasih dan terharu atas kesudian pihak AJKT menjijakan kaki ke Bumi Tanta.

Sementara dalam ucapan balas Yang Dipertua KPT, beliau memberi beberapa mauqif dan juga perkembangan perjalanan semasa KPT yang meliputi pelbagai aspek dan keperluan semasa.

Pihak AJKT juga menerima beberapa cadangan yang bernas dan efektif daripada ahli dalam proses memantapkan perjalanan KPT pada tahun ini.

Bergambar kenangan di Tanta

Sementara di Muhafazah Damanhur pula, AJKT turut mengadakan ramah mesra dengan ahli disamping berkenal-kenalan antara satu sama lain. Pada program "turun padang" ini juga, Pihak AJKT turut membuat lantikan Mandub di dua Muhafazah tersebut. Mandub yang dilantik adalah seperti berikut :-

Muhafazah Tanta : Mohd Nasrom Abdullah
Muhafazah Damanhur : Mohd Sufian Mokhtar

Pihak AJKT KPT pada tahun ini begitu komited untuk bersama ahli di setiap muhafazah-muhafazah demi kebaikkan,kebajikan serta manfaat setiap ahli dibawah naungan KPT.

Untuk masa-masa akan datang KPT akan terus berusaha mencapai visi & misi yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada seluruh ahli atas komitmen yang telah diberikan.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons