Monday, November 10, 2008

Ziarah Maqam Auliya' KPT Capai Matlamat

Para peserta bergambar di hadapan Masjid Amru Ibnu Ash

Pada 3 Zulkaedah 1429H bersamaan 1 November 2008M yang lalu, Keluarga Penuntut-Penuntut telah berjaya mengadakan Jaulah Makam Auliya dibawah kendalian Biro Dakwah dengan kerjasama Biro Kebudayaan & Keseniaan KPT.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli dengan pembabitan seramai 38 orang penyertaan dari pelajar agama dan juga pelajar perubatan.

Briefing oleh Unit Pengisian di Makam Ibnu Hisyam

Jelajah Makam Auliya ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 malam. Sepanjang tempoh itu, peserta rombongan sempat melawat 40 makam dan 2 buah masjid di sekitar Kota Kaherah.

Beberapa Makam Ulama Besar dan Makam Ahli Bait turut dilawati antaranya Makam Imam Syafie, Imam Ibnu Hajar AsQolani, Imam Baijuri, Imam Sya'rani serta beberapa Makam Ahli Bait seperti Sayyidah Zainab, Saiyyidah Nafisah dan lain-lain Radiallahu Anhun Ajmain.

Briefing oleh Ust Mohd Syukri Nazar di Makam Sultan Qatbai

Program jaulah ini dipimpin oleh Ust Mohd Syukri Mohd Nazar selaku Pengarah Program serta beberapa lagi adhoc program.

Secara keseluruhannya, Jaulah Makam Auliya kali ini mencapai matlamat pelaksanaannya dalam usaha KPT untuk menjulang thaqafah disamping bakti dicurah kepada seluruh ahli KPT dan Anak-Anak Terengganu Mesir.

Sebahagian daripada peserta selepas selesai menikmati juadah tengahari

2 ulasan:

Unknown said...

Salam....

mintak tolong tukar title : Jaulah kepada Ziarah...Ada pendapat ulama' yang mengharam perkataan jaulah untuk maqam.
p/s jaulah lebih kepada hiburan sama ada hiburan yang di larang ataupun yang dibenarkan. Ziarah lebih kepada untuk mendapat keberkatan...
So,mintak tolong tukar yer...
Syukran, Wassalam

'ala tuul kida!

info KPT online said...

Syukran kepada yang sudi menegur, dah tukar title tuu... :)

Ari2 kamu baik... V(",)

 
Powered by Blogger | Printable Coupons