Friday, December 19, 2008

DR. AL-AZHAR SAMPAIKAN KULIAH DI RUMAH TERENGGANU


HAYYU ASHIR, 18 Disember - Tatkala di ambang peperiksaan ini,pelbagai inisiatif dan cara diambil bagi memastikan kejayaan itu berada dalam genggaman seluruh mahasiswa mesir. Selain daripada kelas-kelas toturial yang disediakan atau study group yang dibentuk, menjemput As-Syeikh Doktor Azhar sendiri menyampaikan kuliah 'tambahan' di Rumah Terengganu dilihat sebagai salah satu usaha baru yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman pelajar disamping 'beramah mesra' dengan As-Syeikh Doktor secara lebih dekat.

Pada 17 Disember lalu, As-Syeikh Dr.Abid dari Kuliyyah Syariah Universiti Al-Azhar Kaherah, berkesempatan meluangkan masa menyampaikan kuliah bagi subjek Qadhaya Fiqhiyyah Muasarah untuk pelajar-pelajar tahun 2 Syariah Islamiah di Dewan Asrama Darul Iman.

As-Syeikh Dr. Abid adalah pensyarah bagi subjek Qadhaya Fiqhiyyah Muasarah di Kuliah Syariah wal Qanun Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau juga turut mengajar beberapa subjek lain di kuliah yang sama.

As-Syeikh Dr. Abid menyampaikan kuliah ini sebagai persediaan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan fasa pertama tidak lama lagi.

Kuliah yang memakan masa hampir 3 jam ini dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun 2 dari pelbagai negeri di sekitar Hayyu Asyir dan juga Hayyu Sabiek. Kuliah berakhir kira-kira jam 9.00 malam.

P/s : Semoga kejayaan milik kita bersama

Para Pelajar sempat bergambar kenangan bersama Dr. Abid

 
Powered by Blogger | Printable Coupons