Tuesday, December 2, 2008

GRADUAN TERENGGGANU MENINGKAT

Mesir sebagai Pusat Ketamadunan dan Keilmuan Islam khususnya melalui universiti teragungnya di dunia iaitu Universiti Al-Azhar telah melahirkan ramai para ilmuan yang berketrampilan dan berkarisma dalam memimpin masyarakat.

Untuk sesi pengajian 2007/2008 yang lalu, seramai hampir 55 graduan Terengganu telah berjaya menamatkan pengajian master dan sarjana muda dalam bidang masing-masing yang meliputi pusat-pusat pengajian seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Kaherah Darul Ulum dan juga Darul Ifta' Misriyyah.

Angka ini menunjukkan peningkatan yang positif bagi kelahiran graduan Terengganu setiap tahun. Selain itu, Terengganu juga mencatatkan peratus kelulusan yang tertinggi berbanding dengan negeri lain dalam pencapaian akademik apabila mencatatkan kelulusan 74.6% dalam peperiksaan yang lalu seterusnya mendapat penghargaan daripada PMRAM sebagai 'BKAN terbaik' dalam pencapaian akademik yang lalu.
Baru-baru ini, beberapa anggota AJKT KPT sempat meluangkan masa meraikan kepulangan graduan Terengganu iaitu Saudara Mohd Yusri Mohd Azmi, Saiful Nizam Mokhtar dan Syed Syahadi Syed Sikh di Mator Jadid, Kaherah.

Ketiga-tiga graduan ini adalah graduan Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah dalam jurusan Syariah (Perundangan Islam). Penerbangan mereka ke Malaysia berlepas kira-kira jam 3.30 petang waktu Mesir.

Semoga dengan kepulangan mereka ini menjadi titik tolak permulaan mereka dalam memacu perubahan dalam masyarakat.

Pihak AJKT & HEWI KPT mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini serta mendoakan kesejahteraan saudara di masa-masa akan datang serta terus thabat dalam memantapkan perjuangan Islam.

Siiru Ala Barakatillah...

1 ulasan:

Fitrie Muhammad said...

Sedih krn ramai yg pulang.tp lagi la sedih kalu ramai yg tak terus sambung master kt sini(tmsk penulis sdiri).ape pun tahniah buat sahabat2 ibrahim fahmi,ahmad busra n abdul alhakim yg berazam meneruskan master di sini.Moga Allah permudahkan.Amin.

 
Powered by Blogger | Printable Coupons