Sunday, December 14, 2008

MALAM GEMA AIDILADHA BERJAYA KUMPULKAN AHLI

Ahli KPT berkumpul untuk bertakbir di malam raya

HAYYU ASYIR, 9 Disember- Memang menjadi lumrah bagi setiap perantau di luar negara untuk tidak melepaskan peluang menyambut hari raya walaupun tanpa keluarga disisi. Namun begitu,setiap perayaan itu lebih bermakna jika disambut beramai-ramai bersama teman-teman disisi.

Justeru itu,Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] telah mengambil beberapa inisiatif dengan menyediakan beberapa program bagi menyambut perayaan besar ini.

Program bermula seawal jam 3.00 petang 9 Zulhijjah untuk Majlis Iftor Jamaie Yaumu Arafah. Majlis dimulakan dengan tazkirah Aidiladha yang disampaikan oleh Anggota Penasihat KPT, Ust Zahari Ali.

Dalam ucapan tazkirah tersebut, beliau banyak mengolah tentang persoalan yang berkaitan dengan pengorbanan disamping mengungkap kembali beberapa kisah agung yang tersingkap dalam sejarah Islam.

Menikmati juadah berbuka

Majlis Iftor kali ini mendapat sambutan yang amat memuaskan di kalangan ahli apabila setiap rumah telah menyedia dan menyumbangkan juadah berbuka puasa pada majlis tersebut. Semua ahli di semua peringkat turut turun serta termasuk pelajar perubatan dari Saiyyidah Zainab.

Majlis kali ini juga turut dihadiri oleh 2 orang wakil anggota Badan Pengurus PMRAM iaitu Saudara Nik Rosdi Nik Jusoh dan juga Saudara Zuhaili.

Penasihat KPT menikmati juadah berbuka bersama YDP KPT

Pada sebelah malam pula, majlis diserikan dengan gema takbir Eiduladha beserta bacaan perutusan Eiduladha Presiden PMRAM yang disampaikan oleh BP PMRAM,Saudara Nik Rosdi Nik Jusoh.

Dalam perutusan tersebut,beliau mengesa supaya semangat pengorbanan itu sentiasa mekar dan hidup dalam diri setiap muslim setiap masa dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu masa sahaja lebih-lebih lagi ‘title’ kita sebagai Penuntut ilmu ALLAH Taala.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, Ust Syafizi Ismail sekitar jam 10.30 malam.

P/S : Terima kepada semua ahli kerana telah menyumbangkan juadah berbuka

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons