KAHERAH, 21 Disember- Semangat belajar dan motivasi adalah salah satu aspek penting yang perlu dicetuskan dalam menjamin kejayaan seseorang individu dalam pembelajaran.
Tanpa semangat dan motivasi, cita-cita yang diingini akan mudah luntur tatkala dilanda ombak cabaran.
Sehubungan dengan itu, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Motivasi Pembelajaran menjelang peperiksaan yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.
Pada 20 Disember yang lalu, majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya di Dewan Asrama Darul Iman, Hayyu Asyir, Kaherah.
Majlis tersebut bermula sekitar jam 6.00 malam tatkala seusai sahaja Solat Mahgrib.
Dalam program motivasi itu, pihak Biro Akademik KPT telah mendatangkan khas 2 orang motivator berpengalaman iaitu Ustaz Ahmad Kamal Mansor dan juga Ust Hafizuddin Ghani untuk memberikan ceramah disamping pembentangan kertas kerja berkaitan teknik-teknik belajar dan ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada dan diamalkan oleh mahasiswa/wi Mesir.
Kedua-dua motivator ini adalah mahasiswa cemerlang Terengganu 4 tahun berturut-turut dengan pangkat Jayyid Jiddan. Malah motivator ini turut melengkapi pakej ‘student cemerlang’ apabila mereka turut aktif dalam aktiviti berpersatuan.
Mereka adalah mahasiswa Universiti Al-Azhar tahun akhir dalam Jurusan Dirasat dan juga Usuluddin [Hadis].
Dalam ucapan ceramah motivator tersebut, antara lain beliau menyatakan bahawa selain daripada usaha bersungguh-sungguh yang kita laksanakan untuk mencapai kejayaan,kita perlu mengingati bahawa di dalam Islam itu ada yang dinamakan ‘BERKAT’.
“Berkat ini amat penting bagi meneruskan kelansungan kejayaan kita dalam ilmu dan juga kejayaan dalam amalan” ujar beliau.
Majlis berakhir kira-kira jam 8.30 malam.
P/S : Pihak AJKT & HEWI mengucapkan selamat menempuhi imtihan kepada seluruh ahli KPT dan didoakan supaya semua pihak mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.
Moga Najah Kabir tahun ni semua …….
0 ulasan:
Post a Comment