Sunday, December 14, 2008

SAMBUTAN PALING MERIAH DALAM SEJARAH KPT


HAYYU ASYIR,9 Disember- Aidiladha tahun ini dirasakan cukup berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya bagi warga KPT. Sambutan Aidiladha anjuran Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] pada tahun ini berjaya mencapai matlamat besar KPT dalam mengumpul dan menyatukan seluruh anak-anak Terengganu Mesir.

“Ini adalah sambutan paling meriah dan paling besar sepanjang 9 tahun saya berada disini” Ulas salah seorang ahli KPT, Ust Mohd Zubir Mat Zain ketika Majlis Korban Aidiladha KPT 2008 di Perkarangan Kompleks Terengganu, Hayyu Asyir, Isnin lalu.

Pada tahun ini, KPT menerima penyertaan sebanyak 14 bahagian unta dan 10 bahagian kambing untuk dijadikan korban termasuk 1 ekor kambing yang diniatkan korban untuk seluruh ahli KPT.

YDP KPT menyembelih kambing korban untuk seluruh ahli KPT

Pihak pengurusan KPT juga turut menerima penyertaan di saat-saat akhir daripada ahli untuk turut serta dalam majlis korban tersebut.

Majlis Korban ini bermula seawal jam 9 pagi seusai Solat Sunat Aidiladha di perkarangan Kompleks Darul Iman.

Seluruh ahli KPT dan anak-anak Terengganu dari seluruh muhafazah turun untuk turut serta bersama-sama bergotong-royong dalam ‘gerak-gempur’ melapah daging korban ini.

Ahli KPT berganding bahu mengangkat unta yang baru dikorbankan

Kerjasama erat yang ditonjolkan dikalangan ahli termasuk pelajar perubatan dan agama telah melahirkan suasana meriah program seterusnya berjaya membuka dimensi baru dalam sejarah KPT.YDP KPT menyampaikan sumbangan daging korban kepada salah seorang ahli KPT dari Iskandariah

Upacara melapah selesai kira-kira jam 1.00 petang. Sejurus selepas itu, pihak KPT mengagihkan daging korban kepada seluruh ahli KPT dan Anak-anak Terengganu yang hadir pada majlis tersebut termasuklah kepada Pegawai HEP Terengganu beserta tetamu Kerajaan Negeri yang berada disana.
Presiden PMRAM, BP PMRAM, Wakil BKAN beserta dif jemputan menikmati jamuan

Pada sebelah malam pula,diadakan Majlis Jamuan Aqiqah dan Korban KPT yang turut dihadiri oleh Presiden PMRAM, Ust Khairul Anuar Ismail dan beberapa anggota Badan Pengurus PMRAM beserta wakil BKAN-BKAN Negeri yang turut hadir.

Pihak AJKT & HEWI Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli KPT yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang amat baik dalam menjayakan program kali ini.

“Kebersamaan anda pemangkin kekuatan kami”

Terima kasih.
Ahli KPT Bergotong-royong melapah daging kambing

Suasana & Sambutan yang amat meriah daripada ahli KPT


Gerak gempur melapah daging unta


Bergotong-royong dalam suasana meriah dan gembira

Ahli KPT dan jemputan sedang menikmati Jamuan Aqiqah & Korban

P/S : Mana-mana ahli yang ingin mendapatkan naskhah gambar sepanjang program, bolehlah berhubung dan mendapatkannya dari Biro Informasi & Penerbitan KPT 08/09.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons