Sunday, January 25, 2009

JENAZAH SELAMAT DIABADIKAN

HAYYU ASYIR, 25 Januari - Jenazah Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi 21, pelajar tahun 1 Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah yang meninggal dunia semalam telah selamat disembahyangkan di Dataran Hayyu Asyir disini sekitar jam 11.45 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Dataran Hayyu Asyir setelah dimandi dan dikafankan di Hospital Damarsash, Abbasiyyah.

Jenazah tiba kira-kira jam 11.19 pagi dengan diiringi bersama Pengarah JPMK, Prof Madya Jamil Hasyim, Pegawai Atase Kedutaan Malaysia, Encik Zainuddin Abd Rahman beserta YDP KPT, Ustaz Syafizi Ismail.

Jenazah disambut tiba di Perkarangan Kompleks Hayyu Asyir

Dalam pada itu, Solat Jenazah telah dimamkan oleh Mufti dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Alias yang berbetulan sedang berkhusus disini.

Jenazah diusung untuk disembahyangkan.

Hadir sama Pegawai-Pegawai Rumah Negeri, Pegawai Kedutaan Malaysia beserta AJK Badan Pengurus PMRAM disamping para palajar di sekitar Hayyu Asyir. Turut sama kelihatan ketika solat jenazah tersebut ialah As-Syeikh Habib Umar Zain.

Sebahagian dari rakyat Malaysia yang turut serta dalam solat jenazah tersebut.

Sejurus selepas itu, jenazah dibawa terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk urusan penerbangan ke Malaysia.

Jenazah dijangka tiba di KLIA jam 9 malam Isnin waktu Malaysia. Turut serta dalam penerbangan tersebut ialah abang kepada Allahyarham, Mohd Hambali Mohd Hanafi beserta Pengarah JPMK, Prof Madya Jamil Hashim sebagai juruiring di sepanjang perjalanan tersebut.


Orang ramai yang hadir di Perkarangan Dataran Hayyu Asyir

Sebahagian lagi yang berkesempatan menunaikan solat jenazah.

P/S : Pihak KPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kedutaan, JPMK dan semua pihak yang terlibat diatas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons