HUSEIN, 28 Jan - Pihak wartawan INFOKPT masih menerima beberapa berita daripada orang ramai untuk dimuatkan dalam INFOKPT berkaitan pemergiaan Allahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi 26 Januari yang lalu.
Terbaru, Pihak Masjid Al-Azhar petang tadi telah mengadakan solat jenazah ghaib ke atas jenazah Allahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi,21 seusai sahaja solat zuhur yang dimamkan sendiri oleh Imam Masjid Al-Azhar disini.
Solat jenazah ghaib tersebut telah mengundang kehadiran ramai hadirin apabila Masjid Al-Azhar dipenuhi dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan fasa pertama di Universiti Al- Azhar disini.
Jumlah mereka yang hadir untuk solat jenazah ghaib Allahyarham amat ramai ditambah pula dengan jumlah makmun lain yang turut hadir. Syeikh-Syeikh dan juga Pensyarah Universiti Al-Azhar turut sama dalam solat jenaah ghaib tersebut.
Dalam waktu yang berasingan pula, Syeikh Ahmad Al-Hajin juga telah mengumumkan tentang kematian Allahyarham Mohd Hatta di hadapan para hadirin sebaik sahaja selesai pengajian Syarah Syamail Muhammadiah di Masjid Azhar. Seterusnya beliau mendoakan Allahyarham sambil diaminkan oleh para hadirin yang menghadiri kelas pengajian tersebut.
Kami mengabadikan berita ini semoga roh Allahyarham bersama para Anbiya, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin!
Al-Fatihah...
1 ulasan:
Allahu Akbar! Moga roh beliau dikalangan orang-orang mukmin..Kita juga semua akan kembali kepada-Nya. Hanya Dia yang penentu segalanya. Ilmu, Iman, Amal, RedhaNya...itulah mahar ke Syurga!
Post a Comment