Wednesday, January 28, 2009

MENTERI BESAR IRINGI JENAZAH MAHASISWA AL-AZHAR

MANIR, 27 Jan - Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said berkesempatan mengiringi jenazah pelajar Universiti Al-Azhar, Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi,21 yang meninggal dunia 25 Januari lalu ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Manis, Manir disini.

Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi disini setelah menaiki pesawat Egypt Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah 3 pagi semalam.

Dalam pada itu, Dato Ahmad Said turut menyertai lebih 100 penduduk kampung menunaikan solat jenazah di masjid kampung berkenaan.

Dato' Ahmad Said yang diiringi isteri To' Puan Norliza Mahmud tiba di rumah keluarga Allahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi kira-kita jam 8.00 pagi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Abdul Razif Abd Rahman dan Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Kamarul Al-Amin Ismail.Jenazah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Manis sejurus sahaja selesai solat jenazah disana.

Untuk mengetahui berita lanjut KLIK DISINI

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons