HAYYU ASYIR, 8 Januari - Dalam kehangatan suasana peperiksaan yang semakin hampir, pengisian rohani dan juga aktiviti kemasyarakatan tidak seharusnya dilupa dan diabaikan. Justeru itu, pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] mengambil pendekatan secara 'santai' bagi tujuan tersebut.
Baru-baru ini, KPT menerima kunjungan Raja Iskandar Raja Yaakob, graduan doktor falsafah [PHD] dari Manchester, United Kingdom.
Beliau adalah graduan Phd dalam bidang IT dan Pengurusan Maklumat dari United Kingdom.
Pihak KPT berbesar hati menerima kunjungan beliau ke Bumi Mesir ini.
Dalam pada itu, beliau juga sempat 'transit' ke Rumah Terengganu untuk menyampaikan sedikit ceramah sebelum meneruskan rangka perjalanan pulang beliau ke Malaysia.
Majlis tersebut bermula tatkala selesai sahaja solat maghrib berjamaah sekitar jam 5.30 malam. Majlis diteruskan dengan bacaan yassin beramai-ramai bersempena imtihan.
Dalam ucapan ceramah tersebut, beliau banyak mengolah soal kesinambungan dan keistimewaan yang ada pada Islam.
Menurut pengalaman beliau sepanjang berada di United Kingdom, kebanyakkan orang barat sudah mula semakin menjauh dari agama mereka malah semakin meminati untuk mendekati Islam.
"Keadaan ini seharusnya menjadi titik tolak kepada mahasiswa/wi Mesir untuk mengambil peluang memperkenalkan Islam kerana Mahasiswa/wi Mesir adalah agen kebangkitan umat Islam".Ujar beliau.
Beliau juga menasihatkan mahasiswa/wi Mesir supaya meningkatkan nilai tambah penguasaan ilmu dan tidak hanya menfokuskan kepada sesuatu bidang sahaja.
Ini amat penting bagi mendepani cabaran masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti.
Majlis selesai sekitar jam 8.30 malam.
Sunday, January 11, 2009
SEJENAK BERSAMA GRADUAN PHD UNITED KINGDOM
11:30 AM
info KPT online
1 ulasan:
Saya tak dapat buka 100% blog ini. Ada sesuatu yang menyekat menu sebelah kanan daripada terpapar. Harap dapat betulkan. Mungkin ada antum letak kod yang tidak sesuai, maka menghalang perjalanan kod yang lain.
Harap maklum.
Post a Comment