Sunday, January 25, 2009

TAKZIAH

HAYYU ASYIR, 24 Januari - Warga KPT hari ini menerima khabar duka dengan pemergian seorang mahasiswa tahun satu, Mohd Hatta bin Mohd Hanafi yang telah kembali ke rahmatullah jam 12.35 pagi tadi (waktu Mesir) di Hospital Damardasy, Abbasiyah.

Arwah meninggal dunia setelah disyaki mengidap penyakit TB atau radang paru-paru berair setelah mengadu ketidakselesaan kesihatan sejak seminggu yang lalu.

Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi adalah penuntut tahun satu di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Gambar arwah dalam kenangan

Arwah sebelum ini adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu [MTANT], Padang Midin. Beliau baru sahaja menjejakkan kaki di Bumi Mesir ini sekitar 3 bulan.

Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Malaysia dalam jangkaan masa yang terdekat esok. Solat jenazah pula akan dilaksanakan esok [25 Januari] di Dataran Hayyu Asyir jam 10.30 pagi.

Arwah sebelum ini sempat memduduki 4 kertas peperiksaan di kuliah yang sama.

Pihak AJKT & HEWI serta seluruh ahli KPT mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi.

P/S :Kutipan derma kilat boleh disalurkan terus kepada Ketua Kebajikan DPM dan BKAN masing-masing atau terus ke Pejabat PMRAM atau Markaz HEWI PMRAM.

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons