Thursday, February 26, 2009

EXCO KPT ADAKAN KUNJUNG HORMAT PEGAWAI HEP TERENGGANU

HAYYU ASYIR, 23 Februari - Barisan Exco Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] semalam mengadakan kunjung hormat keatas Pegawai HEP Terengganu yang baru, Tuan Haji Kamal Bin Abdullah di kediaman beliau bagi menyatakan ucapan 'Selamat Datang' disamping beramah mesra diantara pegawai dengan kepimpinan KPT bagi sesi ini.

Kehadiran Tuan Haji Kamal Bin Abdullah sebagai Pegawai HEP Terengganu yang baru disambut baik dengan tangan terbuka oleh seluruh warga KPT disini.

Dalam pertemuan tersebut, Barisan AJKT KPT telah diperkenalkan kepada pegawai disamping dibentangkan juga bidang tugas serta poftfolio masing-masing dalam jawatankuasa tadbir KPT.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Anggota Majlis Penasihat KPT, Ust Rafzan Bin Abdul Razak. Kesemua exco hadir dalam majlis tersebut kecuali 3 orang exco yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan Piala Presiden di Zaqaziq.

Perbincangan 2 hala antara Pegawai HEP Terengganu dan juga pihak KPT

Dalam ucapan aluan Yang Dipertua KPT, Ust Shafizi Ismail mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Kamal Bin Abdullah ke Bumi Mesir ini bagi meneruskan kelangsungan kebajikan pelajar disini.. Tambahnya lagi, Konsep Ayah dan anak diharap mampu terjalin erat antara kedua pihak.

Dalam ucapan balas Pegawai HEP Terengganu, beliau melahirkan rasa syukur dan komited dalam merealisasikan hasrat untuk menjalinkan hubungan baik antara kedua pihak.

Beliau juga berharap kerjasama secara bersungguh-sungguh ini akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Beliau juga turut menyatakan beberapa aspek yang perlu diberi penekanan terutama dalam soal penguasaan bahasa arab di kalangan mahasiswa/wi Terengganu.

Beliau turut menyarankan agar anak-anak Terengganu ini sentiasa diberi semangat untuk ke kuliah serta rajin menuntut ilmu.

Banyak nasihat dilontarkan terutama hal yang berkait soal kesihatan dan keselamatan pelajar.

Dalam majlis kunjung hormat ini juga, Pihak AJKT KPT mengadakan perbincangan tertutup mengenai soal-soal yang berkaitan dengan kebajikan serta keperluan pelajar disini.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam..

0 ulasan:

 
Powered by Blogger | Printable Coupons