Friday, February 29, 2008

Penyu bertelur di muara...terengganu menjadi juara


Kaherah,28Feb-Kejohanan Piala Yayasan Pahang yang berakhir semalam menyaksikan pasukan Terengganu masih lagi gah seperti dulu.Ura-ura yang mengatakan bahawa pasukan Peteh FC sudah hilang taringnya lantaran ketiadaan muka-muka lama adalah tidak benar sama sekali.Peteh FC yang dipimpin oleh saudara Mat Zubir bin Mat Zin selaku pengurus pasukan telah berjaya menjadi juara sekaligus mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.Kejohanan ini turut disertai oleh 17buah pasukan dari tuan rumah serta BKAN Taakhi lain seperti Damanhur, Syoubra,dan Pulau Pinang.

Menurut pengurus pasukan yang juga merupakan orang lama KPT,"resepi kejayaan pasukan Terengganu dari dulu sampai sekarang adalah kerana disiplin permainan yang tinggi yang sentiasa ditunjukkan oleh pemain.Setiap pemain dilatih agar sentiasa bersedia menerima teguran dan yang paling penting,pemain perlu memastikan diri mereka berada dalam prestasi yang tertinggi."

Mengimbau sekitar perlawanan akhir Terengganu menentang pasukan tuan rumah,serangan demi serangan dilancarkan dari awal babak perlawanan namun gagal membolosi gawang lawan.Akhirnya, pada minit-minit akhir perlawanan,penyerang Abdul rahim bin Mamat berjaya membuat satu tojokan yang kencang dan seterusnya berjaya menghasilkan gol kemenangan untuk pasukan Peteh FC.Tempat kedua dimenangi oleh pasukan tuan rumah manakala tempat ketiga dimenagi oleh pasukan Damanhur yangmana kebanyakan pemainnya juga dari negeri Terengganu.Hadiah disampaikan oleh Pegawai Yayasan Pahang sendiri iaitu Encik Abdul Razak bin Abdullah.

Sebenarnya, kejayaan Peteh FC juga adalah sebagai pengubat hati yang luka setelah berputih mata tidak berjaya ke suku akhir dalam Piala Presiden baru-baru ini.Puncanya, kerana kesilapan teknikal dari pengurus pasukan sendiri sehingga menyebabkan pasukan lawan ketika itu mendapat kemenangan percuma walaupun pada hakikatnya Terengganu adalah antara pasukan yang disebut-sebut menjadi juara.

Justeru, kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama.Bak kata ketua pasukan Terengganu,saudara Wahidin bin Abdul Kadir,"kemenangan kita kali ini bukanlah kemenangan yang mudah.Memang susah untuk berada di tempat yang tinggi tapi lebih susah lagi untuk kekal di tempat yang tinggi ".Katanya lagi dengan nada bergurau,"tinggi itu perkiraan hati,kalau hati kita besar semua yang payah kan jadi mudah."
"
Kami dari AJKT KPT mengucapkan alfun mabruk kepada semua pemain yang telah menharumkan nama Terengganu.Akhir kata majulah sukan untuk negara.


Laporan disediakan oleh,
Biro Kebudayaan,Kesenian & Sukan
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu
2007/2008

Thursday, February 28, 2008

Jaulah Sulong AJKT-Syubro

Syubro,27Feb-Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir KPT telah menziarahi ahli-ahli KPT yang menuntut di Maahad Qiraat Syubro.Hampir semua ahli-ahli di Syubro turut sama dalam majlis ramah mesra bersama AJKT KPT.Sambutan yang diberikan oleh ahli-ahli amat memberangsangkan dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap KPT.





Wednesday, February 27, 2008

Liqa' Taakhi

Hayyu Asyir,26Feb - Satu perjumpaan telah diadakan di antara barisan kepimpinan KPT , BKMIP & DPM Damanhur di Dewan Rumah Pahang,Kaherah.Ianya dicetuskan oleh kepimpinan DPM Damanhur dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan antara rakan taakhi mereka iaitu KPT & BKMIP.Banyak perkara yang dibincangkan bersama disamping saling berkongsi pengalaman dalam pentadbiran organisasi masing-masing.Mudah-mudahan perjumpaan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan dapat dicontohi oleh BKAN & DPM lain.





Sebahagian kepimpinan KPT.BKMIP & DPMD


YDP KPT,Pengerusi DPMD & YDP BKMIP

*Kesilapan tarikh pada gambar.Harap Maaf.

Thursday, February 21, 2008

Muzakarah Berkelompok Gabungan


21Feb,Hayyu Asyir - Biro Dakwah KPT menganjurkan "Barbeque" kepada semua ahli KPT di Kaherah sebagai aktiviti Muzakarah Berkelompok Gabungan pada bulan ini.Bertempat di Asrama Terengganu Hayyu Asyir,bermula selepas Isya'.Semua dijemput hadir.

Wednesday, February 20, 2008

Adik Khaulah

20Feb-Adik Khaulah(anak bongsu Us.Mohd Razi Bin Musa) bakal menjalani pembedahan mata pada 2Mac ni.Ianya berikutan daripada pemeriksaan yang telah dilakukan pada 19Feb lepas.Sehubungan dengan itu, Us. Mohd Razi mengharapkan doa daripada semua ahli.


Monday, February 18, 2008

Tokoh Ulama'

Kuala Terengganu - Tokoh agama yang tidak asing lagi di bumi Terengganu Darul Iman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Ahmad yang juga merupakan ahli jawatankuasa Fatwa Terengganu telah dimasukkan ke hospital Terengganu kerana tidak sedarkan diri.Beliau telah dimasukkan ke wad sejak hari Jumaat yang lalu sekitar jam 8pagi waktu tempatan.Semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan kepada beliau.

Wednesday, February 13, 2008

Berita Terkini

12 Feb-Adik Hajar dan Adik Khaulah (anak Us. Mohd Razi B. Musa ) akan menjalani pemeriksaan mata pada 19/2 ini dan Insyaallah pembedahan akan dijalankan selepas itu.Buat masa ini, mereka sekeluarga menetap di Kemaman, Terengganu.Semoga pembedahan tersebut selamat dijalankan.

Sunday, February 10, 2008

Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen

ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.
Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.

''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.
Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.

Sumber - Utusan Malaysia

Muzakarah Berkelompok

10 Feb - Sudah dua minggu Muzakarah Berkelompok peringkat Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu berjalan, sebaik sahaja selesainya peperiksaan fasal pertama.Diharapkan semua ahli dapat memberikan komitmen terhadap 'MB' ini.Mudah-mudahan semua pihak beroleh manfaat.

*Untuk mengetahui kumpulan anda,sila klik
*Sekiranya nama anda tiada, sila berhubung dengan Ketua Biro Dakwah KPT.

 
Powered by Blogger | Printable Coupons