Thursday, July 24, 2008

LAPORAN KONVENSYEN KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU (KPT) KALI-1 2008

16 rejab 1429 H bersamaan 19 julai 2008, adalah tarikh bersejarah buat keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) apabila berjaya menghimpunkan ahli KPT dalam satu majlis konvensyen buat julung-julung kalinya diadakan yang bertempat di Dewan Rumah Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 80orang ahli dan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rafzan bin Abdul Razak selaku penasihat keluarga penuntut-penuntut terengganu (KPT) sesi 2008/09. beliau telah menegaskan agar semua ahli KPT bersedia membantu gerak kerja yang dilakukan oleh KPT. Disamping itu, ahli KPT hendaklah mempunyai kesedaran dan membuat persediaan untuk berhadapan cabaran-cabaran yang mendatang. Majlis konvensyen ini, adalah bertujuan membincang dan merencanakan...

Tuesday, July 22, 2008

Resolusi Konvensyen Kali Pertama 07/08

1)Sepakat menerima kedua-dua usul yang telah diluluskanpada MAT yang lepas :-Menjadikan KPT sebagai wadah persatuan bagi anak-anak Terengganu di MesirKeterangan :Hanya KPT sebagai badan kebajikan anak negeri bagi anak-anak negeri Terengganu yang berdaftar dengan kedutaan Malaysia Kaherah dan bernaung di bawah PMRAM.Perlaksanaan Kelab Ulul Al-Albab di Mesir hendaklah sebagaimana ia diamalkan di Malaysia iaitu dengan 3 teras utama Quranic,Ensiklopedic & Ijtihadic.-Kembalikan pejabat KPT di Asrama Darul ImanKeterangan:Menyokong memorandum yang akan dihantar kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk diberikan perhatian bagi mendapatkan sebuah ruang pejabat. 2)Memperkasakan tabung kebajikan KPT-Mewajibkan setiap ahli membayarkan yuran kebajikan sebanyak LE10 setahun.Keterangan:Bagi ahli-ahli...

Saturday, July 19, 2008

id YM KPT

Untuk memudahkan penyebaran maklumat berkaitan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu satu id Yahoo Mesengger telah diwujudkan.Kepada ahli-ahli KPT bolehla add kan id tersebut:info_kpt1...

Monday, July 14, 2008

Makluman Zakat Maidam

1)Zakat akan diagihkan pada bulan 8,kemungkinan diberikan terus kepada pemohon di Mesir @ kepada keluarga di Malaysia.2)Buat masa ini,pemohon boleh menyemak nama mereka,sama ada permohonan mereka lulus @ tidak dengan :-terus ke kaunter Maidam @-menghubungi Maidam +6096303030 sambungkan kepada En Yaacob (Bahagian Agihan Zakat)disediakan oleh :Jabatan Yang Di-PertuaKeluarga Penuntut-Penuntut Terengganu2007/2...

Sunday, July 13, 2008

Artikel Rejab

Kalendar umat Islam sebagaimana yg dinyatakan Al-Quran menetapkan dalam setahun terdapat 12 bulan. Pengiraannya berdasarkan pergerakan bulan dan bukan pergerakan matahari sebagaimana yg diamalkan oleh Ahli Kitab. Di antara bulan-bulan tersebut terdapat 4 bulan haram iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan bulan manakah yg paling afdhal. Sebahagian Syafieyyah berpendapat bulan Rejab. Pendapat ini dikatakan lemah oleh Imam Nawawi. Imam Nawawi mentarjihkan pendapat Hasan Basri iaitu bulan Muharram. Pendapat Sa'id ibn Jubair ialah bulan Zulhijjah. Artikel kali ini akan mengupas secebis maklumat tentang bulan Rejab. Rejab diambil daripada perkataan رجب yg bermakna memuliakan atau mengagungkan. Maka, bulan Rejab dinamakan Rejab ialah kerana...

Thursday, July 10, 2008

Konvensyen KPT kali-1 2007/2008

Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)Masa : 8 pagiTempat : Dewan Rumah Selangor,Hayyu AsyirAgenda :-1)Perbincangan 2 usul MAT yang lepas-Menjadikan KPT sebagai wadah persatuan bagi anak-anak Terengganu Mesir-Berusaha mengembalikan pejabat KPT di Asrama Darul Iman2)Perkara berbangkit daripada AJKT & HEWI3)Cadangan & muhasabah ahli4)Tayangan montajSemua ahli-ahli KPT dijemput hadir,bagi memeriahkan majlis....

Wednesday, July 9, 2008

Bazar Gabungan 2008

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir & Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu akan menganjurkan satu bazar.Maklumat adalah seperti berikut :-Tempat : Dataran Kompleks Rumah-Rumah Negeri,Hayyu AsyirTarikh : 15-17 JULAI 2008Masa : 8.00pagi - 12.30malamSemua dijemput hadir...*Kepada yang berminat untuk mengambil tender gerai jualan,butiran adalah seperti berikut : -Harga tapak untuk makanan :1)Ahli (Terengganu @ Selangor) - LE 552)Bukan ahli - LE 60Harga tapak untuk selain makanan -LE 50Tarikh tutup - 13 Julai 2008Borang boleh dapatkan melalui :-Che Ku Ahmad Saufi Bin Che Ku Abdullah (010-58393...

Tuesday, July 8, 2008

Pemangkuan Jawatan Hewi KPT 07/08

1)Setiausaha - Nadiah Bt Remli dipangku oleh Samihah Bt Abdullah2)Bendahari - Widawati Bt Mansor dipangku oleh Norhaliza Bt Harun3)U.Akademik -Tg Siti Nur Aishah Bt Tg Hasim dipangku oleh Madihah Zakiah Bt Salleh4)U.Perumahan - Zaleha Bt Hassan dipangku oleh Madihah Zakiah Bt Salleh5)U.Kebajikan - Syazwani Bt Abdul Ghani dipangku oleh Umi Masmira Bt Mat Ali6)U.Informasi & Penerbitan -Rohana Bt Mahmud dipangku oleh Intan Mastura Bt A...

Friday, July 4, 2008

Futsal Muzakarah Berkelompok

4Julai,Hayyu Asyir-Keluarga Penuntut-Penutut Terengganu di bawah Biro Kebudayaan,Kesenian & Sukan dengan kerjasama Biro Dakwah telah menganjurkan perlawanan futsal di antara kumpulan muzakarah berkelompok.Perlawanan bermula sekitar jam 7 pagi dan tamat pada jam 11.30pg.Sambutan yang diberikan oleh ahli-ahli KPT amat memberangsangkan.Sebanyak 8 kumpulan telah mengambil tempat di dalam perlawanan ini termasuk 1 kumpulan daripada ahli-ahli muhafazah.Biarpun perlawanan yang berlangsung mengambil masa yang singkat sekitar 10minit bagi setiap perlawanan namun setiap ahli berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan.Disamping dapat menonjolkan bakat masing-masing,ahli-ahli juga dapat merapatkan hubungan sesama mereka.Mudah-mudahan aktiviti...

Thursday, July 3, 2008

"Jangan Lepaskan Peluang"

* untuk keterangan lanjut,hubungi :Us.Abdul Wahab Bin Md Ali (018-53552...

Borang Bait Muslim

InsyaAllah Unit Bait Muslim & Hisbah KPT akan mengedarkan borang bait muslim kepada semua ahli KPT di Kaherah dalam masa terdekat.Kepada ahli yang ingin mengadakan liqa' atau ingin membuat sebarang urusan yang berkait dengan UBMH bolehlah berjumpa dengan mana-mana ahli UBMH.oleh :Pengerusi UBMH KPT 07...

Jaulah AJKT ke Mansurah & Dumyat

30Jun - 7orang Ajkt bersama 4orang Hewi KPT telah selesai mengadakan jaulah ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah & Dumyat baru-baru ni.Jaulah ini bertujuan melihat keadaan anak-anak Terengganu di muhafazah berkenaan.Kedatangan AJKT & Hewi disambut baik oleh ahli-ahli di sana.Disamping itu,diadakan majlis ringkas bersama ahli bagi memberikan peluang kepada ahli-ahli untuk berinteraksi dengan semua AJKT & Hewi yang hadir.Mudah-mudahan jaulah sebegini dapat diadakan pada masa-masa akan datang bagi mendekatkan lagi hubungan sesama ahli dan kepimpinan KPT....

Tuesday, July 1, 2008

MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA' YAMAN

Tanggal 29 Jun yang lalu,telah berlangsung majlis bersama Syeikh Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri, Mudir Ribat di Tarim, Yaman bertempat di Dataran Hayyul ‘Asyir. Majlis kendalian Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Bacaan Burdah Imam Al-Busiri dimulakan sebagai pembuka tirai majlis malam itu sementara menanti ketibaan Habib Salim bersama rombongannya. Hampir jam 9 malam, Habib Salim tiba bersama-sama rombongan yang terdiri dari anak-anak murid beliau yang lain. Turut hadir mengiringi ialah Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar.Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan itu dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khairullah...

Pages 381234 »
 
Powered by Blogger | Printable Coupons