Ehsan dari Web PMRAM.orgMEMORANDUM PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI MALAYSIA. Pengenalan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau nama singkatannya (PMRAM) merupakan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Mesir yang telah berdaftar di bawah Kementerian Hal Ehwal Kemasyarakatan Mesir. PMRAM yang telah wujud sejak 1930 lalu telah banyak membantu anak-anak Melayu yang berada di bumi Mesir ini buat sekian lama. Sehingga kini, PMRAM dapat bergerak bebas di Mesir berdasarkan undang-undang pihak berkuasa tempatan dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan perjuangannya untuk memastikan masyarakat Melayu di Mesir mendapat kemudahan dan kebajikan semasa mereka berada di sini. Sesungguhnya...