This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Thursday, December 27, 2007
Wednesday, December 26, 2007
DI AMBANG IMTIHAN
امتحانات جامعة الازهر5 يناير المقبل
تستعد جامعة الازهر خلال الايام القليلة المقبلة لامتحانات الفصل الدراسى الول بكليات الجامعة البنين والبتات بالقارة والاقاليم والتى ستبدأ يوم السبت الموافق 5 يناير المقبل .
وصرح د.أحمد الطيب رأيس الجامعة الأزهر بأنه سيقوم بتأدية الامتحانات ما يزيد على 450 الف طالب وطالبة.قد
انتهت كليات الجامعة بالقاهرة والاقاليم من وضع جميع الاستعداد اللازمة لانقاد الامتحانات داخل اللجنان المخصصة بكل كلية والغأ نظام الامتحان داخل الخيام .
وطالب د.الطيب عمدأ الكليات باعلان جدوال الامتحان بكل كلية فى اماكن واضحة والاعداد الجيد للجان وتزويدها بكل الوسائل اللازمة لتهيئة الجو المناسب للعمل على راحة الطلاب ليتمنوا من اداء الامتحاناتفى هدوء وطمأنينة ...كما طالب بضرورة ان تكن الاسئلة الامتحانات من داخل الكتاب المقرر وان تكون الأسئلة فى مستوى الطالب المتوسط وبعيدة عن اللبس والغموض.
وحذر رئيس الجامعة الطلاب من أية المحاولة للغش....مؤكدا ان أى طالب يضبط متلبسا بالغش ستتخذ ضده الاجرأت اللازمة طبقا للوائح مشيرا الى ان نتائج الامتحانات سيتم اعلانها نهاية العم مع الفصل الدراسى الثانى.
Petikan daripada akhbar Al-lewwa Al-Islami
Saturday, December 22, 2007
RAHMAT ALLAH
Sekilas Pandang Sejarah KPT
Mesyuarat pertama telah diadakan pada 27 Februari 1964.Dalam mesyuarat ini mereka telah memilih lima orang pelajar untuk menguruskan hal ehwal pelajar di bawah nama Wakil Pelajar Terengganu(WPT) antara tahun 1964-1970.Agenda terpenting yang sentiasa diperjuangkan oleh WPT ialah masalah kewangan pelajar. Hal ini memandangkan matawang Malaysia pada waktu itu amat rendah nilainya jika dibandingkan dengan matawang Mesir. Permasalahan ini menyebabkan ramai pelajar menghadapi kesulitan untuk memperbaharui syarat permastautinan.Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Mesir ialah sebanyak LE 120 (RM 80). Alhamdulillah dengan hasil rundingan yang berterusan semenjak tahun 1964,iaitu era kepimpinan Ustaz Sulaiman bin Ali(1964-1966)sehingga tahun 1968, di bawah kepimpinan Ustaz Mohd Yusuf bin Noor (1967-1968), segala permasalahan berjaya diatasi dengan persetujuan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk membuat pembayaran sebahagian daripada jumlah yang ditetapkan. Selain daripadaitu, terdapat juga pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa daripada kerajaan Persekutuan dan Negara Islam yang lain seperti Libya, Iraq dan Brunei.
Rombongan pelajar puteri pertama seramai dua orang tiba di Kaherah pada tahun 1968. Pada tahun berikutnya, bilangan penuntut KPT semakin meningkatdan aktiviti KPT turut dipergiatkan lagi dengan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf akademik pelajar di samping menitikberatkan permasalahan kebajikan pelajar.Pada 24 Mac 1972, KPT telah menghantar satu memorandum kepada Kerajaan Negeri berkenaan tangga gaji para lepasan Universiti Al-Azhar.Pada tahun 1973-1975, di era kepimpinan Ustaz Harun Taib, KPT mula menunjukkan penekanan yang serius dalam menghidupkan maklis ilmu dan diperkemaskan lagi di era kepimpinan Ustaz Abdul Hadi bin Awang(1975-1976). Hasil daripada itu,kegiatan keilmuan telah dianjurkan dengan meluas oleh KPT. Program-program seumpama ini terus diperbaiki dan dikemaskini, bahkan menjadi aktiviti kebiasaan bagi pelajar-pelajar Terengganu di Mesir sehinggalah sekarang.Menjelang tahun 1988, perkhidmatan kebajikan kepada pelajar diperluaskan lagi dan masih kekal sehingga hari ini.
Bermula Februari 1999,semakin ramai pelajar persendirian mendiami Kompleks Asrama Pelajar Terengganu di bawah pentadbiran Yayasan Terengganu bagi mengurangkan tekanan ekonomi semasa.
Pada tanggal 20 Jamadil Awal 1421,bersamaan 23 Jun 2000 sejarah menyaksikan Kompleks Asrama Terengganu telah dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Harun bin Taib, ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Syariah.
Tuesday, December 18, 2007
IKLAN
Tarikh : 18 Disember 2007
Tempat : Dewan Rumah Terengganu,
Hayyu Asyir
-ucapan wakil Pegawai HEP Terengganu
*Semua ahli KPT di jemput hadir.
UCAPAN HARI RAYA EIDULADHA 1428H
Antara kelaziman bagi umat Islam dalam menyambut hari raya ini,mereka disunatkan melaksanakan ibadah korban,sebagai mengikut amalan nabi S.A.W.Mengikut para ulama’,ibadah korban menjadi sunat muakkad kifayah bagi setiap ahli keluarga untuk melaksanakannya.Maksudnya,setiap ahli keluarga turut mendapat pahala ibadah korban sekira salah seorang daripada mereka melaksanakan korban pada Hari Raya Iduladha ini.
Namun begitu,di sana terdapat pengajaran yang amat penting disebalik ibadah korban tersebut.Terutamanya,apabila kita merujuk kepada peristiwa bersejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.Nabi Ibrahim dengan penuh taat dan redha melaksanakan perintah Allah S.W.T ,menyembelih anaknya,walaupun ianya amat sukar bagi seorang bapa untuk melakukannya.Di sini jelas menunjukkan bahawa,dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T memerlukan pengorbanan yang tinggi bagi meletakkan diri kita di kalangan hamba Allah yang soleh.
Al-Quran telah menjelaskan bahawa manusia ini tidak akan dibiarkan untuk menyatakan keimanan mereka,tanpa diuji terlebih dengan mehnah dan fitnah.Begitu juga,di saat ini,umat Islam yang mengerjakan ibadah Haji.Bukan sahaja mereka mengorbankan harta benda dan masa,bahkan segala tenaga dan kekuatan dihabiskan semata-mata untuk mempersembahkan ibadah tersebut kepada Allah dengan sebaik mungkin.
Juga dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu agama Allah S.W.T memerlukan kepada mujahadah yang tinggi untuk mengisi minda dan akal dengan makanan ilmu.Kerana ilmu itu tidak datang dengan sendiri,tanpa dicari dan diusahakan.Juga tidak lupa dalam fatrah imtihan ini,kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.Walaupun imtihan ini bukan segala-galanya,sekurang-kurangnya ia menjadi satu bukti kematangan ilmu dalam diri kita.Sama-samalah kita mendoakan kejayaan semua.
Akhirnya dalam kemeriahan menyambut hari raya Iduladha ini,marilah sama-sama kita memperbanyakkan takbir,tahmid dan tasbih kepada Allah S.W.T sebagai memuji kebesaran Tuhan Pencipta alam dan tanda kesyukuran kita ke atas nikmat-nikmatNya yang tidak terhingga banyaknya.Semoga raya pada kali ini,meningkatkan lagi semangat pengorbanan kita untuk menuntut ilmu dan melaksanakan segala perintah Allah S.W.T sebagaimana para nabi dan ulama' yang terdahulu,tidak kenal erti penat lelah dan berputus asa.
ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN
Monday, December 17, 2007
Friday, December 14, 2007
Gotong-royong 14 Disember 2007
Gotong-royong 14 Disember 2007
Sama-sama turun padang
Thursday, December 13, 2007
Munajat Imtihan
Tarikh : 13 Disember 2007
Tempat: Musollah Asrama Terengganu Hayyu Asyir
Masa : Selepas Maghrib
Aktiviti-aktiviti yang disediakan :
- bacaan surah Yasiin
- teknik menjawab soalan (Ust Ahmad Dahlan Bin Saleh)
- solat sunat Hifzi
Sama-sama kita bermunajat kepada Allah S.W.T memohon kejayaan di dalam imtihan.
anjuran bersama:
Biro & unit Dakwah dan Biro & unit Akademik
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu
2007/2008
Monday, December 10, 2007
ZAKAT MAIDAM TERENGGANU 2008
1)Borang permohonan baru akan dikeluarkan oleh pihak MAIDAM & akan dihantar ke
Mesir oleh pihak MAIDAM.
2)Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang baru tersebut.
3)Pengesahan borang zakat hendaklah diminta daripada Pegawai HEP Terengganu
(Us. Mat Ropi Bin Busu) selepas beliau pulang dari Tanah Suci.
*Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penetapan pihak pengurusan zakat Maidam
**Sumber maklumat :
1)En. Shamsul Bahrin (Pegawai Agihan Zakat Maidam)
2)Us. Mat Ropi Busu (Pegawai HEP Terengganu Kaherah)
Sunday, December 9, 2007
Saturday, December 1, 2007
Koleksi Kertas Kerja Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT) 2007
Manhaj Dakwah Dan Tarbiah
Kertas kerja ini disediakan oleh Majlis Tertinggi (MT) Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM ) sesi 2006 / 2007 dan telah dibentangkan secara visual oleh saudara Asyraf Hafdzan bin Abdullah, Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2006 / 2007 dalam Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT) 2007 yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertempat di Dewan Solah Kamil (Fakulti Perubatan Hayyu Sadis), Kaherah.
Kertas kerja ini disediakan oleh Lembaga Eksekutif Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dan dibentangkan oleh saudara Mohd Fakhrurrazi bin Hussin, Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) pada 31 Mac 2007, sempena Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT) 2007 yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertempat di Dewan Solah Kamil (Fakulti Perubatan Hayyu Sadis), Kaherah.
Hak Pelajar Menurut Perspektif Undang-Undang
Kertas kerja ini dibentangkan oleh Tuan Haji Mohamed Hanifa Maidin (Peguambela & Peguamcara) pada 31 Mac 2007, sempena Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT) 2007 yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertempat di Dewan Solah Kamil (Fakulti Perubatan Hayyu Sadis), Kaherah.
Melahirkan Ulama Profesional
Keistimewaan Sirah Nabi S A W
Sirah Nabi SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah (ajaran Islam) kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik.. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran.
Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:
Pertama : Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah SAW telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti.
Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda SAW wafat.
Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya
Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia. Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalammasyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah,panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlah seterusnya...
Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil.