Sunday, April 20, 2008

"Selamat Menempuh Imtihan"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat jungjungan Nabi Muhamad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Peperiksaan ataupun ujian merupakan suatu perkara yang akan dihadapi oleh setiap manusia.Sama ada ianya datang dengan diketahui lebih awal atau tanpa diduga.Allah S.W.T telah mendatangkan di dalam Al-Quran bahawa manusia ini akan diuji sebagai bukti bahawa mereka benar-benar beriman.Begitulah juga dengan imtihan yang bakal dihadapi oleh para azhariyyun dan azhariyyat tidak lama lagi.Ia sebagai kayu ukur kepada kefahaman ilmu yang telah dipelajari.

Pada kesempatan masa yang terhad ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Menempuh Imtihan" kepada seluruh ahli Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu.Semoga pencapaian dalam keputusan peperiksaan pada tahun ini dapat ditingkatkan dan sekaligus dapat menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Mesir lemah dalam pelajaran.Sebagaimana kata-kata hukama' :


باللإمتحان يكرم المرئ أو يهان
ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu,
2007/2008

KISAH TALUT DAN JALUT: pengajaran buat umat Islam.

قال تعالى:﴿ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ{ 246} وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ {247} وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ { 248}فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلاَّ مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُواْ مِنْهُ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ قَالُواْ لاَ طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُو اللّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللّهِ وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ {249} وَلَمَّا بَرَزُواْ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُواْ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ {250} فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللّهِ وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاء وَلَوْلاَ دَفْعُ اللّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الأَرْضُ وَلَكِنَّ اللّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ {251} تِلْكَ آيَاتُ اللّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ وَإِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ{252}


﴾.Maksud:[246] Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?, Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir[251] Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.[252] Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.


Pendahuluan.

Kisah Talut dan Jalut adalah kisah al Quran yang memerlukan perhatian dan renungan para pejuang untuk terus membongkar rahsia pelajaran dan pengajarannya. Antara kandungannya ialah;
1. Tabiat Yahudi yang suka membantah perintah Allah dan nabiNya dan membuat tuntuntan yang tidak beradab.
2. Cara dan corak ujian bagi pembersihan dan penapisan saf.
3. Kedudukan nilai “dengar dan taat” umat Islam kepada kepimpinan.
4. Kemenangan yang datang selepas kesabaran, keteguhan dan keikhlasan.
5. Kejayaan tidak dicapai dengan bilangan yang ramai. Sebaliknya, mengikut kadar perhubungan dengan Allah serta iman dan taqwa di hati.
6. Keutamaan berdoa dan kesannya ketika pertembungan.


Huraian:

1.Tabiat Yahudi :~
Pertanyaan dan permintaan mereka adalah digerakkan oleh perasaan ego dan sombong terhadap nabi-nabi.~ Membangkang dan menolak perintah Allah dan nabiNya.~ Malas dan memberontak serta bijak mencipta alasan.~ Banyak bercakap dan suka membesarkan apa yang berlaku.~ Ujian Allah yang banyak mengenai mereka supaya tiada alasan dan hujah lagi bagi mereka.~ Beranggapan bahawa mereka lebih layak untuk berkuasa lantaran sifat sombong dan suka memperlekehkan orang lain.~ Beranggapan kemewahan harta benda sebagai neraca pertimbangan bagi kelayakan menjadi pemimpin.~ Menjadikan peperangan di jalan Allah sebagai landasan untuk mendapat keuntungan diri.~ Selalu meminta-minta petanda dan pembuktian dengan hanya dengan tujuan persendaan.~ Tidak boleh menerima sifat keilmuan dan kekuatan ( kemampuan ) sebagai faktor pemilihan ketua.~ Justeru, mereka menggalakan cara hidup yang jahil, malas dan pasif.~ Payah untuk beriman dalam banyak hal lantaran sifat nifaq dan tidak jujur.


2. Penapisan dan pembersihan Saf.

Penapisan pertama:
Menerima perintah Allah.(فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمْ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا إِلاَ قَلِيلاَ مِنْهُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ ).“ Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. ”Syariat peperangan untuk menguji mereka yang mempunyai niat yang baik dan jujur dan mereka yang tidak berniat demikian yang hanya bijak dan berkata-kata bahkan hanya mempermain-main dan mempersenda-senda urusan agama.Di siri yang pertama ini pun telah ramai yang gugur dan hanya sekumpulan kecil sahaja yang menyahut dan menyambut.

Penapisan kedua:
Mematuhi perintah kepimpinan.( فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلاَ مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلاَ قَلِيلاَ مِنْهُمْ ).“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka.”Talut membuat arahan supaya tidak mengambil minuman yang banyak dan tidak duduk lama di sungai itu kerana ;· mereka akan leka dan tidak meneruskan perjalanan.· Lewat melaksanakan tugasan.· Malas dan bertangguh-tangguh.· Terlekat dengan kesenangan duniawi.· Menggangu kesihatan kerana mereka dalam keletihan.Di peringkat ini, ramai pula yang gagal melepasi ujian lalu tidak meneruskan perjuangan. Hanya sekumpulan kecil yang lulus dan melayakkan diri ke medan.

Penapisan ketiga :
Ujian di medan yang sebenar.]فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لاَ طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاَقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ [(249)“ Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.”Di sini sekali terjadinya ujian terhadap keimanan dan kesabaran apabila benar-benar berhadapan dengan kumpulan musuh yang kuat dan besar. Bagi mereka yang berjiwa lemah, kekuatan lahiriyah musuh itu cukup untuk menghilangkan pertimbangan lalu mengambil sikap menarik diri. Bagi mereka yang teguh pendirian, kekuatan dan kebesaran Allah lebih dipercayai dan diharapkan. Inilah kemuncak kesabaran dan kesabaran inilah yang akhirnya mengundang kemenangan dan pertolongan Allah.

Pengajaran:
~ Mengasaskan segala amalan di atas keikhlasan dan ketaqwaan yang tinggi sebagai tapak yang kukuh mempertahankan Istiqamah dalam perjuangan.
~ Sentiasa berusaha untuk meningkat iman dengan mencari wasilah-wasilah yang menuju kepadanya.
~ Berwaspada dengan lubang masuk syaitan ke dalam diri manusia seperti harta, nafsu, malas, ego serta sukakan kemasyhuran dan penonjolan.
~ Berdisiplin, bersungguh-sungguh, serius, dan bersikap positif dalam melaksanakan tugasan.
~ Niat mencari ganjaran dan keredhaan dari Allah sentiasa hadir dalam setiap langkah perjuangan.
~ Memperbayakkan doa dan munajat sebagai lambang pergantungan yang tinggi kepada kuasa Allah swt.
~ Mengambil kisah al quran sebagai penghibur dan pemangkin semangat juang.

Wallahu 'alam

Dipetik daripada : http://cheazizi.blogspot.com/2007/08/termenung-jap.html

Wednesday, April 9, 2008

~Majlis Kesyukuran Perkahwinan~


7April,Hayyu Asyir-Satu majlis kesyukuran perkahwinan telah diadakan di peringkat Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu, bagi meraikan pasangan pengantin Us Mohd Nor Faisal Bin Nordin & Ustzh Nor Aznina Bt Abd. Aziz.Majlis di bawah kelolaan Unit Bait Muslim & Hisbah KPT ini telah dihadiri oleh ahli-ahli KPT di sekitar Hayyu Asyir dan Asrama Rumah Melayu Abasiyah.Unit Bait Muslim & Hisbah juga telah mengambil peluang pada majlis tersebut menerangkan etika Bait Muslim & Hisbah PMRAM kepada semua ahli.Majlis diakhiri dengan ucapan daripada pengantin lelaki.Pihak KPT mengharapkan mahligai yang telah terbina itu, sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

Friday, April 4, 2008

Thursday, April 3, 2008

"BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH"

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Sy"

Tuesday, April 1, 2008

Malaysia Haramkan Fitna

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kementerian Dalam Negeri akan mengharamkan penayangan dan pengedaran filem Fitna di negara ini kerana ia bersifat menghina sensitiviti umat Islam.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) akan mengambil tindakan sepatutnya berhubung pengedaran filem tersebut di negara ini.
Katanya, tidak ada sebarang filem yang dibenar diedarkan di negara ini tanpa melalui proses penapisan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
Katanya, sama ada filem Fitna diedarkan atau tidak, yang pentingnya ialah kementerian melihat filem itu yang tidak mengambil kira sensitiviti agama lain, sebagai hanya memporak-perandakan dunia.
‘‘Tugas kita di kementerian melibatkan prinsip tertentu untuk membenarkan filem diedar dan dikeluarkan dalam negara kita.
‘‘Kalau ia menyentuh perasaan dan sensitiviti mana-mana kaum dan agama, itu menjadi asas yang menjadikan kita menolak keluaran yang boleh menimbulkan kebencian,’’ katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan ahli majlis perundangan Belanda, Geert Wilders yang menerbit dan menayangkan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran bersama imej latar serangan pengganas.
Amsterdam sebelum ini memberi amaran kepada Wilders bahawa filem itu bakal mencetuskan keganasan di negara Islam seperti yang berlaku semasa penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Syed Hamid yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, filem Fitna melibatkan soal yang menghina agama Islam yang diedarkan dengan tujuan membangkitkan kemarahan.
Katanya, kalau timbul kemarahan, mereka terpaksa bersikap bertanggungjawab dan berhadapan dengan kemarahan daripada masyarakat Islam antarabangsa.

Peringkat Dosa

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.
Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

 
Powered by Blogger | Printable Coupons