Monday, November 24, 2008

Download: Wallpaper KPT+Firefox


Assalamualaikum,
Di sini pihak infokpt menyediakan sedikit wallpaper untuk promosi blog KPT yang baru.

Bolehlah dapatkan wallpaper ini di box sebelah kanan

atau

Download di sini

Wednesday, November 19, 2008

BENDAHARI KPT SELAMAT TIBA

Bendahari KPT yang baru bagi sesi 2008/2009, Mohd Solehuddin Mohd Safien telah selamat tiba ke Bumi Kinanah, Mesir pada malam kelmarin setelah pulang bercuti ke Malaysia selama 5 bulan semenjak Julai 2008 yang lalu.

Jawatan Bendahari sebelum ini telah dipangku oleh Che Ku Ahmad Saufi Che Ku Abdullah sepanjang keberadaan beliau di Malaysia.

Semoga dengan kehadiran beliau, dapat memantapkan lagi pengurusan organisasi Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu serta dapat mencapai matlamat besar misi dan visi KPT untuk sesi ini.

P/S : Selamat Menjalankan Tugas....

Monday, November 17, 2008

MAJLIS KORBAN AIDILADHA KPT 1429H

Disediakan oleh:-
Jabatan Setiausaha KPT 08/09
&
Biro Informasi & Penerbitan KPT 08/09

Monday, November 10, 2008

AJKT KPT turun padang ke Tanta & Damanhur

Bergambar kenangan dengan sebahagian Ahli KPT Damanhur


Pihak AJKT KPT 08/09 telah memulakan program 'turun padang' bersama ahli seawal fasa pertama ini sebelum Musim Imtihan tiba. Langkah ini diambil bagi memastikan AJKT KPT tahun ini dapat turun padang ke semua Muhafazah-Muhafazah untuk meninjau keadaan ahli serta memastikan hubungan baik ahli dengan kepimpinan terus utuh pada tahun ini.

AJKT telah mengadakan lawatan pertama EXCO ke Muhafazah Tanta dan Damanhur pada 8 November 2008 yang lalu.

Lawatan ini disertai oleh semua EXCO KPT kecuali 2 orang EXCO yang masih bercuti di Malaysia.

Muhafazah Tanta adalah destinasi pertama Majlis Ramah Mesra AJKT bersama ahli. Kedatangan AJKT telah disambut mesra oleh Pengerusi DPM Tanta, Ust Faizol Endut disana.

Pengerusi DPM Tanta menyampaikan cenderahati kepada YDP Terengganu

Dalam majlis tersebut, Ust Faizol Endut melahirkan rasa terima kasih dan terharu atas kesudian pihak AJKT menjijakan kaki ke Bumi Tanta.

Sementara dalam ucapan balas Yang Dipertua KPT, beliau memberi beberapa mauqif dan juga perkembangan perjalanan semasa KPT yang meliputi pelbagai aspek dan keperluan semasa.

Pihak AJKT juga menerima beberapa cadangan yang bernas dan efektif daripada ahli dalam proses memantapkan perjalanan KPT pada tahun ini.

Bergambar kenangan di Tanta

Sementara di Muhafazah Damanhur pula, AJKT turut mengadakan ramah mesra dengan ahli disamping berkenal-kenalan antara satu sama lain. Pada program "turun padang" ini juga, Pihak AJKT turut membuat lantikan Mandub di dua Muhafazah tersebut. Mandub yang dilantik adalah seperti berikut :-

Muhafazah Tanta : Mohd Nasrom Abdullah
Muhafazah Damanhur : Mohd Sufian Mokhtar

Pihak AJKT KPT pada tahun ini begitu komited untuk bersama ahli di setiap muhafazah-muhafazah demi kebaikkan,kebajikan serta manfaat setiap ahli dibawah naungan KPT.

Untuk masa-masa akan datang KPT akan terus berusaha mencapai visi & misi yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada seluruh ahli atas komitmen yang telah diberikan.

HEWI KPT MENGADAKAN JELAJAH MAKAM 08

Peserta Akhawat sedang mendengar briefing dari Musyrif Program

Pada kesempatan cuti hujung minggu yang lalu (7 November 2008), pihak pentadbiran HEWI KPT telah mengadakan Jelajah Makam Auliya di sekitar Kota Kaherah dan juga beberapa tempat yang lain.

Jaulah HEWI kali ini menerima penyertaan yang amat memuaskan di kalangan ahli apabila hampir 35 pelajar berserta 5 orang musyrif menyertai jelajah tersebut.

3 buah tramco disewa khas untuk membawa para pelajar menziarahi makam-makam Auliya' tersebut.

Para peserta di Makam Sayyidah Nafisah

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 7.00 malam. Hampir 20 makam sempat diziarahi sepanjang tempoh tersebut. Rombongan ini juga sempat menziarahi Masjid Sultan Hassan atau Masjid 4 Mazhab malah turut bersembahyang Jumaat disana.

Pihak KPT mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa pelaksana program kerana telah berjaya mengadakan Jaulah Makam ini dengan jayanya.

AHLI KPT MELANCONG KE BUR SAID

Ahli KPT bergambar kenangan di Port Fuad

Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] terus aktif melakukan pelbagai aktiviti ilmiah santai secara berkala. Bagi menghadapi fatrah Musim Sejuk tidak berapa lama lagi, Biro Kebudayaan & Kesenian KPT telah mengadakan Jaulah ke Bur Said pada 4 November 2008 yang lalu.

Jaulah kali ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada ahli KPT kerana turut melibatkan penyertaan ahli daripada pelbagai muhafazah seperti Tanta,Damanhur,Syubra,Zaqaziq dan Syibin El Kom.

Penyertaan ahli seramai 50 orang ini turut disertai oleh Penasihat KPT, Ust Rafzan Razak dan juga wakil BP PMRAM, Ust Nik Rosdi Nik Jusoh.

Program jaulah kali ini dipimpin oleh Ust Mohd Khairuddin SJ Zaki selaku Pengarah Program serta dibantu oleh beberapa barisan adhoc yang dilantik.

Wajah-wajah ceria para peserta sewaktu dalam perjalanan

Peserta rombongan bertolak seawal jam 8.00 pagi terus menuju ke Port Fuad melintasi Terusan Suez disana. Rombongan sampai pada pukul 10.30 pagi.

Selepas meninjau dan menjejakkan kaki ke Benua Asia ( Port Fuad ), peserta rombongan terus menuju ke Port Said untuk " window shopping" disana.

Peserta Jaulah menikmati "seafood" sebagai santapan dinner peserta di akhir program

Di akhir program, para peserta sempat untuk menikmati sajian "seafood celup tepung" sebelum pulang ke Kaherah. Peserta rombongan bertolak pulang pada jam 6.00 malam dan selamat sampai ke Kota Kaherah hampir jam 10.00 malam.

Rata-rata "feedback" daripada para peserta berpuas hati dengan jaulah ini dan berharap pihak pentadbiran KPT akan mengadakan lebih banyak jaulah di masa akan datang.

Ziarah Maqam Auliya' KPT Capai Matlamat

Para peserta bergambar di hadapan Masjid Amru Ibnu Ash

Pada 3 Zulkaedah 1429H bersamaan 1 November 2008M yang lalu, Keluarga Penuntut-Penuntut telah berjaya mengadakan Jaulah Makam Auliya dibawah kendalian Biro Dakwah dengan kerjasama Biro Kebudayaan & Keseniaan KPT.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli dengan pembabitan seramai 38 orang penyertaan dari pelajar agama dan juga pelajar perubatan.

Briefing oleh Unit Pengisian di Makam Ibnu Hisyam

Jelajah Makam Auliya ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 malam. Sepanjang tempoh itu, peserta rombongan sempat melawat 40 makam dan 2 buah masjid di sekitar Kota Kaherah.

Beberapa Makam Ulama Besar dan Makam Ahli Bait turut dilawati antaranya Makam Imam Syafie, Imam Ibnu Hajar AsQolani, Imam Baijuri, Imam Sya'rani serta beberapa Makam Ahli Bait seperti Sayyidah Zainab, Saiyyidah Nafisah dan lain-lain Radiallahu Anhun Ajmain.

Briefing oleh Ust Mohd Syukri Nazar di Makam Sultan Qatbai

Program jaulah ini dipimpin oleh Ust Mohd Syukri Mohd Nazar selaku Pengarah Program serta beberapa lagi adhoc program.

Secara keseluruhannya, Jaulah Makam Auliya kali ini mencapai matlamat pelaksanaannya dalam usaha KPT untuk menjulang thaqafah disamping bakti dicurah kepada seluruh ahli KPT dan Anak-Anak Terengganu Mesir.

Sebahagian daripada peserta selepas selesai menikmati juadah tengahari

 
Powered by Blogger | Printable Coupons