Friday, October 26, 2007

Sumbangan kewangan meringankan beban

Kaherah (Mesir) 25 Oktober 2007 : Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, sebuah keluarga yang sederhana redha menerima ujian penyakit glaucoma (penyakit mata) ke atas dua anak mereka.

Khaulah, anak bongsu Ustaz Mohd Razi bin Musa , berasal dari Kampung Mak Chili Kemaman, Terengganu telah menjalani pembedahan glaucoma (bahagian mata ) di Hospital Kanak-Kanak, Universiti Kaherah Mesir pada hari Rabu ( 23/10/2007) yang lepas.

Beliau adalah pelajar peringkat Masters di Jamiah al Amerikiah al Maftuhah ( American Open University ) Kaherah dan sedang menyiapkan penulisan tesis Sarjanannya. Beliau mempunyai tiga orang anak, Hajar anak sulungnya juga sudah menjalani rawatan ini di Malaysia sebelum ini.

Selepas rawatan pembedahan Khaulah, doktor disini menahan di wad Hajar untuk pemeriksaan selepas pembedahan Khaulah. Doktor disini mengesahkan Hajar juga perlu dirawat secara pembedahan kerana keadaannya yang juga kritikal seperti adiknya.

Menurut Ustaz Razi, beliau sudah membayar kos permulaan bagi pembedahan ini untuk dua anaknya lebih daripada RM 2000.00 dan menjangkakan kos ini akan bertambah. KOs ini tidak mencangkupi jumlah kesemuanya , bahkan ini hanya untuk sebelah mata sahaja. Bermakna kos yang terpaksa ditanggung menjangkau RM 10 000.00 untuk melengkapkan 4 kali pembedahan.

Beliau sekeluarga amat menghargai bantuan dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan sedikit pembelanjaan perubatan anak-anaknya.

Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah beliau sekeluarga melalui akaunya sendiri di Akaun (HSBC) 032 036 832 011. Untuk maklumat lanjut, hubungi beliau di talian (+2)010-6592769.

*Laporan disediakan oleh Ustaz Muhamad Sabri bin Yamin dan Ustaz Shafizi Ismail yang melawat beliau di hospital pada hari Khamis 25.10.2007

Maklumat program KPT terdekat

Assalamualaikum.

Pihak AJKT KPT berbesar hati menjemput semua warga Terengganu dan KPT diperlembahan Nil ini untuk memeriahkan program Mega anjuran kami seperti berikut

Hari Keluarga Keluarga Penuntut Terengganu (HIKMAT)-Khas untuk IKHWAH

Tarikh : 3 November 2007
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Suuk Sayarat, Hayyu Asyier

*Sesiapa yang belum menempah baju sukan HIKMAT, boleh berhubung terus dengan EXCO Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Ustaz Abd Wahab.


Ijtima' HEWI KPT-Khas AKHAWAT

Tarikh : 3 November 2007
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Asrama Darul Iman, Kaherah


Mesyuarat Agung Tahunan KPT (MAT)

Tarikh : 4 November 2007
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Asrama Darul Iman, Kaherah

*Sila jelaskan Yuran Tahunan sebanyak LE 3.00 kepada AJK Jabatan Bendahari

Wednesday, October 24, 2007

Amal jariah anda diperlukan

Assalamualaikum.

Para pembaca budiman, pihak Admin infoKPT Online ingin memohon jasa baik kalian untuk turut serta dalam membantu meringankan beban saudara kita.

Anak bongsu Ustaz Razi bin Musa *, asal Kemaman, Terengganu akan menjalani pembedahan glaucoma (bahagian mata ) di Hospital Universiti Kaherah (Mesir ) hari Rabu ( 23/10/2007).

Ini adalah anak keduanya, dari tiga orang anaknya yang menjalani pembedahan seperti ini.Anak pertamanya juga sudah menjalani pembedahan ini di Malaysia

Kos rawatan dan pembelanjaan keseluruhan melebihi LE 2500.00 (RM 1600.00).

Bagi sesiapa yang ingin berrminat untuk menyumbang demi meringankan bebanan kewangannya, boleh berhubung terus kepadanya.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi terus beliau di talian (+2)010-6592769

*Pelajar Terengganu , pengajian peringkat Masters di Universiti Terbuka Amarika ( American Open University ) Kaherah .Sedang menyiapkan tesisnya.


Admin.

Info KPT Online.

p/s : sebarang pertanyaan, sila e-mailka kepada :infokpt@gmail.com

info penyakit, baca sini

Berkahwin dengan NET, beranakkan YAHOO !

Muhammad Abdullah

MEXICO, Sepasang suami isteri yang berbangsa Mexico menamakan anak mereka dengan ‘YAHOO!’, mengambil nama sebuah enjin pencari laman yang terkenal di internet. Mereka mengjelaskan sebabnya, bahawasanya mereka berkenalan melalui internet dan berkahwin melalui jaringan maklumat antarabangsa tersebut.

Internet menjadi penghubung yang pantas dan hebat pada hari ini. Dunia berada di hujung jari. Dulu orang yang tidak pandai membaca dan menulis dikatakan buta huruf. Mungkin beberapa tahun lagi, orang yang tidak pandai menggunakan internet akan dipanggil buta huruf.


Para cendiakawan dan sarjana-sarjana Islam menekankan bahawa jaringan maklumat antarabangsa mestilah digunakan sepenuhnya oleh orang Islam untuk menyampaikan dakwah dan seruan kebenaran.

Ayuh kawan2, jangan lepaskan peluang ini !

Sunday, October 21, 2007

Tazkirah :


HIDAYAH DARIPADA SEKEPING COKLAT

Tulisan khat Arab pada sekeping coklat kesukaannya menarik perhatian Geogia, 5 tahun, seorang kanak-kanak perempuan Inggeris di sebuah bandar berdekatan kota London. Naluri ingin tahu kanak-kanak mendorongnya untuk bertanya ibunya berkenaan bahasa tulisan tersebut. Si ibu dengan penuh prejudis memberitahu anaknya ; Ia adalah bahasa orang-orang Arab dan Islam. Golongan yang bertutur dengan bahasa Arab adalah puak-puak pengganas yang sentiasa menyerang orang yang tidak berdosa.
Jawapan yang bertujuan untuk menakutkan Georgia, yang kini nama barunya Jamilah tidak memuaskan hatinya. Bahkan, dia tidak percaya dengan ibunya yang mengatakan bahawa Islam samaertinya dengan keganasan. Lebih mengejutkan lagi, secara spontan Georgia berkata “ Saya seorang Muslimah”.
Ia tidak terhenti setakat iu sahaja sebagaimana yang diharapkan oleh ahli keluarganya. Selepas beberapa bulan, apabila tiba hari ulangtahunnya yang keenam, ketika ibunya bertanya apakah permintaannya sebagai hadiah harijadi untuknya. Lantas dia menjawab dengan penuh harapan ; “ Saya mahu Al-Quran”.Lalu, si ibu terpaksa memenuhi kehendak anak kesayangannya.
Dalam tempoh enam bulan, Georgia membelek-belek Al-Quran pada setiap waktu, seolah-olah dia mendapat keseronokan yang tidak terhingga memandang tulisan dan huruf-huruf Al-Quran. Yang lebih ajaib, berlaku satu kebakaran yang memusnahkan barang-barang di rumahnya, semuanya hangus kecuali Al-quran tersebut.
Kaum keluarganya mula menunjukkan sikap tidak senang, hingga memaksa datuknya mengisytiharkan bahawa Jamilah berada di bawah perlindungannya dan tiada orang yang boleh mengejek dan menekannya apabila Jamilah enggan pergi ke gereja sebagaimana kebiasaan yang berlaku dalam keluarga mereka.
Apa yg berlaku membuatkan ibunya tertanya-tertanya berkenaan Al-Quran dan Islam, agama yang dipeluk oleh anak kecilnya tersebut secara kebetulan. Secara senyap-senyap, ibunya mula mengkaji dan membaca buku-buku tentang Islam yang akhirnya mendorong ibunya mengucapkan kalimah syahadah dan menukar nama asalnya ‘ Sam’ kepada ‘Samirah’.Subhanallah.
Terjemahan daripada akhbar ‘alam Islami

Friday, October 19, 2007

Syahid menuntut ilmu

Oleh : Muhammad Abdullah

a_mind79@yahoo.com


Kepada sahabat-sahabat penuntut ilmu Allah, Islam memuliakan kita dengan pelbagai janji istimewa di sisi Allah. Antaranya gelaran syahid jika kita meninggal semasa belajar. Saya ingin memaparkan satu persoalan yang pernah ditanya kepada seorang ulama Mesir yang terkemuka Syeikh Atiyyah Saqar rhm ;

SYAHID MENUNTUT ILMU

Adakah pelajar yang keluar menuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah.. Jika meninggal dunia dianggap sebagai syahid ?

Sudah dimaklumi bahawa menuntut ilmu adalah kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Gesaan berkenaannya telah diriwayat dalam hadis yang banyak Al-Bazzar telah meriwayatkankan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

(( إذا جاء الموت لطالب العلم وهو على هذه الحالة مات وهو شهيد ))

“ Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.”

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW :

(( من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع ))

“ Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.”

Daripada sini, orang yang meninggal dunia kerana menuntut ilmu adalah syahid. Akan tetapi, syahid ini adalah syahid akhirat jika sekiranya dia ikhlas dalam menuntut ilmu. Oleh yang demikian, wajib memandikan dan solat ke atasnya.

Sudah tentulah tidak akan mendapat ganjaran baik ini melainkan kepada orang Islam. Adapun bukan Islam, tidak digelar sebagai syahid, dan tidaklah baginya kemuliaan ini.

Syeikh Atiyyah Saqar, أحسن الكلام فى الفتاوى والأحكام , ms 305

Thursday, October 18, 2007

TANGGUNGJAWAB MAHASISWA MUSLIM

Mahasiswa merupakan aset yang amat penting karena memiliki potensi yang besar sebagai agen perubahan. Mahasiswa sebagai segmen pemuda yang tercerahkan karena memiliki kemampuan intelektual. Mahasiswa sebagai orang yang memiliki kemampuan berfikir sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah.
Sebagai sebahagian dari pemuda, mahasiswa juga memiliki karakter positif , idealis dan energik.Seharusnya mahasiswa tidak dicemari kepentingan peribadi,hawa nafsu dan mata duitan. Artinya mahasiswa masih bebas menempatkan diri pada posisi yang dianggap terbaik. . Sedangkan energik bererti pemuda biasanya siap sedia melakukan “kewajiban” yang dibebankan oleh suatu ideology manakala dia telah meyakini kebenaran ideology itu.
Dengan potensi itu, wajar jika pada setiap zaman mutakhir pemuda memegang peranan penting dalam perubahan kaumnya. Kita lihat kisah Ibrahim sebagai pembaharu, atau kisah pemudi kahfi (Q.S. 18: 9-26) yang masing-masing sanggup menerima kebenaran.

Terdapat ulama mutakhir ini menjelaskan bahawa pemuda memiliki 3 peranan:
1.Sebagai generai penerus (Q.S Ath Thur : 21); meneruskan nilai-nilai kebaikan yag ada pada suatu kaum.
2.Sebagai generasi pengganti (Q.S. Maidah : 54); menggantikan kaum yang memang sudah rosak dengan karakter mencintai dan dicintai Allah, lemah lembut kepada kaum mu’min, tegas kepada kaum kafir, dan tidak takut celaan orang yang mencela.
3.Sebagai generasi pembaharu (Q.S. Maryam : 42); memperbaiki dan memperbaharui kerosakan yang ada pada suatu kaum.
Islam adalah sebuah ideology yang memberikan energi besar bagi perubahan. Hal ini adalah karena karakter Islam yang syumul, mewarnai seluruh aspek kehidupn dan mengatur seluruh kehidupan manusia.
Berbicara tentang perubahan, tentunya akan menimbulkan pertanyaan mengapa harus ada perubahan? Kondisi saat ini sangat jauh dari realiti.Hendaklah disedari bahawa umat islam pada hari ini cukup jauh dengan islam. Contoh yang jelas terdapat di hadapan adalah pada moral masyarakat, misalnya korupsi yang menjadi kebiasaan atau adanya pergaulan bebas. Oleh karena itu tidak salah jika ada ulama yang mengatakan realiti hari ini sebagai jahiliyah moden.
Melakukan perubahan adalah perintah ajaran Islam, sebagaimana dalam sebuah hadits Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang hari ini lebih baik dari kemarin adalah orang yang beruntung, orang yang hari ini sama dengan kemarin bererti orang yang tidak melakukan perubahan –apalagi membiarkan perubahan ke arah yang lebih buruk- bererti kita tidak termasuk orang yang beruntung. Juga di dalam Ali Imran:104 Allah memerintahkan agar ada kaum yang menyeru kepada kebaikan –sebagai sebuah perubahan.
Dengan mengetahui sedemikian hebat dan canggihnya usaha musuh-musuh Islam khususnya Yahudi di dalam memurtadkan atau minimal mensekulerkan kaum muslimin, dan hasil usaha mereka telah berjaya menusuki tubuh kaum muslimin.Timbul pertanyaan : Apakah suasana yang demikian parah tidak dapat diubah? Lalu siapakah yang mampu mengubah suasana tersebut? Dan bagaimana caranya?
Sudah menjadi sunatullah bahawa silih ganti kemenangan merupakan suatu kepastian yang akan terjadi. Maka perubahan menuju kejayaan Islam dan kaum muslimin bukanlah suatu hal yang mustahil. Yang paling bertanggungjawab terhadap kebangkitan Islam bukanlah orang lain tetapi umat Islam itu sendiri, khususnya para pemuda pemudi dan lebih khusus lagi para mahasiswa dan mahasiswi Islam.
Sejarah membuktikan unsur utama kearah kemenangan adalah generasi muda. Sejak zaman para nabi hingga sekarang para pemudalah yang menjadi penentu masa depan perubahan sesuatu ummah.
Para pemuda seharusnya menyedari bahawa inilah saat yang paling tepat untuk berubahseterusnya melakukan perubahan suasana umat islam .

Rasulullah bersabda: Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara yaitu :
1.Hidupmu sebelum matimu
2.Kesihatanmu sebelum sakitmu
3.Masa luangmu sebelum kesibukanmu
4.Masa mudamu sebelum masa tuamu
5.Masa kayamu sebelum masa miskinmu

Sebagai amaran memperingati terjaganya waktu muda maka perlu memperhatikan suatu riwayat tentang adanya pertanyaan penting di akhirat kelak khususnya kepada para pemuda yakni:
1.Umurnya, untuk apa ia habiskan?
2.Tentang masa mudanya, juga untuk apa ia manfaatkan?
3.Hartanya, darimana ia peroleh dan kemana ia infakkan (keluarkan)?
4.Ilmunya, apa yang telah ia lakukan dengan ilmunya itu?

Masa muda memang penuh keseronokan yang harus digunakan untuk mencapai kedewasaan, kematangan dan keperibadian Islami yang benar-benar jitu. Seorang pemuda yang banyak melakukan penyelewengan akhlak, pemikiran dan tugas-tugas dimanakah letaknya keindahan? Untuk itu Ia harus memperbaiki diri bersama Islam, bersama orang-orang soleh, yang bersama-sama meningkatkan kualiti akhlaknya, Ilmu, wawasan, amal, kekuatan fizikal dan mental.

IKLAN

MALAM KESENIAN ISLAM MUZAKARAH BERKELOMPOK(ikhwah)

HARI :JUMAAT
TARIKH :19.10.2007
MASA :SELEPAS ISYA'
TEMPAT :DEWAN DARUL IMAN

anjuran:biro dakwah KPT 2006/2007
dijemput kepada semua ahli KPT(ikhwah) hadir beramai-ramai

EPISOD KEHIDUPAN

Keutamaan Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya
dengan(puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia
berpuasa selama satu tahun ."
(HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi
shallallahu 'alaihi wasalllam bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh
bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya)
sebanding dengan(puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa
selama setahun penuh."
( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di
bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. "
(HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: "Salah satu sanad yang befiau
miliki adalah shahih.")

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di
bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh, kerana setiap
hasanah(kebaikan) dibalas sepuluh kali ganda, sebagaimana telah
dinyatakan dalam hadis Tsauban di atas.

Membiasakan puasa selepas Ramadhan mempunyai banyak manfaat, di
antaranya :

1. Puasa enam hari di buian Syawal setelah Ramadhan, merupakan
pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

2. Puasa Syawal dan Sya'ban bagaikan shalat sunnah rawatib,
berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, karena pada hari
Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan
(dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana
keterangan yang datang dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
menerusi pelbagai. Majoriti puasa fardhu yang dilakukan kaum
muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka hal yang demikian
membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya
puasa Ramadhan, karena apabila Allah Ta'ala menerima amal seorang
hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik
setelahnya. Sebagian orang bijak mengatakan: "Pahala'amal kebaikan
adalah kebaikan yang ada sesudahnya." Oleh karena itu barangsiapa
mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain,
maka hal itu merupakan tanda terkabulnya amal pertama.

Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan
lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda
tertolaknya amal yang pertama.

4. Puasa Ramadhan dapatmendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lain.
Orang yang berpuasaRamadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya'ldul Fitri
yang merupakan hari pembagian hadiah, maka membiasakan puasa
setelah 'Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini.
Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-
dosa.

Oleh karena itu termasuk sebagian ungkapan rasa syukur seorang hamba
atas pertolongan dan ampunan yang telah dianugerahkan kepadanya
adalah dengan berpuasa setelah Ramadhan. Tetapi jika ia malah
menggantinya dengan perbuatan maksiat maka ia termasuk kelompok
orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat
pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka
puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang membangun
sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali.

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan
benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai
kembali "(An-Nahl: 92)

5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-
amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada
Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan
mulia ini, selama ia masih hidup.

Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat
kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan
fi sabilillah lantas kembali lagi. Ramait manusia yang
berbahagia dengan berlalunya Ramadhan kerana mereka merasa berat,
jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.

Barangsiapa merasa demikian maka sulit baginya untuk bersegera
kembali melaksanakan puasa, padahal orang yang bersegera kembali
melaksanakan puasa setelah 'Idul Fitri merupakan bukti kecintaannya
terhadap ibadah puasa, ia tidak merasa bosan dan berat apalagi benci.

Seorang Ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh
dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu
mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau berkata:

"Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah secara benar
kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang soleh adalah mereka yang
beribadah dengan bersungguh-sungguh di sepanjang tahun."

Oleh karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan
mula membayarnya di bulan Syawal, karena hal itu mempercepat
proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian
dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan demikian ia telah
melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan
Syawal.

Ketahuilah, amal perbuatan seorang mukmin itu tidak ada batasnya
hingga maut menjemputnya. Allah Ta'ala berfirman :
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal) "
(Al-Hijr: 99)

Dan perlu diingat pula bahawa solat dan puasa sunat serta
sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri
kepada Allah Ta'ala pada bulan Ramadhan adalah disyari'atkan
sepanjang tahun, karena hal itu mengandungi berbagai-bagai manfaat,
di antaranya; ia sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat
pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah
(kecintaan) Allah kepada hamba-Nya, sebab terkabulnya doa, demikian
pula sebagai sebab dihapusnya dosa dan dilipatgandakannya pahala
kebaikan dan ditinggikannya kedudukan.

Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan, shalawat dan salam
semoga tercurahkan selalu ke haribaan Nabi, segenap keluarga dan
sahabatnya.

TAQARRUB

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PENGUNJUNG LAMAN INI....
KAMI BARISAN KEPIMPINAN KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA ENAM SYAWAL.....MOGA-MOGA KETULUSAN HATI ANDA MENUNAIKANNYA AKAN MENAMPUNG SEGALA KEKURANGAN PUASA RAMADHAN.AMIN YA RABBALALAMIN

Friday, October 12, 2007

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya KPT


Assalamualaikum.

Dengan segala hormat Tuan/Puan/Ustaz dan Ustazah warga Keluarga Penuntut Terengganu, pihak YDP dan AJK KPT dengan bangganya menjemput saudara/saudari untuk hadir ke Majlis tersebut

Butiran Majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : Syawal Ketiga
Bersamaan : 15 Oktober 2007
Tempat : Dewan Musola Asrama Darul Iman
Waktu : Bermula jam 12.00 sehingga 4.00 petang.

Semoga kehadiran tuan/puan akan meyerikan lagi Majlis ini.

Salam penuh takzim dari

Yang DiPertua
Ahli Jawatankuasa Tadbir
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Raya
Seluruh warga Terengganu di perlembahan Nil.

Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?
Tepuk dada tanda iman!

Malam GEMA AIDILFITRI

KPT akan menganjurkan malam GEMA AIDILFITRI pada malam raya, dijemput semua ahli hadir di kompleks Asrama Darul Iman (musolla) untuk menjayakan majlis tersebut.

Kedatangan anda amatlah dihargai.

Admin infoKPTonline

info KPTonline

info KPTonline

SETELAH lebih 40 tahun Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) berkhidmat demi kebajikan penuntut-penuntut Terengganu di Mesir, lahirlah KPTonline - lidah rasmi KPT - sebagai satu usaha untuk berkongsi maklumat sesama ahli dan bukan ahli sepanjang permukiman kami di Perlembahan Nil ini.

info KPTonline akan menyediakan maklumat-maklumat yang terkini dan bermanfaat untuk kalian, sedikit masa lagi kerana sekarang adalah musim peperiksaan, segala aktiviti telah ditangguhkan.

Kunjungilah kami sekerap yang mungkin dan bersama-sama kami menjayakan laman web ini.
Kami menjemput semua pengunjung untuk sama-sama memeriahkan laman web ini.

Sebarang komentar sangat-sangat dialu-alukan.

e-mailkan kepada infokpt@gmail.com

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan ke blog infoKPT online

semoga anda mendapat maklumat terbaru dari KPT

terima kasih

 
Powered by Blogger | Printable Coupons