
HUSEIN, 28 Jan - Pihak wartawan INFOKPT masih menerima beberapa berita daripada orang ramai untuk dimuatkan dalam INFOKPT berkaitan pemergiaan Allahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi 26 Januari yang lalu.
Terbaru, Pihak Masjid Al-Azhar petang tadi telah mengadakan solat jenazah ghaib ke atas jenazah Allahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi,21 seusai sahaja solat zuhur yang dimamkan sendiri oleh Imam Masjid Al-Azhar disini.
Solat jenazah ghaib tersebut telah mengundang kehadiran ramai hadirin apabila Masjid Al-Azhar dipenuhi dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan fasa pertama di Universiti Al- Azhar disini.
Jumlah mereka yang hadir untuk solat jenazah ghaib Allahyarham amat ramai ditambah pula dengan jumlah makmun lain yang turut hadir....