
KAHERAH, 21 Disember- Semangat belajar dan motivasi adalah salah satu aspek penting yang perlu dicetuskan dalam menjamin kejayaan seseorang individu dalam pembelajaran.Tanpa semangat dan motivasi, cita-cita yang diingini akan mudah luntur tatkala dilanda ombak cabaran.Sehubungan dengan itu, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Motivasi Pembelajaran menjelang peperiksaan yang bakal ditempuhi tidak lama lagi.Pada 20 Disember yang lalu, majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya di Dewan Asrama Darul Iman, Hayyu Asyir, Kaherah.Pembentangan kertas kerja daripada Ust Kamal MansorMajlis tersebut bermula sekitar jam 6.00 malam tatkala seusai sahaja Solat Mahgrib.Dalam program motivasi itu, pihak...